Sekitar jam 9.50 malam semalam, seluruh rakyat Malaysia terpaku di kaca tv masing-masing tatkala Tun Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 dihadapan DYMM YDP Agung, Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Bersaksikan sumpah, Waallahi, Wabillahi dan Watallahi untuk memegang kerahsiaan negara, Tun Mahathir tenang dalam pengalaman dirinya. Namun sudah pasti, jika ada yang perasan, ketika Sahibus Samahah, Mufti Wilayah Dr Zulkifli membacakan doa, tangan tua Tun Mahathir yang berusia 93 tahun itu agak “terketar-ketar”.
Mungkin ramai yang membuat tafsiran kerana Tun M menunggu terlalu lama, terlalu letih namun seperti mana rakyat Malaysia tahu, Tun M tidak pernah akan berundur demi menyelamatkan Malaysia yang “sedikit rosak” dengan pelbagai isu sehingga rakyat bangkit menukar kerajaan baru melalui Pakatan Harapan.
Tentu ramai yang ingin tahukan apa perkara pertama Tun M lakukan sebaik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas sidang akhbarnya?.
Sebagaimana keinginan rakyat yang ingin melihat adanya perubahan terutama terlalu banyak “kesilapan” dilakukan oleh pemimpin terdahulu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran ekonomi, kebergantungan kepada projek-projek China, isu pengangguran orang muda dan banyak lagi. Ternyata, sebaik diangkat sebagai PM, Tun M telah lakukan perubahan ini demi rakyat. Jom baca.
Ads
PH tunai janji akan hapuskan GST – Dalam satu sidang akhbar, Tun M berjanji kerajaan pimpinannya akan menghapuskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti dijanjikan. Menurutnya, GST terlalu membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan harian dan negara akan kembali kepada sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti sebelum ini.
Kaji semula perjanjian projek ECRL bernilai RM55 bilion – Tun M turut mengesahkan akan mengkaji semula perniagaan dibuat dengan China termasuk perjanjian berkaitan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion itu.
“Jika perlu ada rundingan semula kerana apa yang dirisaukan ialah untuk projek ECRL sahaja, kerajaan sudah dibebani hutang RM55 bilion belum termasuk perjanjian lain yang menjadi bebanan besar buat negara. Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman atau jika tidak, negara akan menjadi kambing hitam.
Ads
Siasat DS Najib jika ada bukti kesalahan – Menegaskan dirinya bukan seorang yang pendendam, beliau sedia untuk membawa DS Najib ke muka pengadilan seandainya Najib didapati ada melakukan kesalahan.
“Kami tak akan hukum orang jika mereka tak sependapat dengan kami (Pakatan Harapan) tetapi undang-undang akan dikuatkuasakan sepenuhnya di negara ini jika seseorang itu ada melakukan kesalahan,”katanya dalam satu sidang media.
Sifatkan kenyataan Jabatan Peguam Negara badan bebas sebagai mengarut – Jika korang baca akhbar sehari dua ini, korang tentu terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Jabatan Peguam Negara yang diketuainya itu bukanlah sebuah badan politik sebaliknya penasihat kepada kerajaan pemerintah.
Ads
Tun M menyifatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berperanan sebagai penasihat undang-undang tanpa berpihak adalah mengarut. “Saya fikir apa yang pendakwa awam atau peguam negara katakan berkaitan menasihat kerajaan sebagai bullshit (mengarut),” katanya tanpa menyebut nama penyandang jawatan itu. Sebelum itu, Mohamed Apandi menerusi kenyataannya berkata, selain penasihat undang-undang kerajaan, jabatan itu juga kekal sebagai pendakwa terhadap kesalahan jenayah yang sudah ditentukan oleh undang-undang.
Gugurkan beberapa orang “big boss” agensi kerajaan – Dalam pada itu, Tun M turut memberi amaran akan menukar beberapa ketua agensi kerajaan kerajaan yang didakwa membantu dan bersuhabat dengan bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
“Beberapa ketua agensi akan digugurkan kerana kita dapati individu-individu ini membantu dan bersubahat dengan bekas perdana menteri yang dikecam di seluruh dunia sebagai kleptokrat,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat perubahan di dalam agensi yang sebelum ini didakwa melindungi bekas perdana menteri berkenaan.
Yes! Sebagai rakyat yang mahukan satu perubahan dan memilih Pakatan Harapan, itu jugalah yang kita mahukan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kira-kira dua tahun lalu; pempengaruh, YouTuber & pelakon baharu, Nur Aisyah Muhammaf Razip atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah pernah sensasi dengan persengketaan yang pernah tercetus antara dirinya dengan pempengaruh, Kasih Iris Leona Azhar.
Sekian lama memilih untuk menutup mulut kecuali kenyataan yang pernah dimuat naik menerusi Instagram demi tidak mengeruhkan keadaan.
Biarpun sudah cuba menjelaskan sebaik mungkin, nama Aisyah tetap menerima tempias kontroversi berkenaan apabila netizen yang merupakan pengikut mereka berdua memilih kem untuk menyatakan sokongan mahupun melontarkan kecaman.
(Dari Kiri): Leona Azhar & Cupcake Aisyah.
Lalu, menerusi video YouTube terbaru Aisyah berkonsepkan Q&A dengan para pengikutnya; Aisyah mengambil peluang untuk sekali lagi memberikan penjelasannya berhubung isu persengketaan tersebut dengan harapan netizen menghentikan spekulasi dan move on.
“Leona memuat naik hantaran berkenaan di TikTok pada bulan Januari tahun ini; lebih kurang pada waktu sama saya berdepan situasi bersama Nana (rakan baik Aisyah).
“Jujurnya, saya sudahpun jelaskan apa yang perlu diperjelaskan dalam kenyataan saya di Instagram. Cuma sekali lagi saya ingin jelaskan agar orang ramai berhenti mengajukan pertanyaan ini dan membuat macam-macam andaian,” katanya.
Aisyah yang merupakan graduan Universiti Westminster, United Kingdom juga memaklumkan bahawa kemelut di antaranya dengan Leona sudah selesai.
“Saya sebenarnya telah menemui Leona pada penghujung tahun 2022, kami bincangkan hal ini dan kemudian saya menghantarnya pulang ke rumah
“Saya sedar saya melakukan kesilapan (dalam persahabatan bersama Leona) tetapi saya ulang sekali lagi, saya tidak merampas sesiapa dan saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan.
“Saya benar-benar berharap kita boleh move on daripada situasi ini. Sudah dua tahun berlalu sejak ia berlaku tetapi keadaan bertambah buruk hinggakan saya tidak boleh buka masuk akaun Instagram, Twitter, TikTok tanpa melihat nama saya dipetik dan dibenci. Ramai orang membuat andaian.
“Selalunya saya tidak akan menjelaskan isu remeh dan kontroversi sebegini kerana tidak mahu ia menjadi yang lebih isu besar. Namun netizen mula menyerang keluarga saya secara peribadi terutamanya ibu saya. Oleh itu, saya terpaksa ke hadapan dan mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Apa-apa yang saya katakan menerusi kenyataan berkenaan adalah 100 peratus benar,” ulasnya lagi.
Remaja Belajar Dari Kesilapan
Dalam pada itu, Aisyah yang pernah memenangi anugerah Influence Asia 2017 turut menjelaskan mengapa dia memilih untuk tidak ‘hanyut’ dalam kemelutnya dengan Leona di mata netizen pada platform media sosial.
“Saya tahu ramai dalam kalangan anda yang bertanya mengapa saya tidak mempertahankan diri sendiri. Ia kerana kadangkala respon terbaik adalah untuk tidak memberikan respon. Asalkan saya tahu kebenarannya dan berlaku jujur kepada diri sendiri, saya tidak perlu menjelaskan apa-apa perkara.
“Sesiapa sahaja boleh membuat kesilapan. Saya hanya seorang gadis berusia 23 tahun yang sedang belajar dan membesar dengan kehidupan ini,” simpul Aisyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah pembayaran bil elektrik yang naik mendadak masih lagi heboh diperkatakan di media sosial. Ramai yang seperti tidak berpuas hati dengan bil yang diterima oleh mereka.
Oleh yang demikian, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Mistas Arif telah pun berkongsi info tentang langkah-langkah yang korang boleh buat sekiranya dirasakan bil melambung terlalu tinggi.
Arif juga meminta agar thread yang dibuat olehnya ini dipanjangkan kerana kasihan pada individu yang perlu membayar bil yang tinggi di zaman ramai yang menghadapi masalah kewangan ini.
Berikut merupakan antara langkah-langkah yang korang boleh buat:
1. Ambil gambar atau scan bil semasa PKP dan sebelum PKP (1 bulan)
2. Emailkan ke tnbcareline@tnb.com.my
3. Mohon semakan kes dan bacaan semula meter kerana bila ada yang buat bil sebenar ia jadi sangat rendah
Sebelum
Selepas
Semoga dengan sedikit informasi yang dikongsi ini dapat membantu menyelesaikan masalah bil elektrik korang yang terlalu tinggi. Jangan call careline sebab susah nak diangkat atau dilayan tanpa bahan bukti. Lain kes mungkin lain responnya, tapi tak salah kalau kita cuba cara aduan secara email ini dulu kan?
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan telah jatuh ke kedudukan terendah setakat ini dengan berada di tempat ke-63 dalam senarai 100 Lapangan Terbaik Skytrax World. Kedudukan ini telah jatuh merosot apabila tahun lalu KLIA mencatatkan tempat ke-54.
Pencapaian tertinggi KLIA adalah pada tahun 2001, dimana lapangan terbang tersebut berjaya mendapat tempat kedua dalam senarai.
Sejak tahun 2013, kedudukan KLIA telah terkeluar daripada ranking 10 terbaik, dan jatuh ketempat ke-14.
KLIA
Berikut merupakan kedudukan KLIA mengikut tahun; 20 (2014), 19 (2015), 24 (2016), 34 (2017) and 44 (2018).
Walau bagaimanapun, KLIA2 berjaya berada di kedudukan 10 teratas dalam senarai Terminal Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia, dengan kedudukan tempat ke-6. Namun begitu, kedudukan ini adalah satu kejatuhan prestasi KLIA2 kerana pada tahun lalu lapangan terbang ini menduduki tempat ketiga.
KLIA2
Anugerah ini dipilih oleh pengguna dalam tinjauan kepuasan pengguna lapangan terbang global.
Skytrax adalah syarikat perundingan syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang berpusat di Britain dan tinjauan ini dibuat untuk pelanggan membuat pilihan sendiri tentang lapangan terbang yang mereka anggap terbaik untuk diiktiraf sebagai anugerah pilihan penumpang.
World Airport Awards adalah anugerah tahunan yang dianggap sebagai penanda aras kualiti untuk industri lapangan terbang dunia dalam menilai perkhidmatan dan kemudahan pelanggan.
Tahun ini, Lapangan Terbang Changi Singapura mendapat tempat teratas untuk tahun kelapan berturut-turut.
Changi International Airport
Kejatuhan kedudukan lapangan terbang di Malaysia mungkin sedikit sebanyak akan mempengaruhi sektor pelancongan di negara kita. Diharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat memperbaiki dan memperbaharui di perkhidmatan di KLIA agar lapangan terbang kita mampu bersaing dengan lapangan antarabangsa negara lain.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.