Tiada apa yang lebih merisaukan jika anak-anak hilang dari rumah. Kesedihan, kebimbangan ibu bapa serta rasa tertanya-tanya adakah anak selamat di jalanan, ke mana hala tujuan dan pelbagai pertanyaan pasti wujud.
Sebagai masyarakat yang prihatin, banyak kejadian kanak-kanak hilang ditularkan ke media sosial terutama kes-kes penculikan sehingga kanak-kanak itu ditemui semula.
Namun bukan semuanya bernasib baik untuk dijumpai semula. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Polis Diraja Malaysia dari tahun 2014- 2018, seramai 732 orang kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang dan sehingga kini tidak ditemui.
Mengikut statistik yang pernah dikeluarkan oleh PDRM, purata 4 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilaporkan setiap hari. Apa yang menakutkan ada yang sudah bertahun-tahun hilang dan senyap tanpa ada sebarang khabar berita. Tidak tahu adakah mereka masih hidup, mati atau menjadi mangsa sindiket meminta sedekah, pelacuran dan sebagainya yang pernah tular sebelum ini.
No. Laporan Polis : PUDU/005639/15 Nama : JENIFER A/P ANTHONYSAMY Umur : 11 Tarikh Hilang : 19/06/2015 Lokasi Terakhir : PINTU PAGAR SEK KEBANGSAAN TAMIL, KAMPUNG PANDAN
Ads
Francais Uyong Anak Tenaj, 12 Tahun. Dilaporkan hilang pada 11/3/2018
Muhamamd Fauzwan Nizam, 10 tahun, dilaporkan hilang pada 1/2/2028Nur Alisya Balqis Mohamad Saiful Nizam, 12 tahun, dilaporkan hilang pada 19 Mac 2018
Penemuan statistik mendapati lebih daripada separuh kes kehilangan melibatkan remaja adalah dalam mengejar kebebasan, yang mengakibatkan remaja-remaja yang memberontak itu melarikan diri dari rumah, terdiri dari remaja perempuan berusia di antara 13 dan 15 tahun. Apa yang dibimbangi, di sebalik kehilangan ini, kebanyakan remaja berusia di atas adalah mereka yang berisiko sangat berbahaya kerana terdedah untuk menjadi mangsa rogol.
Ads
Kebanyakan remaja biasanya akan berubah keperibadian apabila memasuki sekolah menengah, berlaku perubahan hormon dan keinginan untuk mencuba dan ambil tahu. Malah pada usia ini juga, remaja merasakan mereka mahu mempunyai identiti dan pendapat sendiri.
Ayuh, bersikap prihatin dengan isu kehilangan kanak-kanak dan remaja ini. Mungkin bukan kena pada keluarga kita hari ini tetapi kepada keluarga lain dan tidak salah untuk kita membantu.Jika menemui kanak-kanak merayau seorang diri, dilihat keliru dengan dirinya, hantar ke balai polis berdekatan.
Ads
Malah Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang dengan kerjasama NUR ELERT Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga Dan Masyarakat juga dilihat banyak membantu dalam isu menyebarkan maklumat sepantas 24 jam bagi kanak-kanak yang dilaporkan hilang.
Berikut adalah statistik dan pecahan mengikut negeri jumlah kehilangan kanak-kanak dan remaja. Bagi yang mempunyai maklumat tentang mereka, boleh hubungi terus di talian 03-22666313 bahagian D11, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur
Miss Universe Malaysia telah mencuri tumpuan ramai mata yang memandang.
Walaupun 2019 menyaksikan ramai wakil Asia yang kuat bertanding sesama mereka. Dan salah satu faktor yang menyebabkan wakil Malaysia menyerlah adalah kerana gaun yang disarungnya.
AMAZÉ Atelier merupakan pereka fesyen yang semakin meningkat naik semenjak dua tahun kebelakangan ini. Bukan saja kerana idea dan kreativiti yang tidak pernah kering dalam rekaan mereka, malah kami juga menggemari hasil kerja tangan dan detailing kemas terperinci oleh team pereka tersebut.
Maka, tidak hairanlah apabila Miss Universe Malaysia Organization telah memilih AMAZÉ Atelier sebagai pereka fesyen gaun petang yang disarungkan kepada Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh.
Selalunya, team pereka AMAZÉ Atelier menyiapkan sendiri setiap sulaman pada bahagian bodice dan bawah gaun. Malah, kami juga terdengar yang proses beading pada panel di hadapan bagi gaun ini saja sudah mengambil masa selama sebulan!
Dengan potongan sweet heart neckline dan warna kuning canary, Jane nyata telah mencuri banyak tumpuan di kalangan penonton dan peminat dunia pageantry. Pemilihan warna tersebut membuatkannya menonjol berbanding kebanyakan gaun berwarna perak, rose gold dan keemasan.
Jane juga dilihat bijak membawa diri serta ekspresi wajah di peringkat pemilihan (preliminary round) kelmarin. Congrats Jane! You did us proud.
Selain daripada Jane, tidak ramai peserta lain yang memilih kuning sebagai warna gaun mereka kecuali tiga orang wanita cantik ini. Jom tengok siapa yang menyerlah.
Kami harapkan Jane telah enjoy segala pengalaman yang dikutipnya sepanjang beberapa minggu di Bangkok Thailand. Persediaan pada kali ini nyata semakin baik berbanding tahun-tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejayaan filem Frozen pada 2013, kini animasi yang bukan saja diminati oleh kanak-kanak ini bakal keluar dengan sekuel Frozen 2 yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 November 2019.
Sejak trailer Frozen 2 dilancarkan kira-kira dua bulan yang lalu, ramai yang excited dan tidak sabar untuk menonton kesinambungan cerita dua adik beradik, Elsa dan Anna dalam pengembaraan mereka kali ini.
Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven, memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle.
Apa yang boleh kami katakan, Frozen 2 menampilkan jalan cerita yang lengkap dengan babak aksi, komedi dan sedih yang pastinya mampu memainkan emosi penonton.
Sekuel ini nampak lebih segar dan antara babak yang kami membuatkan penonton terpukau bila melihat aksi Elsa menunggang kuda air, It’s breathtaking. Selain itu, dari awal hingga ke akhir filem ini juga, dress yang digayakan oleh Elsa sempat mencuri perhatian kami. Sangat menakjubkan!
Dan seperti filem Frozen yang lepas, lagu-lagu dalam sekuel kali ini juga tidak kurang hebatnya.
Secara keseluruhannya, Frozen 2 antara filem wajib tonton bagi bulan November ini. Cuti sekolah pun dah nak dekat, sesuai sangat la kalau korang nak bawa adik, sepupu atau anak saudara pergi menonton filem ini di pawagam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Garden Of Evening Mists merupakan filem arahan Tom Shu-Yu Lin dan diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh penulis novel Malaysia bernama Tan Twan Eng yang mengisahkan tentang wanita berbangsa cina di Malaysia yang telah ditangkap dan menjadi tawanan pihak tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Filem ini bakal ditayangkan di panggung wayang Tokyo, Jepun mulai 24 Julai depan. TGOEM merupakan terbitan bersama HBO Asia dan juga Astro Shaw dan mendapat sokongan daripada Filem Nasional Malaysia (FINAS), ianya bakal ditayangkan di Shibuya Euro Space di Shibuya, iaitu lokasi pelancongan dan komersial ikonik di bandaraya Tokyo.
Foto: IMDB
The Garden Of Evening Mists mengangkat kisah yang berlatarkan Malaysia dengan gabungan pelakon dan kru yang professional dari Malaysia dan daripada luar negara seperti Taiwan, Singapura, Jepun, India, Australia, dan United Kingdom.
Pengarah filem ini, Tom Lin yang berasal dari Taiwan, cukup teruja apabila dimaklumkan karyanya bakal mengisi slot tayangan di Shibuya Euro Space.
Tom Lin, Foto: Astro
Filem ini dibintangi oleh pelakon Malaysia Angelica Lee Sinje yang membawa watak heroin sebagai Yun Ling waktu muda, manakala Sylvia Chang memegang karakter yang sama tetapi bagi usia tua.
Foto: The Sun Daily
Dikatakan juga, TGOEM menjalani sesi penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia, seperti Cameron Highlands, Sungai Lembing, dan Klang. Sementara itu, Penerbit Eksekutif TGOEM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan teruja filem berkenaan ditayangkan di Jepun.
Kata Henry Tan lagi, filem Asia telah semakin mendapat perhatian antarabangsa, jadi Astro akan cuba sedaya upaya untuk terus komited dalam mempersembahkan lebih banyak filem yang akan mengangkat rantau ini.
Diadaptasi dari novel yang mempunyai judul yang sama juga, hasil karya Tan Twan Eng ini, novel ini juga pernah menerima Anugerah Man Asian Literary Prize 2013 dan Walter Scott Prize bagi kategori fiksyen sejarah pada tahun sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sharifah Aryana berhijab menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsi keputusan untuk mencuba tampil lebih sopan selepas melalui pelbagai fasa penting dalam hidupnya.