Sejak kebelakangan ini, kes Macau Scam semakin menjadi-jadi dan kini pihak SPRM telah pun menangkap beberapa orang suspek yang terlibat dalam penipuan itu.
Namun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Macau Scam dan kenapa ia dipanggil sedemikian?
Tidak pasti kenapa taktik penipuan ini dinamakan sebagai Macau Scam, namun terdapat dua pendapat yang menjelaskan maksud tersebut iaitu yang pertama, sindiket yang beroperasi menjalankan modus operandi ini datang dari Macau. Manakala, satu lagi pendapat mengatakan bahawa mangsa pertama kaedah penipuan ini datang dari Macau (iluminasi.com).
Kedua-dua ini tidak dapat dibuktikan secara sahih tetapi menurut Astro Awani, Macau Scam didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan.
‘Spoofing’ ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombor yang tertera di skrin.
Kredit foto: onlygfx.com
Modus Operandi
Terdapat beberapa cara mereka beroperasi menjalankan kegiatan penipuan ini dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Cabutan bertuah
Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenagi pertandingan cabutan bertuah bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau. Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan.
Ads
Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.
2. ‘Spoofing’ pegawai polis/agensi kerajaan
Pengadu menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.
Kredit foto: cdn.geekwire.com
3. ‘Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)
Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. Pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).
4. Tipu culik dan minta wang tebusan
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (Terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank/institusi kewangan).
Ads
Kredit foto: malaymail.com
Sekiranya korang mendapat panggilan daripada individu-individu seperti itu, apa yang patut korang lakukan?
• Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah mereka
• Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit
Ads
• Jangan hubungi semula nombor telefon yang korang terima, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut
• Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit kepada orang yang tidak dikenali
• Layari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamanya.
Jika korang pernah menjadi mangsa penipuan seperti ini, segera buat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil segera. Awasi juga ahli keluarga yang lebih tua seperti ibu bapa atau mak/ayah saudara kerana golongan seperti ini lebih mudah diperdaya.
Tidak dapat dinafikan aktiviti larian ataupun jogging kini menjadi salah satu kegiatan riadah kesihatan yang paling popular di kalangan generasi muda tambahan lagi di musim PKPP ini.
Tapi pernahkah korang berdepan dengan keadaan bila sedang berlari rasa mudah penat dan kaki juga cepat lenguh dan sakit. Kalau ikutkan hati mahu berlari lebih jauh lagi tapi apakan daya keringat badan tidak mengizinkan. Terus rasa macam nak putus asa saja, bukan?
Kalau korang perasan, berjogging sambil mendengar muzik bukanlah sesuatu perkara yang pelik.
Menurut kajian daripada Runner’s World pada 2016, didapati sebanyak 61 peratus orang mengakui bahawa mereka mendengar muzik sambil berlari untuk menjadikan mereka lebih fokus. Manakala 82 peratus lagi memberitahu bahawa mereka akan mendengar lagu daripada penyanyi kegemaran.
Tapi, sebenarnya bukan hanya mampu mengembirakan hawa telinga korang je tau. Ini 5 manfaat dengar muzik sambil berjogging.
1. Larian berasa ‘ringan’
Semua tahu, larian adalah satu aktiviti fizikal yang memenatkan dan memerlukan tenaga.
Namun, dengan berjoging mahupun berlari sambil mendengar muzik, ia boleh mengalihkan perhatian kita dan membuatkan larian berasa lebih ‘ringan’.
Menurut kajin daripada Universiti Keele, United Kingdom, mereka mendapati mendengar lagu kegemaran ketika berlari dapat meningkatkan rasa ceria dan gembira.
So, korang boleh la try berlari sambil mendengar muzik , mesti lagi jauh korang boleh berlari.
2. Larian lebih konsisten
Sekiranya anda inginkan larian yang lebih konsisten, korang digalakkan untuk mendengar muzik. Ini kerana menurut kajian, seorang pelari akan menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila mendengar lagu yang sesuai dengan tempo muzik dan langkah mereka.
3. Lebih bersemangat
Menurut Pakar Psikologi, Costas Karageorghis, muzik dapat memberi pengaruh positif kepada atlet dan ia mampu meningkatkan stamina mereka.
Beliau juga menyatakan bahawa muzik boleh membangunkan perasaan positif seperti kebahagiaan dan keterujaan. Ia juga mampu mengurangkan aspek negatif dalam badan seperti tekanan dan kemurungan.
Diharap perkongsian ini dapat membantu korang mendapatkan larian yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.
Ingat… SLOW & STEADY!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena selebriti Korea bukan sahaja hebat diperkatakan di negara mereka sendiri, malah Malaysia juga antara yang tersenarai mempunyai pengikut yang agak ramai dalam industri muzik mereka.
Sebut saja nama Blackpink, BTS atau EXO, kami pasti ramai yang meminati karya muzik nama-nama besar ini.
Namun begitu, mungkin ada yang masih tidak tahu hari istimewa selebriti kesayangan mereka.
Jadi kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara selebriti-selebriti Korea yang menyambut birthday pada bulan September.
Penyanyi bersuara lunak, Wany Hasrita, akhirnya membuka mulut dan mengumumkan kehamilan bayi pertamanya, selepas enam bulan berahsia kepada umum.
Menurut pelantun lagu ‘Menahan Rindu’ ini, dia dan suami tercinta, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31 menzahirkan rasa teruja bagi menyambut putera sulungnya itu.
Memetik laporan Berita Harian, Wany, 30, masih belum memutuskan sama ada akan bersalin serta berpantang di Kuala Lumpur atau Kuching, Sarawak, di mana suaminya bertugas.
Emosi Berjauhan Dengan Suami
Wany turut mengakui bahawa sepanjang hamil, adakala dirinya sedikit emosional tatkala perlu berjauhan dengan suami.
“Benar, saya hamil. Alhamdulillah, sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan teruk.
” Disebabkan saya dan suami berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan sendirian dengan ditemani ibu. Setakat ini, di mana saya akan bersalin dan berpantang masih belum diputuskan.” ujar Wany
Sebelum ini, tular satu video memaparkan Wany sedang memegang pinggang dan mengusap perutnya semasa menjalani sesi raptai bagi sebuah majlis pelancaran jenama fesyen tudung untuk koleksi Aidilfitri. Tindakan Wany itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang menyangka penyanyi berkenaan sudah hamil.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
@remaja.my Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY#PUMARAYA#majalahremaja#remaja#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
@remaja.my Siapa kata koleksi PUMA Raya Memori Aidilfitri ada satu warna je? Pilih sahaja antara warna klasik hitam, putih, earth tone ataupun biru menyala. Senang nak suai padan gaya korang untuk Syawal tahun ini bersama sneakers PUMA Roma Classic Gum yang selesa and versatil ini. #PUMAMY#PUMARAYA#majalahremaja#remaja#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!