Minuman air bergas atau disebut bersoda memang tak asing pun pada kita. Kalau lepak masuk McD, KFC atau mana-mana restoran makanan segera, air bergas inilah yang dihidangkan bersama. Betul tak?
Bagi siapa yang suka minum air bergas, ini sedikit info yang korang kena tahu. Setiap satu tin dengan berat 300 ml, sembilan sudu besar gula digunakan untuk memberi rasa enak kepada minuman bersoda ini.
Kalau sehari minum bertin-tin, kiralah sendiri berapa sudu gula masuk ke badan korang. Kiranya memang mudahlah nak kena kencing manis bila dah tua nanti. Ini realiti dan bukan nak takutkan ya.
Masa yang sama, korang perasan tak, sesetengah air bergas tertulis perkataan Diet Soda! Diet soda ini apa? Apa bezanya dengan air gas bersoda biasa? Mana lebih baik diminum?
Gambar hiasan
Memikirkan ada perkataan “DIET”, maka mereka yang dalam proses menguruskan badan biasanya akan memilih diet soda sebagai pilihan kerana kata mereka minuman ini tiada gula maka menjadikannya bebas kalori.
Tetapi sebelum diteruskan dengan sikap suka minuman bergas, ini fakta yang harus korang ambil peduli dan mesti prihatin dengannya.
Mengikut Pegawai Dietetik U44, Puan Rafidah binti Othman dari Jabatan Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kajian yang dilakukan oleh Sekolah Perubatan Miller, Universiti Miami, menemui sesuatu yang sangat mengejutkan.
Ads
“Golongan dewasa yang minum diet soda setiap hari berhadapan risiko sebanyak 44 peratus lebih tinggi untuk mengidap sakit jantung. Berbanding 22 peratus bagi mereka yang tidak atau jarang mengambilnya.
“Sementara kajian daripada Universiti Texas, San Antonio pula berkata, jika minuman bergas ini diambil dua kali sehari, ia mampu mengembangkan ukuran pinggang sebanyak enam kali ganda,” katanya yang tidak menggalakkan pengambilan minuman bergas ini kerana ia tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.
Puan Rafidah
Boleh atau tidak minuman diet soda ini diamalkan?
Pengambilan pemanis tiruan ini masih menjadi kontroversi dan ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya Pengurusan Makanan dan Dadah (FDA) serta Persatuan Dietetik Amerika (ADA) sudah menetapkan berapakah had selamat untuk mengambil pemanis tiruan oleh seseorang dalam sehari.
Ads
Ada empat jenis pemanis tiruan diklasifikasi popular digunakan dan jika berlebihan boleh mendatangkan mudarat ialah ‘aspatame’; ‘saccharin’; ‘sucralose’ dan ‘acesulfame K’. Ia dihasilkan bukan secara semulajadi jadi, justeru mereka perlu tahu batasan yang boleh diambil agar tidak memudaratkan kesihatan.
Selain itu, umum juga perlu mengetahui minuman diet soda atau soda biasa mempunyai tahap keasidan yang rendah iaitu PH 3.2 termasuk dalam kategori asid yang boleh merosak dan menghakis gigi jika diminum lebih daripada tiga tin sehari.
Bahkan bukan itu saja mengikut kajian yang dilakukan oleh Sekolah Perubatan Harvard, minum soda sebanyak dua kali sehari akan menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang yang bukan disebabkan oleh gula, tetapi oleh pemanis tiruan. Fungsi buah pinggang dikatakan akan merosot disebabkan oleh pemanis yang digunakan jika mengambilnya sebanyak dua tin sehari.
Ads
pix hiasan
Kajian lain pula menyatakan bahawa pengambilan satu tin diet soda sehari boleh mengganggu metabolisme sekali gus menyebabkan lambakan lemak di pinggang dan menyumbang penyakit jantung. Pemanis tiruan juga dikatakan menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori seterusnya menyebabkan obesiti.
Ada juga kajian mengatakan minuman diet soda ini mengandungi ‘sodium benzoate’ atau ‘potassium benzoate’ yang menyebabkan kerosakan teruk kepada sel DNA badan, malah ia juga dikaitkan dengan gatal-gatal, asma, dan alahan apabila berlebihan pengambilannya.
Bagi yang gemar sangat minum tu, hati-hatilah ya.
Panduan Dietari Malaysia 2010 menggariskan saranan untuk mengurangkan pilihan makanan dan minuman yang bergula ini mungkin berguna untuk korang.
Katanya, kurangkan pengambilan gula kurang daripada 6-8 sudu termasuk gula tersembunyi dalam makanan, makan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut, banyakan minum air kosong serta jangan tambah susu pekat manis dalam kadar berlebihan pada minuman.
Kesihatan kena jaga terutama yang masih muda. Tak adalah nanti muka saja muda tapi badan dah macam orang tua umur 70 tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah bau badan atau ‘bau ketiak hangit’ memang sinonim dengan remaja.
Malah, hal ini juga membelengu golongan dewasa, sudah tentunya menjejaskan penampilan diri seseorang individu. Pemakaian deodarant bukan penyelesaian masalah ini kerana mereka yang mengalami masalah bau badan juga perlu mengamalkan penjagaan dalaman.
Amalan tradisional dan menggunakan bahan semula jadi boleh membantu mengatasi masalah bau badan. Petua mudah ini menjadikan badan berbau harum mewangi hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja. Bau badan pun rasa segar sahaja tanpa bau yang ‘menyengat.’ Tiada lagi masalah bau ketika dan ketiak basah.
Jika terlupa atau tidak pakai deodorant pun tidak mengapa kerana badan anda tidak akan ‘mengeluarkan’ bau yang boleh membuatkan orang lain ‘sesak nafas.’ Bahan pun tidak banyak. Hanya guna dua bahan sahaja dan bahan ini memang mudah sangat didapati. Mungkin juga anda memang sentiasa ada bahan-bahan ini di rumah.
BAHAN-BAHAN:
Limau purut
Lada putih
CARA-CARA MEMBUAT:
Hiris kulit buah limau purut. Masukkan dalam mangkuk.
2. Tabur lada putih. Ini anggaran. 1 biji limau purut 1 sudu kecil lada putih. Guna lada putih yang biji bukan serbuk.
3. Kukus kulit limau purut bersama lada putih tersebut lebih kurang 20 minit atau sampai kulit limau lembut.
4. Tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.
5. Bulat-bulatkan seakan maajun atau jamu. Jangan besar sangat dikhuatiri tercekik masa makan nanti.
6. Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk. Ambil sebiji dan telan bersama air masak.
Kesannya boleh dirasai sebulan selepas itu. Peluh tidak lagi berbau kuat walaupun selepas bersenam di gimnasium atau jogging. Bagi wanita ketika datang haid tentunya bau peluh akan sedikit ‘tajam’ namun selepas mengamalkan petua ini, bau peluh tidak lagi kuat.
Walaupun anda mungkin lupa untuk makan ‘suplemen’ ini namun badan tidak lagi berbau. Memang bagus petua ini terutama buat mereka yang mengalami masalah bau badan yang kuat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena ulang tahun ke-60 majalah sensasi Sports Illustrated Swimsuit, model hijabi Halima Aden diiktiraf sebagai salah seorang daripada 27 wanita ‘Lagenda’ yang menghiasi wajah hadapan ataupun cover majalah berkenaan.
Halima, 26 pernah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi wanita hijabi dan Muslimah pertama yang dipaparkan oleh majalah berkenaan.
Dalam paparan isu berkenaan, Halima menyarungkan burkini dan hijab – sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana penghias wajah tersebut.
Halima Aden.
Dan pada tahun berikutnya, sekali lagi gadis kacukan Somali-Amerika yang dilahirkan di Kenya itu diberikan kesempatan untuk dipaparkan sebagai gadis Sports Illustrated.
“Don’t change yourself, change the game..” – Halima aden
Bersempena isu khas ini, Halima kembali untuk menghiasinya dengan paparan perkembangan terbarunya.
Tampil eksklusif dalam balutan busana labuci merah jambu dan gaya hijab dalam rona sama, Halima berterima kasih apabila diberikan gelaran Sports Illustrated Swimsuit Legend di samping wanita-wanita hebat lain seperti Martha Stewart, Tyra Banks, Gayle King, Chrissy Teigen dan ramai lagi.
“Saya amat terharu, tidak percaya saya akan berada bersama begitu ramai wanita ikonik. Tetapi saya semestinya percaya saya juga bakal menjadi seorang ‘legenda’ seperti mereka satu hari nanti.
“Seiring dengan usia saya memasuki 26 tahun, saya rasa kita boleh saling membantu dengan terus memberikan peluang kepada orang baharu melakukan apa yang mereka inginkan, jadi autentik dan tidak mudah menghukumi orang lain.”
“Sports Illustrated Swimsuit tentunya adalah salah satu platform yang memberikan kami ruang untuk saling menyokong satu sama lain. Be each other’s biggest cheerleaders,” katanya dalam temubual itu.
Terdahulu, Halima pernah mengejutkan dunia peragaan fesyen apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia glamor setelah merasakan dirinya semakin menjauhi ajaran agama Islam apabila bergelar model popular antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan wajah terutamanya bagi wanita merupakan satu penjagaan yang sangat penting. Disebabkan itu jugalah antara produk kosmetik yang paling laris di pasaran ialah produk kecantikan dan rawatan wajah. Tapi sebenarnya untuk mendapatkan kulit wajah cantik, bukanlah bergantung kepada produk kecantikan semata-mata.
Sebenarnya, kulit wajah yang baik akan datang dengan sendiri bila seseorang memiliki kesihatan kulit yang baik. Jadi bagaimana untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik?
Say hi to healthy skin! Jom ikuti 5 tip mudah ini.
1. Mendapatkan kualiti tidur yang cukup
Tahu kenapa sleeping beauty kulitnya flawless? Sebab dia tidr lama ke? Just kidding! Bagi seorang remaja korang memerlukan waktu tidur dalam tempoh 6 ke 8 jam sehari. Jika waktu tidur pendek bukan hanya metabodilisme yang terganggu malah kulit wajah juga akan terkesan. Jadi dapatkan tidur yang mencukupi agar kulit wajah tidak kusam, lesu dan nampak kepenatan.
2. Kurangkan stres
Bila berbicara tentang kesihatan kulit, perkataan ‘stres’ pasti akan muncul. Body kita tidak akan menipu, percayalah. Jika seseorang itu stres ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan bada tetapi yang penting sekali pada wajah. Selain itu stres juga mengakibatkan hormon menjadi tidak stabil apatah bagi seorang remaja yang hormonnya tengah memberontak laju.
3. Peredaran darah yang baik
Ini juga salah satu faktor yang berkait rapat dengan kesihatan kulit wajah. Jika kamu mempunyai peredaran darah yang baik, ia akan membawa oksigen mencukupi ke bahagian wajah. Ini sekali gus membantu sel-sel kulit untuk melakukan proses regenerasi. Selain itu, kulit wajah juga tidak akan kering dan nampak segar.
4. Minum air secukupnya
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air. Dan disebabkan itulah kita sering disuruh untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari atau kira-kira 2.5 liter. Dengan meminum air yang mencukupi maka metabodilisme dalam tubuh bekerja secara optima, kulit wajah pun terjaga.
5. Cuci muka setiap malam
Usah bayangkan melakukan rawatan kulit atau produk wajah yang mahal. Cukup dengan mencuci muka menggunakan produk pencuci muka sesuai degan jenis kulit wajah. Selain itu jangan lupa untuk menggunakan pelembab terutamanya di waktu malam bagi menggalakkan proses regenerasi kulit. Penggunaan mask juga boleh membantu kulit wajah lebih berseri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...