Kehidupan sebagai seorang selebriti popular sememangnya tidak menentu terutamanya dalam perihal waktu bekerja. Sebaik mempersetujui dengan komitmen bagi sesebuah projek, suka atau tidak, mereka perlu bersedia untuk mencurahkan segala keringat selagi ia ditagih.
Begitu juga dengan si cantik manis, Anzalna Nasir. Kini, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki sudah boleh tersenyum dengan kehidupan mereka empat sekeluarga setelah ia diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan. Kedua-duanya dilahirkan dalam bulan Syawal, justeru Anzalna mengetahui serba-sedikit mengenai pengalaman mengandungkan anak pada bulan Ramadan.
REMAJA menemui Anzalna pada acara pengenalan beliau sebagai duta kempen Flora Nostalgia Raya bersama Isetan baru-baru ini untuk bertanyakan sekiranya beliau sudah beredia untuk menerima semula tawaran lakonan selepas ini. Maklumlah, komitmen sebagai ibu juga berat tugasnya, inikan pula sebagai pelakon yang memiliki dua orang cahaya mata yang sedang membesar.
Menurutnya, belum tiba masanya untuk kembali terjun ke industri lakonan semula. Bagaimanapun, Anzalna mendedahkan dirinya kini mulai aktif semula dengan projek-projek lain.
“Alhamdulillah, (Emirhan) saya tidak banyak meragam. (Eidrees) pula telah faham sekiranya saya perlu bekerja.
“Bila saya berkata, ‘I have got work today’ dia pun menjawab, ‘Okay Mummy’. Dulu dia tidak faham dan saya takut hendak tinggalkannya. Namun sekarang, jika saya perlu tinggalkannya sebentar dan jika ada apa-apa yang terjadi, dia boleh datang bercerita kepada saya.”
Ads
“Jadi bila boleh tingggalkan (Eidrees) dalam keadaan dia boleh bercakap jika ada sebarang perkara terjadi, saya pun memberanikan diri untuk aktif semula dalam industri hiburan ini,” kongsi finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini.
Harapan Ramadan 2023
Mengintai sisi Anzalna sebagai suri dan ibu di rumah sepanjang bulan Ramadan tahun ini, beliau mengakui rasa teruja itu ada dan berharap agar segalanya dipermudahkan sepanjang bulan mulia ini.
“Tahun lepas, saya mengandung (dalam bulan Ramadan). Jadi tahun ini, insyaAllah harapnya saya boleh berpuasa penuh.
Ads
“Dengan dua orang ni, tak tahulah nak bangun sahur tu macam mana. (Ketawa) Janganlah mereka bangun sekali sahur.
“Jujurnya, setiap tahun saya paling tak sabar untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan,” katanya.
Mengenai pengalaman berpuasa sebagai seorang ibu berbanding semasa era bujang dahulu, tentunya Anzalna merasakan wujud perbezaan yang ketara.
Ads
“Berbeza sangat. Anak seorang berbeza, anak dua orang berbeza. Anak tiga orang (jeling) tak tahulah. (Ketawa).
“Tapi apa yang Anzalna boleh cakap, kehidupan memang serta-merta berubah bila sudah berkeluarga. Saya amat-amat gembira sekarang dan saya berbangga juga dengan diri sendiri kerana dapat besarkan anak dengan tangan sendiri tanpa ada pembantu,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin tiada ribut, pemilik nama penuh Nurul Hanynaa Harizal kini dilaporkan sedang sarat mengandung apabila bertemu dengan media di sebuah majlis hiburan. Lebih mesra dipanggil Nynaa, dia dilaporkan sedang menghitung hari untuk menantikan kelahiran anak sulungnya lantaran sudah memasuki bulan kesembilan kandungan.
Walaubagaimana pun, wanita anggun berusia 27 tahun itu belum lagi bersedia untuk ditemubual lebih lanjut tentang perkara tersebut dan akan berkongsi setelah melahirkan kelak.
Sebelum ini Nynaa telahpun berkahwin dengan ahli perniagaan, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika penggambaran sebuah drama.
Nynaa kemudian dilaporkan bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November 2021 dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat. Pasangan sama cantik dan sama padan ini mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Merupakan salah seorang finalis pencarian Dewi Remaja 2019 anjuran REMAJA, ketika itu Nynaa berjaya bergelar pemenang tempat ketiga. Antara rakan selebriti seangkatan dengan dirinya ialah Shaza Bae yang merupakan juara edisi tersebut.
Kini jika anda rindukan lakonan si cantik ini, Nynaa muncul dengan naskah Kau Cipta Kasih yang kini sedang disiarkan untuk slot Samarinda di saluran TV3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja kembali lagi untuk edisi ke-12. Setelah memahkotakan 10 gadis sebelum ini, pencarian ini kembali untuk mencungkil bakat dan juga menyerlahkan personaliti baharu yang bakal menyinar sekaligus memegang gelaran Dewi Remaja 2022.
Setelah kami ke Johor pada hujung minggu lalu kini tiba masanya untuk bertemu dengan sumandak Sabah pula. Ujibakat yang bakal berlangsung di hotel The Palace, Kota Kinabalu ini akan berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Jumaat bertarikh 12 dan 13 Mac 2022.
Top 5 Dewi Remaja 2019
Mungkin ramai tertanya-tanya apakah kriteria yang dicari oleh juri-juri Dewi Remaja sebenarnya. Seperti yang anda boleh lihat di poster yang disediakan, peserta haruslah berusia 18 sehingga 25 tahun pada 2022, masih bujang (belum pernah berkahwin) dan berketinggian tidak kurang daripada 156cm.
Sebenarnya, Dewi Remaja ini tak perlu terlalu tinggi orangnya, bahkan alumni-alumni sebelum ini seperti Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna misalnya genit orangnya. Namun mereka memiliki aura yang besar. Selain daripada memiliki penampilan yang menarik, para peserta yang hadir ke sesi uji bakat haruslah mempertaruhkan bakat yang ada, sebagai contoh peragaan, mengacara dan berlakon.
Top 3 Dewi Remaja 2019. Dari kiri Shaza Bae (Juara), Adriana (Naib Juara) dan Nyna Harizal (Ketiga)
Paling penting adalah kemahiran komunikasi yang baik dan cara berinteraksi dengan juri. Ia kedengaran tidak mudah namun bukanlah mustahil. Kenapa agaknya Dewi Remaja memerlukan mereka yang memiliki penampilan menarik, kemahiran komunikasi yang baik dan berbakat?
Seperti yang semua tahu, para finalis Dewi Remaja akan melalui satu siri pertandingan sepanjang lapan epiosod yang memerlukan mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan juga melalui kelas-kelas yang disediakan untuk mempersiapkan setiap seorang menuju ke malam finale.
Tahun 2019 menyaksikan 12 finalis terpilih dan lima daripada mereka berjaya mara ke malam finale. Jadi agak-agaknya tahun ini siapakah yang bertuah untuk mara sebagai finalis. Kali terakhir sumandak Sabah yang berjaya tembus ke jajaran top 5 adalah pada Dewi Remaja 2005/06 menerusi perwakilan yang bernama Nicolita Sanseh. Tahun itu gelaran Dewi Remaja jatuh kepada Scha Alyahya yang kini merupakan selebriti terkenal Malaysia.
Jadi apa lagi buat sumandak-sumandak Sabah! Jumpa kami pada hujung minggu ini di hotel The Palace, Kota Kinabalu. Kami nantikan kehadiran anda. Jangan lupa daftar secara dalam talian di www.remaja.my/dewi.
Pesonakan Bintangmu!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dirinya yang kini kembali sebagai mentor dan juri jemputan Hero Dewi Remaja 2023 pada episod ketiga akui bahawa terdapat perbezaan ketara dari segi personaliti yang ditampilkan oleh para finalis kali ini.
“Suprisingly bila saya tengok diorang ini, memang agak berbeza dari zaman Hero Remaja saya dulu, which is 15 years back. Diorang dah exposed to camera, ada keyakinan diri dan tiada istilah camera shy dalam diri.
“Namun ada segelintir yang kelihatan terlebih confident bagi saya. Mungkin diorang mahu kelihatan lebih menonjol di hadapan kamera dan sekeliling namun apa yang boleh saya pesan adalah overconfident is not good sebab ada kemungkinan membuatkan orang sekeliling kita annoyed,” jelasnya.
Pelakon drama Bio-Nik ini juga akui bahawa dirinya kagum dengan kualiti yang dipamerkan oleh barisan finalis kali ini.
“Secara keseluruhan saya amat impressed dengan diorang, which is pemilihan Hero Dewi Remaja kali ini betul-betul berkualiti sehinggakan sukar bagi saya nak bagi permakahan sebagai juri kerana saingan terlalu sengit.
“Pada pandangan saya, semua finalis masih berada pada tahap yang sama jadi sukar bagi juri untuk tentukan siapa pemenang cabaran minggu ini,” akuinya.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!