Pelakon jelita terkenal, Anzalna Nasir baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan anak-anak di sekolah menerusi perkongsian di aplikasi Threads. Menurutnya, peningkatan kes yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan hatinya sebagai seorang ibu merasa tidak tenang.
“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?”
“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini,” tulisnya.
Kredit foto: IG Anzalna Nasir
Kebimbangan Anzalna Nasir Tentang Keselamatan Di Sekolah
Pada masa yang sama, Anzalna atau pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir (37) turut berkongsi pandangannya bahawa isu keselamatan anak-anak di sekolah ini seharusnya menjadi peringatan kepada ibu bapa untuk memberi lebih perhatian terhadap didikan dan bimbingan anak-anak. Katanya, tanggungjawab seorang ibu bapa bukan sekadar mencari rezeki semata-mata tetapi turut membentuk nilai dan akhlak anak-anak.
“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.”
“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” ujarnya lagi.
Kredit foto: IG Anzalna NasirKredit foto: IG Anzalna Nasir
Reaksi Warga Maya Terhadap Pandangan Anzalna Nasir
Luahan Anzalna Nasir tentang keselamatan anak-anak di sekolah telah mendapat perhatian ramai warga maya. Rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Malah, seorang guru turut berkongsi bahawa para pendidik sentiasa berusaha mendidik anak murid seperti anak sendiri. Dengan adanya sokongan dan kerjasama ibu bapa, hasilnya pasti akan melahirkan generasi yang terbaik.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa perkongsian selebriti seperti Anzalna memberi kesedaran besar kepada ibu bapa, berbanding sikap suka menyalahkan guru atau pihak kementerian semata-mata. Dalam masa yang sama, beberapa pihak tampil mengingatkan bahawa mendidik anak-anak perlu bermula dari rumah kerana ada ibu bapa yang sukar menerima teguran mengenai sikap anak mereka.
Ads
Cabaran Era Digital & Peranan Ibu Bapa
Walaupun begitu, ada juga pandangan yang menyalahkan internet sebagai faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial pelajar. Mereka berpendapat bahawa berbeza dengan zaman dahulu yang lebih terbatas aksesnya, kini penggunaan internet terlalu mudah dan sukar untuk dikawal. Justeru, ibu bapa perlu lebih peka dalam memantau aktiviti anak-anak di dunia maya bagi memastikan keselamatan mereka.
Ads
Homeschool Sebagai Alternatif
Selain kebimbangan tersebut, wujud juga beberapa pihak yang mengambil langkah lebih drastik dengan memilih alternatif pembelajaran di rumah atau homeschool.
“Saya & isteri memang sepakat anak-anak homeschool saja, bayar cikgu mengajar anak di rumah. Tapi tetap ada kelas berenang dan lain-lain. Banyak kena guna duit tapi puas hati anak depan mata,” komen pengguna bernama @night.thaze.
Ads
Intihanya, perkongsian Anzalna Nasir bukan sekadar luahan hati seorang ibu, tetapi membuka ruang perbincangan yang lebih luas mengenai keselamatan dan pendidikan anak-anak di sekolah. Rata-rata bersetuju bahawa selain guru dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak agar membesar menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.
Isu keselamatan anak-anak di sekolah wajar dijadikan refleksi bersama agar masyarakat dapat mencari solusi terbaik demi kesejahteraan generasi masa depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan popular Pop Rock antarabangsa, Panic! At The Disco (PATD) mengumumkan mereka sudah tidak lagi bergerak sebagai sebuah kumpulan, selepas 20 tahun bersama.
Perkara tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan itu, Brendon Urie, menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut vokalis yang popular dengan lagu I Write Sins Not Tragedies itu, kini adalah waktu yang tepat untuk mereka membawa haluan masing-masing selain dirinya juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap keluarga tercintanya.
“Membesar di Vegas, saya tidak pernah bayangkan ke mana takdir hidup ini akan membawa saya. Begitu banyak tempat di seluruh dunia dan ramai kawan yang saya temui di sepanjang perjalanan itu.
“Tetapi adakalanya sebuah perjalanan harus dihentikan agar sebuah perialanan baharu dapat bermula. Kami sudah lama menyimpan perkard ini dan mungkin ada yang sudah mendengar bahawa saya dan isteri, Sarah, akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Saya ada tanggungjawab baharu dan perjalanan untuk membina keluarga ini sangat mengujakan buat saya. Saya kena letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga sebab keutamaan itu pada mereka. Jadi dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan lagi ada,” katanya.
Di kesempatan itu juga, Brendon menitipkan penghargaan buat semua yang tidak pernah berhenti menyokong kumpulan itu, dari seawal penubuhannya hingga ke hari ini.
“Terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini. Agak lama juga untuk saya menyusun ayat terbaik untuk memberitahu mengenai perkara ini. Sukar untuk saya kerana anda semua tahu betapa kumpulan ini juga amat bermakna untuk saya.
“Kami sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan ramai bakat-bakat hebat selama ini selain menghargai semua peminat,” ujarnya panjang.
Dalam pada itu, Brendon juga memaklumkan konsert jelajah United Kingdom (UK) dan Eropah yang dijadual berlangsung pada Februari dan Mac ini tetap akan dijalankan mengikut perancangan asal.
Sekadar informasi, PATD mula ditubuhkan oleh Brendon pada tahun 2004 bersama rakan baiknya, Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson. Antara lagu hits Panic! At The Disco ialah House Of Memories, High Hopes, Nine in the Afternoon, Death of a Bachelor dan Me!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selama ini, kita ketahui tentang kewujudan taman tema Escape yang terletak di Pulau Pinang. Dengan memegang rekod Guinness sebagai gelongsor air ‘tube’ terpanjang di dunia (1,111 meter), tak hairanlah apabila ia mendapat perhatian peminat taman tema terutamanya pengunjung dari benua Asia.
Tahukah korang, sebuah lagi taman tema di bawah jenama ‘Escape’ telahpun dibuka di Petaling Jaya?
Yes! Taman tema kelolaan Sim Leisure Group ini dikenali sebagai Escape PJ dan telahpun dibuka dalam kawasan kompleks membeli-belah Paradigm dekat Petaling Jaya.
Jika dahulu kita familiar dengan konsep taman tema indoor menerusi Berjaya Times Square Theme Park. Kini sebuah lagi taman tema indoor boleh korang kunjungi.
Cumanya, konsep Escape PJ ini sedikit berbeza. Jangan pula korang expect nak lihat roller coaster di sini!
Escape PJ lebih menjurus kepada aktiviti ‘thrill’ bersifat sedikit ekstrem yang bersesuaian dengan aktiviti fizikal. Jadi pastikan korang fit sebelum ke sini. Buat masa ini, sebanyak 12 tarikan telahpun disediakan untuk pengunjung cuba. Menurut pengelola Escape PJ, dalam masa 2 tahun mereka sedang merancang untuk menyediakan lebih daripada 20 tarikan pula.
Jadi apa yang best ada di Escape PJ? REMAJA telah berpeluang untuk bermain di sini bersama beberapa finalis daripada Hero Remaja 2020 dan Dewi Remaja 2019. Ini adalah di antara tarikan pilihan kami yang korang perlu cuba.
AEROBAT
AIRBAG
BANANA FLIP
MONKEY BUSINESS
ATAN’S LEAP
SLINGSHOT
*
*
*
Buat masa ini, Escape PJ masih terpaksa ditutup bagi mengikuti arahan PKPB yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di negeri Selangor.
Harapnya, PKPB akan berakhir pada 6 Disember ini agar kita semua boleh ke sini untuk have fun mengikut SOP yang ditetapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri animasi dari Malaysia, Mechamato terus mencipta kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Terbaru, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023. Lebih membanggakan ia merupakan pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun.
Untuk info, keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat. Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Di media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak berkongsi kegembiraan mengenai Mechamato menang Anime Fan Award dengan orang ramai.
“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023! Terima kasih semua atas undian dan sokongan!” tulisnya. Tahniah diucapkan kepada MONSTA!
Sebelum ini, filem animasi Mechamato Movie mencetuskan fenomena tersendiri selepas berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM5 juta hanya dalam masa tiga hari selepas ditayangkan di seluruh negara termasuk Brunei.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.