Tidak dinafikan, terdapat beberapa filem berskala epik yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia kini; termasuklah filem biopik Anwar: The Untold Story, Polis Evo 3, Fast X, Guardians of the Galaxy Vol 3 dan beberapa lagi filem yang dinanti-nantikan oleh penonton.
Di pihak penonton, situasi ini tentunya diterima baik memandangkan ia memberi lebih banyak pilihan di tangan mereka. Tepuk dada, tanyalah selera filem mana yang ingin ditonton.
Begitupun, di pihak pengeluar dan pasukan produksi filem terutamanya dua buah filem tempatan yang sedang bersaing sengit untuk mengaut kutipan, ia sedikit sebanyak memberi tekanan.
Produksi filem Anwar: The Untold Story baru-baru ini misalnya mendakwa sesetengah pawagam cuba mensabotaj tayangan filem biopik arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu kerana ia memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Walaupun ia kini memegang rekod sebagai filem biopik pertama Malaysia yang mencatatkan kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya 18 Mei lalu, Pengerusi DMY Creation iaitu Datuk Mohamed Yusoff mendakwa slot tayangan yang diberikan oleh pemamer pawagam tempatan tidak mencukupi selari dengan permintaan penonton.
Ads
Katanya lagi, ada pawagam yang menyediakan 40 slot tayangan untuk filem antarabangsa tetapi hanya memberikan empat slot untuk naskhah terbitan mereka itu. Malah, penonton juga mengadu tidak dapat menonton di beberapa pawagam berikutan tiada slot tayangan.
Sekaligus, kutipan filem Anwar: The Untold Story sedikit merosot berbanding saingannya seperti Polis Evo 3 yang terus unggul di tangga pertama.
Menjawab dakwaan sabotaj itu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) tampil ke hadapan untuk menafikan slot tayangan filem Anwar: The Untold Story telah dikurangkan di 124 buah pawagam negara dan berkata ia tidak pernah meminggirkan mana-mana filem tempatan malah menyokong perkembangan industri perfileman negara.
Ads
“Malaysian Association of Film Exhibitors (‘MAFE’) menyangkal dakwaan secara tidak adil terhadap pemamer pawagam tempatan mengenai keengganan menayangkan filem berkenaan dan seterusnya menghalang sasaran kutipan mereka.
“MAFE memperjuangkan pertumbuhan industri perfileman tempatan termasuklah filem Anwar: The Untold Story,” kata mereka.
Tambah MAFE lagi, pemamer pawagam tempatan meletakkan purata lima masa tayangan filem Anwar: The Untold Story meliputi 70 peratus lokasi di seluruh negara. Manakala, slot tayangan lebih banyak tersedia di pawagam yang terletak di pusat bandar.
Ads
Korang sudah menonton Anwar: The Untold Story? Senang tak untuk mendapatkan tiket?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jarang sekali logo sesebuah jenama itu menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan orang ramai.
Namun bila ia membabitkan jenama fesyen high street popular dunia iaitu ZARA hari ini, ramai netizen yang menganggap ia adalah perubahan yang ‘tak necessary’ dan sesetengah berkata ia adalah pilihan ‘bodoh’.
Fuh, marah nampak sis.
Biasalah apabila jenama fesyen menukar logo mereka sedikit-sebanyak kerana inginkan kesegaran pada koleksi pakaian dan mood jenama tersebut.
Minggu lalu, ZARA menerusi media sosialnya telah memberikan teaser mengenai logo baru yang akan direka oleh sebuah syarikat grafil bernama Baron & Baron.
Syarikat ini juga dulunya bertanggungjawab untuk mencipta logo jenama majalah terkenal, Harper’s Bazaar.
Jadi, kenapa ramai yang tidak menyukai logo ZARA baru ini? First of all, ia lebih kurang sama je seperti logo lama. Cuma huruf ZARA tersebut dirapatkan sehingga ia bertindih antara satu sama lain.
Ada netizen yang membuat lawak seperti logo ZARA seterusnya akan menjadi ‘rojak’ seperti ini.
Ada yang beranggapan mereka stres melihat pertindihan huruf tersebut. Kami pun pada mulanya merasakan ia agak klaustrofobik gitu!
Namun, masih ada netizen yang menggemari logo baru ni. Hhm biasalah susah untuk kita puaskan hati semua orang terutamanya jika ia untuk perkara kreatif seperti rekaan logo.
Amacam? Korang rasa perubahan logo ini tak perlu atau sebenarny cantik je..?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya sudah lama penulis tidak menonton sebuah filem horror terutamanya dalam sub-genre slasher film di pawagam. Dan disebabkan itulah pengalaman menonton filem slasher terbaru berjudul ‘Hell Fest’ mengembalikan satu memori yang cukup uni sepanjang menontonnya semalam di Tayangan Premier Hell Fest x REMAJA di TGV Sunway Velocity.
Genre yang telah melahirkan filem-filem seram yang memaparkan pembunuh bersiri atau psikologi thriller sehingga kini mempunyai pengikut dan peminat mereka tersendiri. Dengan barisan filem hebat seperti ‘Psycho’ (1960), ‘The Texas Chain Saw Massacre’ (1974), ‘A Nightmare on Elm Street (1984), ‘I Knoe What You Did Last Summer’ (1997), ‘Scream’ (1996) dan banyak lagi.
Menariknya kebanyakan filem slasher mengetengahkan sekumpulan remaja yang cukup naif dalam keadaan ingin bergembira bersama yang kemudian bertukar menjadi igauan ngeri dengan kehadiran pembunuh bersiri. Dan kebanyakan filem genre ini juga tidak mempunyai plot yang terlalu kompleks. Cuma misteri di sebalik pembunuh bersiri itu yang akan buat kita terus tertanya-tanya mengapa dan siapakah dia sebenarnya.
Begitu juga dengan ‘Hell Fest’ yang mengetengahkan Natalie sebagai watak utama, dilakonkan oleh Amy Forsyth. Setelah pulang daripada universiti, Natalie bertemu dengan kawan baiknya, Brooke untuk bersama-sama meluangkan masa bersama bergembira di sebuah taman tema berkonsepkan seram dikenali sebagai HELL FEST.
Natalie dan Brooke turut disertai oleh tiga orang lagi rakan lama mereka untuk sama-sama ke HELL FEST. Di sana mereka melakuka pelbagai aktiviti seperti ke rumah hantu, naik roller coaster dan memasuki maze yang dipenuhi dengan elemen menakutkan.
Disebalik kegembiraan yang menakutkan itu muncul seorang lelaki bertopeng yang cukup menyeramkan. HELL FEST berubah menjadi sebuah medan pemburuan oleh pembunuh bersiri bertopeng tersebut. Pergerakannya menjadi cukup licik kerana terlalu ramai orang di dalam taman tema tersebut mengenakan topeng.
Natalie mula perasan yang seorang lelaki mula mengekorinya ke mana sahaja dia pergi. Namun rakan-rakannya hanya mentertawakannya yang menganggap Natalie hanya berasa takut disebabkan keadaan taman tema tersebut.
Seorang demi seorang mangsa yang dibunuh dengan kejam oleh pembunuh bersiri sehingga menimbulkan histeria di kalangan pengunjung yang tak keruan.
Perkara pertama yang buat REMAJA cukup kagum dengan filem ini ialah pembinaan set penggambarannya terutamanya di dalam taman tema tersebut. Mungkin dengan penglibatan penerbitnya Gale Anne Hurd yang pernah menjadi produser bagi drama bersiri popular ‘The Walking Dead’ telah menjadikan set filem ini sebagai sebuah karya yang cukup luar biasa.
Secara keseluruhan, ‘Hell Fest’ merupakan sebuah filem pop corn-seram yang tidaklah terlalu berat. Scene pembunuh bersiri melakukan jenayahnya juga tidaklah keterlaluan tetapi mampu buat korang rasa nak tutup mata. REMAJA juga suka kerana ia tidaklah terlalu sarat dengan jump scare yang kadangkala memang unnecessary. Overall, we like it!
‘Hell Fest’ telah mula ditayangkan di seluruh negara bermula hari ini, 27 September 2018. Go watch it now!
RATING: 3/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seluruh dunia turut berduka diatas pemergian 53 kru kapal selam KRI Nanggala-402 setelah Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kapal tersebut telah telah tenggelam. Rentetan daripada kes ini, mungkin ramai yang ingin tahu serba sedikit bagaimana sebenarnya keadaan kapal selam berfungsi di dasar laut.
Bagi memberi gambaran terhadap kehidupan di dalam kapal selam, ada beberapa filem tentang kapal selam yang boleh korang tonton. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Kursk
Filem ini menjadi viral di media sosial setelah berita kapal selam KRI Nanggala-402 diketahui umum. Kursk merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar tentang bencana kapal selam K-141 yang berlaku pada tahun 2000 semasa latihan tentera laut Rusia di Laut Barents.
Sebuah letupan telah berlaku menyebabkan kapal selam itu tenggelam dan membunuh 118 kru kapal, sementara 23 lagi terselamat. Namun, bantuan tidak datang dengan mudah bagi mereka yang masih hidup kerana pemerintah Rusia menolak bantuan daripada orang asing.
2. Hunter Killer
Filem ini berkisarkan tentang misi kru kapal selam Amerika Syarikat untuk menyelamatkan Presiden Rusia yang telah diculik. Kes penculikan itu telah mencetuskan Perang Dunia Ke-2. Kapten Joe Glass (Gerard Butler) harus menuju ke lokasi di mana kapal Rusia tenggelam.
Filem ini diangkat daripada novel berjudul Firing Point yang ditulis Don Keith dan George Wallace.
3. The Wolf’s Call
Dibintangi oleh Harisson Ford dan Liam Neeson, file mini menceritakan tentang seorang kapten kapal selam, Alexi Vostrikov ditugaskan untuk mengambil alih tugasan komando kapal selam nuclear K-19.
Namun, setelah menggendalikan misi tersebut, banyak masalah yang timbul dan kapal selam itu boleh meletup dan mengancam penumpang.
4. Black Sea
Jude Law berperanan sebagai kapten kapal selam yang menjadi penganggur setelah dipecat oleh syarikat penyelamat. Dia kemudiannya dilantik untuk menyertai misi mencari kapal selam yang tenggelam di dasar Laut Hitam yang dikhabarkan mempunyai muatan emas. Dia mengumpulkan kru pelaut untuk tugas tersebut, namun semakin dekat dengan emas, semakin sedikit kepercayaan yang ada antara satu sama lain.
5. Down Periscope
Tom Dodge (Kelsey Grammer) seorang tentera Angkatan laut yang sering dipandang rendah. Suatu hari, dia dilantik untuk bertanggungjawab dalam menggendalikan sebuah kapal tua. Demi mempertahankan reputasinya di Angkatan laut, Tom harus berhadapan dengan masalah dan individu yang menjadi pesaingnya.
6. Greyhound
Berdasarkan karya C.S Forester “The Good Shepherd”, filem ini berlatar belakangkan pada masa awal Perang Dunia II. Dalam tugas pertamanya untuk memusnahkan kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, Greyhound, Kapten Ernest Krause mengetuai 37 kapal bersekutu untuk menyeberangi Altlantik Utara yang berbahaya ketika dikejar oleh kapal-kapal Nazi Jerman.
Okay ada banyak list untuk kita tonton ni. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.