Pemergian pelakon veteran, Nadia Kesuma amat mengejutkan rakan-rakan selebriti serta para peminat dunia seni tanah air.

Kehilangan aktres berusia 50 tahun itu meninggalkan kesan mendalam, apatah lagi apabila pelbagai kebaikan Allahyarham mula dikongsikan oleh mereka yang pernah mengenalinya secara dekat.

Antara yang tampil berkongsi kenangan ialah pendakwah bebas, Ustaz Taufik Khalil, yang mendedahkan sifat pemurah Allahyarham menerusi sebuah hantaran di Facebook.

“Antara Penyumbang Terbanyak” –Pendakwah Bebas Dedah Sifat Pemurah Nadia Kesuma

“Setiap kali program Sedekah Makanan Sabil UT di Mekah, arwah Nadia Kesumawati ialah antara penyumbang terbanyak.

“Moga syurga tempatmu sahabat,” coretnya.

Dalam pada itu, pelakon Serina Redzuawan turut berkongsi sisi peribadi Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang rajin berniaga, prihatin terhadap orang sekeliling serta gemar membantu individu yang berada dalam kesusahan.

Ads

“Antara Penyumbang Terbanyak” –Pendakwah Bebas Dedah Sifat Pemurah Nadia Kesuma

Berita pemergian Nadia mula mengejutkan ramai selepas hampir dua hari usaha pencarian dilakukan di Jeddah oleh pelbagai pihak. Allahyarham dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah, sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Khamis, jam 8.07 pagi.

Ads

Difahamkan, Nadia menyertai pakej Umrah–London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)pada jam 1.48 pagi, Selasa lalu.

Jenazah pelakon drama popular Kudeta itu telah selamat dikebumikan di Jeddah. Pemergian Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berusia antara 11 hingga 15 tahun.

Ads

Al-Fatihah buat Allahyarham Nadia Kesuma. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Antara Penyumbang Terbanyak” –Pendakwah Bebas Dedah Sifat Pemurah Nadia Kesuma

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: FB Ustaz Taufiq

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads