
Siapa yang tak kenal dengan aktres cantik Neelofa dan Uqasha Senrose yang berasal dari keluarga kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Kedua-dua selebriti ini khabarnya memang pandai kecek kelate. Dalam satu rakaman yang kami jumpa, Neelofa dan Uqasha Sensore dilihat bercakap dalam dialek Kelantan ketika sedang menjamu selera.
Jom kita tonton video di bawah dan pada korang, siapa yang paling hebak kecek kelate deh? Dua-dua pun comel kan. Hiks!
Kredit video: Diva Gojes
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Kedudukan Keempat Ceria Popstar 3, Vanessa Reynauld Kini Bergelar Artis Baru Terbaik AIM23

Sekiranya korang masih ingat, pemilik nama penuh Vanessa Ben Reynauld ini mula mencuri tumpuan khalayak apabila mengambil keputusan untuk menyertai program realiti Ceria Popstar musim ke-3 pada usia semuda 15 tahun. Bukan hanya imej rambut kerintingnya menjadi bualan malahan kekuatan vokal Vanessa juga berjaya menambat hati orang ramai.
Pada waktu itu, potensi Vanessa Reynauld mulai terserlah apabila terpilih sebagai pemenang kedudukan keempat. Vanessa tidak sesekali menyerah daripada menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian tempatan yang dianjurkan termasuklah program Ceria Megastar musim ke-2 (2018) dan The Masked Singer Malaysia musim pertama (2020).

Setelah tujuh tahun bergelumang sebagai seorang penyanyi, bakat Vanessa menjengah aras baharu apabila dia mendapat pengiktirafan sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 semalam.
Mengupas lanjut mengenai kemenangan sulungnya itu di anugerah berprestij itu, penyanyi Putus dan Rindu Separuh Nyawa ini merasa terharu, terkejut dan bersyukur dengan pemilihan juri profesional itu memandangkan perjalanannya dalam industri ini telah lama tertulis biarpun sedikit ‘lambat panas’.
“Mula-mula masuk industri, saya bergelut sangat untuk mencari keyakinan diri dan identiti sendiri. Apa yang saya nak jadi dalam industri muzik.”


“Kini setelah tujuh tahun dalam industri, saya akhirnya dapat cari genre yang saya suka iaitu balada. Saya bersyukur semua orang suka dengan cara saya sampaikan lagu-lagu balada.
“Selepas ini, saya akan terus bekerja keras untuk mengetengahkan karya yang berkualiti buat semua yang menyokong Vanessa. Anugerah ini.. Vanessa tidak jangkakan pun. Saya berserah kepada takdir malam ini tetapi rezeki berpihak kepada saya.
“Ini akan menjadi sumber motivasi untuk saya terus bekerja lebih keras selepas ini,” katanya yang turut bermimpi untuk membuat persembahan di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu satu hari nanti.

Vanessa turut berkongsi perancangannya untuk meneruskan genre balada namun pada masa yang sama, turut terbuka untuk bereksperimentasi dengan genre lagu lain seperti pop dan rap.
Dia juga tidak menidakkan peluang untuk meluncurkan single dalam bahasa Cina demi melebarkan sayap ke negara China, pada masa yang datang.
Terdahulu, Vanessa pernah mengharumkan nama negara serta dirinya sendiri setelah terpilih untuk menghiasi papan iklan Times Square di bandaraya New York, Amerika Syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN : “Rasa Macam Nak Pengsan! It’s New York…” Seorang Lagi Artis Malaysia Hiasi Mercu Tanda Ikon Dunia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raih 300 Bilion Tontonan Hashtag! Jungkook BTS Catat Rekod Dunia Terbaru Di TikTok

Terbaru, bintang terkenal K-Pop, BTS Jungkook sekali lagi membuktikan pengaruh luar biasanya apabila menjadi artis solo pertama di dunia yang mencatat lebih 300 bilion tontonan bagi hashtag peribadinya di platform TikTok.
Menurut laporan daripada portal hiburan Allkpop mendedahkan pencapaian ini amat mengagumkan walaupun Jungkook atau pemilik nama sebenar Jeon Jungkook (28) dikatakan jarang memuat naik kandungan baharu sejak Disember 2023.
Meskipun kurang aktif di media sosial, akaun TikTok peribadinya kini memiliki 22 juta pengikut, meningkat dua juta dalam tempoh hanya lapan bulan. Setakat ini, akaun tersebut menampilkan 19 video, dengan tiga daripadanya melepasi 100 juta tontonan manakala selebihnya mencecah lebih 50 juta tontonan.

Dalam pada itu, antara video paling popular adalah klip tarian lagu R&B berjudul ‘Yeah!’ yang turut menampilkan penyanyi legenda Usher. Sementara itu, cabaran tarian ‘Smoke’ dari program Street Woman Fighter 2 juga turut menjadi video dengan jumlah tanda suka tertinggi, iaitu sebanyak 16.92 juta.
Pada masa yang sama, rekod hashtag “#jungkook” yang mencecah 300 bilion tontonan mengukuhkan lagi status Jungkook sebagai ikon global dalam dunia digital, menjadikan beliau artis solo pertama yang meraih pencapaian ini di TikTok.
Bukan sekadar di TikTok, pengaruh pelantun lagu ‘SEVEN’ dan ‘Still With You’ itu turut meluas ke platform lain seperti di YouTube rasmi topik miliknya yang kini mempunyai 3.83 juta pelanggan, tertinggi dalam kalangan artis solo K-pop.

@jungkook Yeah! with@Usher Raymond #StayTuned #StandingNextToYou ♬ Yeah! (feat. Lil Jon & Ludacris) – Usher
Pada masa yang sama, di Instagram pula, akaun terbaru beliau yang didaftarkan atas nama ‘mnijungkook’ yang dibuka semula pada 15 Julai lalu telah berjaya mengumpul lebih 10.5 juta pengikut dalam masa kurang sebulan.
Dari segi muzik, lagu ‘SEVEN’ yang dilancarkan pada 2023 turut mencatat kejayaan luar biasa apabila bertahan selama 106 minggu di carta Billboard Global 200 dan 107 minggu di carta Global Excl. U.S.. Pencapaian ini menjadikan Jungkook artis solo Asia pertama mencapai rekod tersebut.
Terdahulu, pada Julai lalu BTS mengumumkan mereka akan kembali sebagai OT7 dengan album baharu dan konsert jelajah dunia menjelang 2026, sekaligus menandakan era baharu buat kumpulan tersebut selepas semua ahli tamat khidmat ketenteraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kalau Saya Gemuk, Adakah Beri Kesan Kepada Anda?” -Kasih Iris Leona Selar Sikap Netizen

Pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, tampil menyelar sikap segelintir individu yang menghina bentuk badan sehingga melabelnya sebagai wanita gemuk, susulan video dimuat naiknya baru-baru ini.
Leona bagaimanapun bertegas tidak pernah menghiraukan segala komen warganet malah sentiasa berasa positif dengan semua dimilikinya hari ini termasuklah, bentuk badannya.
“Kalau saya gemuk, adakah perkara itu beri kesan kepada anda?
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal ‘Macho’ Walaupun Berusia, Rahsia Azhar Sulaiman Hanya Gunakan Sabun Dettol Untuk Tampak Lebih Muda

“Minta maaf kalau anda tidak berpuas hati dengan penampilan diri sendiri tetapi anda tidak perlu menunjukkan rasa ‘insecure’ apabila melihat saya.
“Saya okey dan gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu sahaja paling penting,” ciapnya dalam aplikasi X.
Dalam pada itu, gadis berusia 21 tahun itu turut menyindir kenyataan beberapa individu yang menyamakan bentuk fizikalnya seperti wanita berstatus ibu yang memiliki lima orang anak.

“Ada yang cakap badan saya kelihatan seperti ibu kepada lima anak. Jadi, adakah ibu anda kelihatan seperti saya?” balasnya sinis.
Leona juga mempersoal mengapa terdapat individu gemar menulis komen negatif, sedangkan dia tidak pernah membaca komen yang ditujukan kepadanya selama ini.
“Sekiranya memantau hidup saya memberi kegembiran pada anda, teruskan kerana kehidupan anda sudah terlalu kusut dan saya kasihankan perkara itu.

“Jika boleh memberi keterujaan, saya tumpang bahagia. Hidup ini singkat dan jika anda mahu menjalani kehidupan begini, silakan tetapi perlu tahu bahawa kehidupan bukan semata-mata dalam media sosial.
“Letak telefon dan pergilah menjalani kehidupan dunia nyata di sekeliling anda. Saya mengatakan ini kerana ambil berat,” katanya lagi.

Terdahulu, video memaparkan personaliti media sosial itu menari bersama rakannya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana memakai pakaian mencolok mata selain bentuk badannya dihina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Kasih Iris Leona
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

