Langkah yang diatur Anna Jobling bagi menembusi pasaran perfileman Indonesia kelihatan semakin cerah setelah aktres itu terpilih bagi membawakan watak utama filem terbaru arahan Baim Wong berjudul Lembayung.
Tampil memegang watak bernama Tantri dalam treler pertama yang menemui penonton Mei lalu, ini merupakan filem Indonesia pertama yang dibintangi Anna dan menurutnya, juga merupakan salah satu bucket list yang berjaya dicapai olehnya.
Anna Jobling.
Anna ketika ditemui REMAJA memberitahu genre filem seram terutamanya dari Indonesia adalah antara genre kegemarannya sejak kecil kerana jalan cerita dan cara penceritaannya yang menakutkan.
“I am not even kidding; I love scary movies from Indonesia. Dan begitu juga ibu saya.
“Apabila mendapat tahu saya terpilih (untuk filem Lembayung), ia ibarat impian menjadi kenyataan kerana ini merupakan salah satu impian saya sejak bergelar pelakon. Sukar untuk gambarkan kegembiraan saya bila menerima perkhabaran tersebut,” katanya yang melalui proses uji bakat sehari sahaja sewaktu Baim Wong berada di Malaysia.
Ads
Tidak Kisah Nampak Buruk, Asalkan Naratif ‘Sampai’
Demi menjayakan filem Lembayung, Anna memberitahu perlu berjauhan daripada ibunya di Kuala Lumpur dan terbang ke negara seberang untuk tempoh yang agak lama.
“Saya berada di Yogyakarta selama sebulan. Namun tidaklah sehingga tahap homesick memandangkan (Anna dan ibunya) berhubung pada setiap hari. Kebanyakan waktu penggambaran di sana adalah pada malam hari dan saya tiada masalah mencuri masa bertanya khabar kepada ibu pada sebelah siang.
“Saya tidak mahu spoil mengenai jalan ceritanya tetapi anda dapat melihat saya melakukan sesuatu yang baharu menerusi filem ini. Bila berlakon, saya tidak boleh kisah sama ada saya kelihatan cantik atau tidak; lebih-lebih lagi untuk babak filem seram untuk mendalami tuntutan emosi watak tersebut.”
Ads
“Lagipun, apa yang akan ditonton itu bukannya saya tetapi karakter yang saya pegang. Saya tidak kisah jika perlu menangis buruk-buruk sehingga hingus terkeluar asalkan naratif ‘sampai’,” kongsi Anna lagi.
Lembayung bakal menemui penonton pada tahun 2024 namun masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Klik pautan di bawah bagi menyaksikan treler pengenalan Lembayung.
Dalam pada itu, Anna kongsikan bahawa dirinya kini bersilih ganti antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Begitupun, dia masih tidak melupakan peluang membintangi drama bersiri tempatan di Malaysia demi mengubati rindu peminat yang ingin menontonnya di kaca televisyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gincu bibir merupakan alat solekan yang paling penting bagi perempuan. Walaupun tidak mengenakan secalit mekap,warna gincu bibir pilihan sudah cukup untuk menaikkan seri wajah.
Jika kita lihat di pasaran hari ini, terdapat banyak warna gincu yang berbeza-beza mengikut cita rasa kaum perempuan. Sebut sahaja korang suka warna apa? Semua ada.
Biasanya, warna gincu yang dipilih berdasarkan kepada personaliti si pemakai itu sendiri. Cara terbaik untuk korang kenal seseorang wanita adalah dengan melihat tata gaya dan pilihan warna yang dibuat.
Finalis Dewi Remaja (dari kiri): Zeera Azizi, Fazreen Fazera dan Ernisha bersama makeup kit daripada Irisa Cosmetics. Untungnya!
Jadi, berikut merupakan beberapa warna gincu bibir pilihan berdasarkan personaliti diri.
01
Moonlight
Warna berry gelap yang elegan ini membawa maksud korang seorang yang menggoda. Tak hairan lah kalau siapa yang pilih warna ni akan nampak seperti si penggoda!
02
Dead Roses
Kalau korang memilih warna merah terang untuk pilihan gincu bibir, ini bermaksud korang seorang yang berkeyakinan tinggi dan gemarkan perhatian.
03
Stigma
Warna ini sesuai buat anak muda yang bersifat ‘girly’. Korang seorang yang sering menceriakan suasana dengan personaliti manja dan baik hati
04
Valerie
Tidak mudah untuk mendekati personaliti si gincu merah cerah ni sebab korang seorang yang tidak suka kepada perhatian. Bagi yang mahu mendekati, mereka perlu lebih bekerja keras kerana sikap ketegasan yang ada dalam diri korang.
05
Solo
Nude merupakan favourite buat rata-rata anak gadis yang suka dengan gaya minimalis. Nude adalah warna natural yang menonjolkan tahap kesabaran korang. Tapi lip cream Solo memberi sedikit sentuhan rona peach pada gincu bibir ini.
So macam mana guys? Korang yang mana satu?
Kalau nak pilih gincu yang sesuai dan oleh didapati dengan harga mampu milik, Irisa Cosmetics telah memperkenalkan pilihan gincu dengan tona warna yang sangat sesuai untuk orang Asia.
Dan lebih menarik lagi, korang mesti tak percaya produk kecantikan ini diusahakan oleh pasangan adik-beradik, Iman yang berusia 17 tahun serta Irisa pula baru berusia 15 tahun.
Jadi, sememangnya mereka lebih memahami apa yang remaja inginkan!
Layari je www.irisacosmetics.com untuk ketahui lebih lanjut mengenai 5 varian gincu ini. DAN follow mereka di Instagram untuk update produk terbaru daripada Irisa Cosmetics!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam tarian Kill This Love dari Blackpink nampaknya masih belum reda dan adik-beradik Niana Guerrero turut tidak ketinggalan untuk membuat cover lagu ini, tetapi dilakukan lebih santai di dalam kereta.
Lebih menarik lagi, adiknya Natalia yang baru berusia lingkungan 5 tahun sudah pandai meniru aksi Blackpink. Serious comel gila family ni.
Rata-rata peminat mereka memuji kecomelan Natalia dan menyifatkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Abangnya Ranz Kyle juga selalu bersama Niana dalam membuat video tarian bersama. Dah nampak adiknya, Natalia juga bakal mengikut jejak langkah abang dan kakaknya itu.
Walaupun baru berusia 5 tahun, Natalia sudah pandai menari. Ramai yang memuji kecomelan telatah kanak-kanak ini.
Setelah 3 hari di upload di laman Facebook mereka, video ini telah mendapat lebih daripada 200 ribu shares dan 14 juta tontonan.
Congrats gais!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Noor Neelofa menzahirkan rasa berang selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan videonya bagi tujuan memanipulasi orang ramai.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory miliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan tangkap layar akaun Facebook yang menggunakan wajahnya untuk mempromosikan pakaian dalam wanita.
Selain itu, Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu tampil menyelar tindakan scammer berkenaan dengan menyifatkan mereka seperti golongan Yahudi yang dilihat suka mengambil kesempatan ke atas orang lain.
“Ini satu lagi sama jenis dengan Yahudi laknatullah! Perangai Z*o**s I**. Setiap sen yang anda dapat daripada guna gambar dan video, akan haram sampai bila-bila.
“Tolonglah buat laporan fake scam FB akaun. Cari rezeki haram guna gambar, video orang tanpa kebenaran,” katanya.
Bukan sahaja wajahnya dijadikan bahan iklan, bahkan suaranya juga ditiru dan diguna pakai untuk tujuan sama.
“Perempuan mana yang tiru suara saya tu, kalau Melayu Islam lagi… memang spesis Yahudi laknatullah. Saya tak halal, makanlah duit haram dan berbahagialah tipu orang sana sini,” coretnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.