Anna Jobling Munculkan Diri Dalam Klip Video Rossa, Peminat ‘Ship’ Gandingan Bersama Omar Daniel Pula

Share

Nama Dato’ Sri Rossa tidak lagi memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. Apa sahaja buah tangan terbaru yang hadir daripada penyanyi berusia 44 tahun ini pasti akan melekat di hati peminat. Terbaru, Rossa kini sedang hangat mempromosikan lagu berjudul Bertengkar Manis hasil nyanyian bersama Barsena Bestandhi.

Klip video Bertengkar Manis arahan Prialangga ini sudahpun mencatatkan lebih daripada 100,000 tontonan selepas lima hari dilancarkan di akaun YouTube Rossa Official.

Ia merupakan sebahagian daripada lagu yang dimuatkan bagi album terbaru Dato’ Sri Rossa berjudul Another Journey : The Beginning yang menemui peminatnya pada bulan Februari lalu.

Menariknya, ia juga menampilkan pelakon jelita yang semakin memahat nama baik di Malaysia mahupun Indonesia, Anna Jobling!

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual 2023 Anna Jobling Sudah Penuh! Bakal Muncul Di Indonesia Setelah Menang Hatrik Di ABPBH-35 – REMAJA

“Kami Akan Selalu Catch Up”

Tidak ramai yang serba tahu mengenai persabahatan yang rupa-rupanya sudah lama terjalin di antara Anna dan Dato’ Sri Rossa. Disebabkan sudah saling mengenali, idea kemunculan Anna dalam klip video Bertengkar Manis ini mudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Saya memang sudah berkawan lama dengan Dato’ Sri Rossa. Setiap kali saya berkunjung ke Jakarta atau apabila Dato’ Sri Rossa hadir di Kuala Lumpur, kami akan selalu cuba luangkan masa untuk berjumpa dan saling bertukar khabar.

“Jadi untuk projek kali ini, saya benar-benar teruja memandangkan ia adalah kali pertama saya dapat bekerja dengan beliau untuk peluncuran lagunya,” kata Anna yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Syurga Itu Bukan Mudah terbitan Astro.

Kongsinya lagi, penggambaran klip video Bertengkar Manis itu dilakukan di Jakarta sahaja dan peluang itu tidak boleh dilepaskan oleh Anna begitu sahaja biarpun jadual kerjanya padat.

“Nama Dato’ Sri Rossa itu sangat besar dan saya sendiri tahu betapa evergreen lagu-lagu yang pernah beliau sampaikan. Sudah banyak generasi yang amat menyukai dengan lagu beliau termasuklah saya sendiri,” ujarnya.

BACA LAGI: Terikat Dengan Jadual Pengambaran Di Bali, Anna Jobling Tidak Sempat Tatap Jenazah Arwah Bapanya Buat Kali Terakhir – REMAJA

Segalanya Profesional Saja

Menerusi klip video ini, Anna tampil bergandingan dengan seorang pendatang baharu lagi kacak dalam dunia seni Indonesia, Omar Daniel. Biarpun baharu, Omar pantas menyambar populariti di sana sehinggakan jumlah pengikutnya di Instagram telahpun mencecah 907,000 orang!

Omar Daniel

Tidak kurang juga para peminat Anna sendiri yang menyenangi gandingan finalis pencarian Dewi Remaja 2018/19 itu dengan Omar yang mereka ungkapkan sebagai sepadan.

Komen empunya badan sendiri?

“Ini merupakan kali pertama saya bertemu Omar dan ia merupakan kerjasama yang menjadi! Saya tahu Omar ialah seorang pelakon baharu yang terkenal terutamanya di Jakarta sekarang.

“Soal peminat ship kami berdua, saya memandangnya sebagai satu tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai pelakon. Setiap kali saya berjumpa atau bekerjasama (bersama gandingan pelakon lelaki berbeza), tentunya chemistry

yang terjalin pun berbeza-beza.”

“Jadi untuk klip video (bersama Omar) kali ini, Anna hanya lakukan yang terbaik untuk pastikan wujud chemistry di antara kami berdua sewaktu penggambaran,” kata Anna sekaligus menepis sebarang gosip yang mungkin muncul.

Bagi korang yang belum menonton klip video Bertengkar Manis nyanyian Dato’ Sri Rossa featuring Barsena Bestandhi, klip pautan di bawah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN