Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 3.
Pelakon filem seram Lembayunh itu juga mengungkapkan keterujaannya dalam menjayakan projek hebat tersebut.
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil.
“Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya,” katanya kepada Remaja.
Namun begitu, Anna turut memaklumkan dia masih belum mendapat maklumat lanjut tentang tarikh penggambaran karya tersebut.
Ads
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil. Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya.
“Tetapi saya sendiri tidak tahu bila filem ini akan jalani penggambaran. Saya nak ulas lebih-lebih pun tak boleh. Kita nantikan saja,” tambahnya ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Awards 2024.
Ads
Sebelum ini, bekas peserta Dewi Remaja itu juga pernah membintangi filem seram terbitan Indonesia, Lembayung, di mana dia memegang watak sebagai hantu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rakyat Malaysia kini semakin lantang memperjuangkan prinsip dan ketelusan dalam bekerja.
Berbanding zaman dahulu, anak muda kini tidak mudah duduk diam sekiranya sesuatu syarikat dan persatuan didapati tak mengikut etika. Mereka mudah mengambil jalan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa ataupun ke platform media sosial.
Oleh sebab itu, adalah lebih baik sekiranya kita mengambil langkah mencegah sebarang perbuatan tak beretika dan melanggar prinsip syarikat sebelum kita terkena dek kerana ingin jalan mudah untuk berjaya.
Itu adalah intipati kempen 'Yes Malaysia' yang dibawakan oleh ACCA (Association of Charteredd Certified Accountants) yang menyokong 'The Power of Ethics'. Mereka kini sedang mengajak belia dan remaja seperti korang untuk memberikan sokongan penuh kepada prinsip etika perakaunan negara.
Iyalah, kita pun marah sekiranya ada pihak yang menyalah gunakan posisi untuk memperolehi habuan secara tak sah. Jadi, bermula 1 November lalu hingga 31 Disember ini, korang boleh menyertai kempen ini semudah klik pada butang mengundi.
Caranya adalah dengan mengundi secara online di YES MALAYSIA dan sama-sama mengatakan YA sebagai tanda sokongan. Setakat tinjauan REMAJA, mereka telah berjaya memperolehi sebanyak 6,800 undian sokongan walaupun bulan November belum berakhir lagi. Hebat! Jadi, jangan lupa untuk berikan sokongan okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 di acara Good Vibes Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat tegar mereka memandangkan ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut bertandang ke Malaysia.
Begitupun, The 1975 yang menaiki pentas sebagai penghibur terakhir pada hari pertama semalam memilih untuk menjadikan slot konsert satu jam tersebut sebagai peluang untuk menyelitkan agenda peribadi mereka serta menunjukkan bermacam-macam aksi kurang sopan.
Biarpun peminat kenal benar dengan perangai vokalisnya, Matty Healy yang terbiasa untuk beraksi biadap sewaktu menjayakan persembahan, apa yang berlaku malam tadi tetap membuatkan penonton – waima peminat tegar mereka sekalipun – tergamam.
Matty tampil ke pentas dengan lagu kedua sambil menghisap sebatang rokok sebelum kembali dengan memegang sebotol arak sambil melakukan aksi lain seperti meludah. Paling tidak masuk akal adalah apabila Matty bertindak untuk mencium pemain bass kumpulan tersebut, Ross McDonalds usai berucap panjang mengenai pandangannya terhadap undang-undang di Malaysia yang menolak hubungan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
“Saya melakukan kesilapan semasa kami menempah persembahan, saya tidak betul-betul mengkajinya. Saya tidak nampak sebab poin mengapa perlu mengajak kami (The 1975) ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami boleh melakukan hubungan seks (merujuk kepada kesalahan golongan LGBT sekiranya melakukan hubungan intim).
“Saya tidak mempunyai mood lagi. Malangnya, anda tidak akan dapat mendengar set penuh lagu-lagu kami kerana saya sedang marah. Jadi saya sudahpun batalkan persembahan kami (sehari sebelum tarikh persembahan di Sepang) dan kami berbincang. Kami berkata, “Kita tidak boleh mengecewakan peminat muda di sini kerana mereka bukanlah kerajaan (yang mengenakan akta tersebut).
“Saya pernah ke sebuah negara (merujuk kepada negara UAE) yang tidak masuk akal. Jika anda ingin mengajak saya ke sini untuk melakukan persembahan, kamu boleh lupakannya.”
“Saya akan ambil wang anda, anda boleh sekat saya tetapi saya pernah lakukan ini dan ia tidak merasa seronok. Dan saya amat marah,” kata Matt.
The 1975 kemudian meneruskan slot konsert mereka dengan beberapa lagi buah lagu sebelum pihak penganjur memadamkan visual latar belakang pentas serta lampu.
“Persembahan kami telah disekat di Kuala Lumpur. (We have just been banned in Kuala Lumpur),” ujar Matt sebelum kumpulan itu beredar turun dari pentas.
Tinjauan REMAJA ke akaun Twitter milik Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil sekitar jam 2.57 pagi mendapati ciapan baharu daripada beliau bagi menjelaskan tindakan seterusnya oleh kerajaan berhubung insiden The 1975 ini.
“Ini satu tindakan yang sangat biadap. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasan untuk dapatkan laporan penuh,” ciapnya.
Terdahulu, hari pertama acara Good Vibes Festival berlangsung lancar lagi meriah dengan kehadiran beberapa nama besar industri muzik antarabangsa di pentas utama termasuklah Anderson .Paak, Sabrina Carpenter dan Daniel Caesar.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas industri hiburan tanah air dikejutkan isu pelakon dan usahawan, Mawar Rahshid menanggalkan hijab, tuan empunya badan akhirnya membuka mulut dengan berkongsi kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Bekas peserta Dewi Remaja itu mengakui tindakannya membuka semula hijabnya adalah sebagai perbuatan yang tidak baik selain tidak wajar dicontohi.
Bagaimanapun sebagai manusia biasa, ibu kepada dua cahaya mata itu sedaya upaya mahu memperbaiki hubungannya dengan pencipta dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan yang telah dia lakukan.
“Assalamualaikum semua. Minta maaf saya tidak angkat dan balas mesej semua yang bertanya tentang keadaan saya. Saya baru ‘on’ telefon.
“Saya akan bagi kenyataan di sini sahaja ya. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang isu ini, sebab tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik dan patut dicontohi.
“Sungguhpun semua ini sudah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar turut memohon maaf kepada peminat yang kecewa atas tindakan yang dibuat dan memberitahu masih dalam fasa berusaha untuk istikamah selama ini, namun gagal.
“Saya juga hendak minta maaf kepada semua orang yang saya sudah kecewakan. Saya dan buat dan saya sudaya upaya untuk istikamah selama ini.
“Tetapi saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan.
Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang tidak putus-putus memberikan kata positif dan mendoakan kebaikan untuk dirinya.
“Terima kasih kepada yang masih menyokong saya, bagi kata-kata positif dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...