
Malaysia sekali lagi berbangga apabila pelakon serba boleh, Anna Jobling, diumumkan sebagai tercandiduntuk kategori Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025. Anugerah berprestij ini bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Anna membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa melalui lakonannya yang memukau dalam drama popular ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’, siaran TV3 dalam slot Akasia.
SDA merupakan salah satu anugerah drama antarabangsa paling berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat dari seluruh Asia.

Tahun ini, Anna bakal bersaing dengan bintang-bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina, dan negara Asia lain. Pemenang dipilih berdasarkan undian global melalui aplikasi IDOL CHAMP, menjadikan setiap pencalonan sangat kompetitif.
Tahun lalu, Malaysia turut mencatat kejayaan apabila Siti Saleha merangkul kategori yang sama, menandakan prestasi pelakon Malaysia semakin diiktiraf di peringkat serantau.
Kini, Anna Jobling merupakan antara pelakon muda paling berpengaruh di Malaysia. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Drama Festival Malaysia (DFM) dan tersenarai dalam pelbagai produksi drama popular TV3.
Dengan pencalonan di SDA 2025, karier Anna melonjak ke peringkat serantau, mengukuhkan statusnya sebagai ikon bakat Malaysia di mata dunia.

“Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’. Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan, dan para peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia!”

“Saya sangat berterima kasih dan teruja dengan pencalonan ini. Ia bukan sahaja satu penghargaan untuk saya secara peribadi, tetapi juga satu kebanggaan buat Malaysia dan TV3 yang sentiasa menyokong karya seni tempatan. Saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia lebih tinggi di pentas antarabangsa,” katanya panjang.
Anna bakal berentap sengit dengan bintang-bintang Asia lain, menjadikan anugerah ini platform luar biasa bagi mengangkat bakat-bakat dari rantau ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



















