Bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian, apatah lagi apabila seseorang itu aktif dalam dunia seni.
Namun, pelakon Aniq Suhair membuktikan kesibukan bukan penghalang untuk mencapai impian apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di City University baru-baru ini.
Pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila secara rasmi bergelar graduan selepas melalui perjalanan akademik selama tiga tahun tanpa menangguhkan mana-mana semester.
Menerusi perkongsian di media sosial, Aniq turut mengakui kejayaan tersebut membawa makna yang cukup besar buat dirinya selepas sekian lama menyimpan hasrat untuk memiliki segulung ijazah.
“Alhamdulillah, secara rasminya bergelar graduan!
“Tiga tahun, tiada satu semester pun yang tertangguh dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian,” katanya dalam satu hantaran media sosial.
Sempat Ketepikan Impian Demi Kerjaya Seni
Mengimbas kembali perjalanan pendidikannya, Aniq memberitahu dia sebenarnya sudah menamatkan pengajian asasi ketika berusia 19 tahun sebelum mula aktif dalam industri lakonan.
Bagaimanapun, peluang demi peluang yang hadir dalam dunia seni menyebabkan hasratnya untuk menyambung pengajian terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Ads
Walaupun begitu, bekas peserta Hero Remaja itu tidak pernah melupakan impiannya untuk menggenggam ijazah.
“Saya menamatkan pengajian asasi pada usia 19 tahun, selepas itu, saya mula terlibat secara aktif dalam industri lakonan.
“Peluang demi peluang hadir, tawaran kerja terus datang tanpa henti dan hasrat menyambung pelajaran terpaksa diketepikan buat seketika tetapi tidak pernah melupakan impian untuk memiliki segulung ijazah,” katanya lagi.
Bagi Aniq, perjalanan untuk menamatkan pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan dia perlu mengimbangi komitmen sebagai pelakon, menguruskan perniagaan serta memenuhi tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.
Malah, jadual penggambaran yang padat turut menjadi antara cabaran terbesar sepanjang tempoh pengajiannya.
Ads
“Ada ketika penat, demam dan tekanan menguji namun saya bersyukur berjaya melaluinya,” jelasnya.
Pendidikan Tetap Jadi Keutamaan
Dalam pada itu, Aniq turut menegaskan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang, tidak kira sejauh mana kejayaan yang diraih dalam kerjaya.
Baginya, ilmu bukan sekadar membantu seseorang mencari rezeki, malah menjadi panduan dalam menjalani kehidupan.
“Saya sentiasa percaya, sejauh mana pun kita melangkah dalam kerjaya, pendidikan tetap penting. Ilmu bukan sekadar bekal mencari rezeki tetapi cahaya yang memandu perjalanan hidup.
“Terima kasih mama dan abah atas doa yang tidak pernah putus, penyarah, pihak universiti atas bimbingan serta kefahaman serta pengurus saya sepanjang perjalanan ini,” katanya.
Enam Tahun Dalam Industri, Akhirnya Genggam Ijazah
Mengakhiri perkongsiannya, Aniq menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian yang cukup bermakna selepas melalui pelbagai pengalaman sepanjang enam tahun bergelar anak seni.
“Enam tahun dalam industri, tiga tahun tempoh pengajian, pengajaran yang tidak terkira banyaknya dan satu pencapaian yang sangat bermakna. Alhamdulillah, setiap usaha itu sangat berbaloi,” ujarnya.
Untuk rekod, Aniq sebelum ini pernah dikatakan menghilangkan diri daripada dunia seni apabila mengambil keputusan untuk berehat seketika bagi memberi tumpuan kepada pengajian.
Kini, selepas berjaya menamatkan pengajian, dia kembali aktif dalam bidang lakonan serta meneruskan kerja-kerja seni yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diskriminasi terhadap golongan berhijab di luar negara baru-baru ini semakin hangat diperkatakan
Jika sebelum ini di utara India, terdapat golongan cetek minda yang menghalang pelajar berhijab memasuki institusi pendidikan sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum. Kemudian peragawati Bella Hadid pula telah tampil ke hadapan menggunakan platformnya sebagai seorang selebriti untuk menentang penindasan terhadap gadis berhijab.
Disebabkan itulah, kemunculan seorang ballerina yang berhijab ini telah menarik perhatian REMAJA. Imej penari balet yang sinonim dengan kostum berskirt dan melekap di tubuh badan kini telah berubah imej setelah ia disarungkan oleh gadis berdarah kacukan Rusia-Australia yang dikenali sebagai Stephanie Kurlow ini.
Stephanie Kurlow
Stephanie yang kini berusia 20 tahun telah membuktikan bahawa dia mampu mengejar impiannya untuk bergelar seorang ballerina dan pada masa yang sama, beriltizam untuk menjaga auratnya daripada menjadi tontonan orang ramai yang hadir menyaksikan persembahannya.
Revolusi pemakaian ballerina yang dibawakan oleh Stephanie ini sekaligus membuatkannya digelar sebagai ballerina berhijab pertama di dunia.
Fakta Tentang Stephanie Kurlow
Stephanie merupakan seorang penari dan pelajar tarian balet di Australia. Sama seperti penari-penari balet lain, Stephanie mula mempelajari teknik tarian ini sejak usia semuda 2 tahun.
2. Keluarganya memeluk agama Islam ketika Stephanie berusia 9 tahun dan dia turut sama mempelajari kepercayaan baharu mereka itu.
3. Bakatnya sebagai seorang ballerina dicungkil dan digilap sehinggalah memasuki usia 11 tahun. Pada usia meningkat remaja itu, Stephanie telah mengambil keputusan untuk mula berhijab dan kebanyakan studio tarian enggan menerimanya sebagai pelajar mereka.
Stephanie bersama ibunya.
4. Selepas tiada sebarang studio tarian mahu menerima Stephanie, ibunya sendiri mengambil inisiatif untuk membuka studio tarian bagi membolehkan anaknya itu terus berlatih tarian balet. Minat itu diteruskan sehinggalah sekarang.
5. Tidak mahu orang lain mengalami pengalaman yang sama sepertinya, Stephanie bercita-cita untuk membuka studio tarian yang membolehkan sesiapa sahaja menari tanpa halangan.
6. Selain berbakat dalam tarian balet, Stephanie juga berminat dalam industri kreatif seperti bidang penulisan dan lukisan. Yang menariknya, dia telah mengambil cuti selama 3 tahun untuk beri tumpuan penuh pada bidang ini. Pada masa yang sama, dia juga ingin menyertai kumpulan muzik kanak-kanak Australia iaitu The Wiggles yang menjelajah seluruh Australia.
7. Lebih membanggakan apabila Stephanie pernah menerima biasiswa daripada jenama fesyen sukan Sweeden, Björn Borg kerana kisahnya ini.
Bukan mudah untuk berada di posisi Stephanie dan semestinya, dia merupakan seorang remaja contoh bagi hijabi lain
Menerusi peluang untuk terlibat dengan kempen jenama Converse dan Lenovo sebelum ini, Stephanie telah memberi semangat kepada para hijabi untuk mengejar cita-cita tanpa menghiraukan cabaran serta dugaan yang terpaksa mereka tempuhi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat bakal pengantin yang berada di Wilayah Persekutuan, ada berita baik untuk korang kerana majlis akad nikah sudah dibenarkan untuk diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.
Kami pasti ramai pasangan pengantin yang terpaksa menangguhkan pernikahan mereka ekoran arahan PKP yang dilaksanakan dan disebabkan kes positif COVID-19 yang tinggi dikawasan ini.
Walau bagaimanapun, menurut Garis Panduan Majlis Akad Nikah dalam tempoh PKP yang dikeluarkan JAWI, bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutuan, hanya lima orang dibenarkan hadir iaitu pengantin perempuan dan lelaki, serta dua orang wakil daripada pihak pengantin.
Sementara itu, jurunikah dan dua orang saksi adalah daripada pihak JAWI sekiranya dijalankan di JAWI atau pihak masjid sekiranya akad nikah dilakukan di masjid.
Bagi pasangan pengantin yang hadir dari negeri luar yang berada dalam zon merah ke majlis akad nikah di JAWI, mereka juga dihadkan kepada jumlah yang sama.
Hanya seorang jurufoto dibenarkan hadir dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan dan tempoh masa perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit.
Selain itu, tidak dibenarkan berjabat tangan antara jurunikah dengan pengantin lelaki serta semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah dan susun atur majlis hendaklah mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
Sudah tentu majlis yang bakal diadakan ini dilakukan dengan ringkas dan cepat. Hanya dalam masa 20 minit, urusan bakal pengantin akan disempurnakan untuk menjadi pasangan yang sah.
Lebih mudah rasanya jika urusan perkahwinan dilakukan seperti ini kan?
Wanita dan barangan kecantikan seperti sudah tidak dapat dipisahkan kerana untuk menjaga kulit sahaja, pelbagai jenis skincare yang mereka ada, itu belum termasuk dengan barangan dan alatan mekap lagi.
Bila dah terlalu banyak sangat barangan yang ada di rumah, kadang kala kita sendiri pun tak tahu macam mana nak simpan di tempat yang sesuai agar lebih teratur.