Nama Anhar al-Deek telah hangat diperkatakan sejak semalam berikutan rasa simpati orang ramai terhadap wanita yang sedang hamil sembilan bulan itu.
Ini setelah umum mendapat tahu bahawa Anhar, 25 masih menjadi tahanan rejim Israel biarpun dia sedang sarat mengandung dan akan melahirkan anaknya itu pada bila-bila masa saja dari sekarang.
Terdahulu, Anhar telah ditahan oleh tentera Israel ketika kandungannya berusia lima bulan setelah dia dituduh cuba menikam seorang anggota di kawasan penempatan haram Israel.
Dia kemudiannya dibawa ke Penjara HaSharon dan dijadikan tahanan di sana. Keluarga Anhar pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Israel agar dia dibebaskan kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil. Namun ia telah ditolak.
Ads
Sepanjang berada dalam tahanan penjara, Anhar pernah menulis surat dari penjara demi memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia untuk membolehkan dirinya dibebaskan dari Penjara HaSharon dan bersalin di luar pusat tahanan.
Anhar juga memiliki seorang lagi anak perempuan berusia 20 bulan. Sumber Foto : Middle East Monitor
Hasilnya, beberapa pertubuhan dunia seperti Liga Arab dan Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) telah mendesak agar Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak bersifat kejam terhadap golongan lemah seperti ibu hamil.
Ads
Terbaru pada hari ini, tentera Israel telah bertindak membebaskan Anhar al-Deek dari penjara dan kini boleh menjalani pembedahan bagi melahirkan anak.
Namun dia tetap dikenakan jaminan sebanyak 40,000 shekel atau kira-kira RM51,790. Bukan itu saja, Anhar tidaklah ‘sebebas’ yang disangka apabila dia kini dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya sementara menunggu perbicaraan berhubung kes meningkam anggota rejim pada hari Ahad ini.
Ads
*
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah koresponden rasmi saluran TV3 di London, Haliza Hashim Doyle yang turun berprotes selama hampir lima jam demi keamanan bumi Palestin.
Rasanya semua orang mengimpikan untuk berada di angkasa lepas kerana ingin melihat sendiri ciptaan dan kekuasaan Maha Pencipta.
Namun begitu, hampir tidak semua berpeluang untuk ke sana kerana tiada kelayakan yang mengizinkan. Nak ke angkasa lepas bukan boleh main suka-suka, ilmu kena cukup di dada barulah boleh digelar sebagai seorang angkasawan.
Bumi dari ISS
Baru-baru ini, Dailystar melaporkan bahawa syarikat NPO Aviation and Space Technology dari Russia sedang berusaha untuk menyediakan sebuah kapal angkasa yang boleh berlepas di lapangan terbang biasa untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan ke angkasa lepas.
Wah, bukan biasa-biasa percutian korang lepas ni.
Tapi.. persoalannya mampu atau tidak?
Anggaran kos pelancongan ke angkasa lepas
Menurut Johari Salim dalam satu perkongsian yang telah dibuat, tambang pergi balik ke sana adalah USD 58 juta (RM240.58 juta) dan pengginapannya pula bernilai USD 35,000 (RM145,180) bagi satu malam.
Duhh, rasanya kalau jutawan nak pergi pun fikir 10 kali, apa lagi rakyat marhaen macam kita. Hiks!
Dalam satu flight dimuatkan seramai 4 orang. Ini maksima yang NASA benarkan walaupun ada 7 seat bagi setiap flight. So, 240.58/4 = RM 60.15 juta.
CST-100 Starliner milik Boeing boleh membawa 7 crew
Bayaran penginapan pula fix price dan tiada diskaun. Tempoh tinggal up to 30 days jadi sebulan untuk penginapan saja korang kena sediakan USD 1,050,000 (RM4,355,400). Hm, tersedak dengar jumlahnya. Hiks!
Pendek kata sediakan saja RM65 juta untuk sebulan di International Space Station (ISS) semuanya bisa diatur (tertakluk kepada perubahan).
CREW Dragon Capsule milik Space X boleh membawa 7 crew
Pecahan bayaran
Daripada lebih kurang RM65 juta yang korang bayar tu, pecahan bayaran adalah seperti berikut:
• USD 22,500 (RM 93,678.75) untuk “supplies” termasuk space suit. Kalau tak korang akan kena radiasi kosmik yang boleh membawa maut semasa melakukan “space walk”
• USD 11,250 (RM46,665) adalah untuk penggunaan air, oksigen dan tandas
• USD 1500 (RM6245.25) adalah untuk Internet pada kadar USD50 (RM 207.40) per GB. Kalau ini tidak dipakai korang boleh roll over. 30GB sehari lebih dari cukup
Walau bagaimanapun, untuk ke ISS tidak cukup hanya dengan duit korang, tapi korang juga kena fit untuk dilatih sebagai seorang angkasawan (real) dan pass medical test. Walaupun pergi dengan tujuan melancong, tapi korang tetap dikira sebagai bertaraf crew.
So, siapa agaknya pelancong pertama yang akan menjejakkan kaki ke angkasa lepas? Sempat ke kalau kita nak kumpul duit? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali khabarnya akan dibuka semula untuk pelancong antarabangsa dari China, Jepun dan Korea Selatan pada pertengahan bulan ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin menurun di negara republik itu.
Menteri Kanan, Luhut Panjaitan memaklumkan pelancong pelancong dari New Zealand, Qatar dan UAE juga dibenarkan untuk mengunjungi Indonesia melalui penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di pulau pelancongan itu mulai 14 Oktober depan.
Pelancong perlu memenuhi kriteria dan syarat mengenai kuarantin, ujian COVID-19 dan semua pelancong antarabangsa perlu menunjukkan bukti hotel yang ditempah untuk kuarantin sekurang-kurangnya lapan hari dengan perbelanjaan sendiri.
Sebelum ini, pembukaan semula Bali ditunda beberapa kali apabila republik itu seang berjuang melawan penularan COVID-19, terutama varian Delta yang mudah merebak.
Indonesia juga menetapkan peraturan kemasukan pelancong antarabangsa dengan meminta bukti sijil lengkap vaksinasi sebelum membenarkan kemasukan visa luar dan pelancong dari seluruh dunia.
Nampak beberapa negara jiran kita sudah mula membuka sempadan negara mereka untuk pelancong luar negara. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tiada kes penularan wabak COVID-19 yang berlaku nanti.
Tidak dapat dinafikan, bola sepak adalah sukan yang paling digemari dan popular di dunia. Malah, sokongan terhadap pasukan negara tanpa mengira bangsa pemain mampu mengukuhkan perpaduan.
Namun, tragedi baru-baru ini di negara jiran kita, Indonesia pastinya membuatkan peminat bola sepak ‘tersentak’. Kejadian yang menyayat hati apabila ratusan orang telah didapati maut dalam kejaian rusuhan akibat ketidakpuasan hati keputusan bola sepak.
Tapi korang tahu tak sebenarnya pernah terjadi tragedi seperti ini sebelum ini. Ini kami kumpulkan beberapa tragedi terburuk yang pernah direkodkan di stadium.
Peru, 24 Mei 1964
Rusuhan di Peru merupakan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah dunia apabila mencatatkan 320 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera pada Kejohanan Kelayakan Olimpik Amerika di Stadium Nasional Lima dalam perlawanan membabitkan Peru menentang Argentina.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila pengadil tidak membenarkan gol penyamaan Peru sewaktu Argentina sedang mendahului perlawanan dengan skor 1-0. Perkara itu mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya memanjat benteng dan mula memasuki padang. Pihak polis kemudian dipercayai melepaskan gas pemedih mata ke arah semua penyokong tersebut.
Kebanyakan dari mangsa yang panik cuba untuk melarikan diri tetapi mendapati bahawa pintu untuk keluar telah ditutup. Sebahagian yang meninggal dunia juga adalah berpunca akibat sesak nafas atau dipijak.
Rusia, 20 Oktober 1982
Kejadian ini berlaku di Stadium Luzhniki Stadium antara kelab Belanda, Haarlem dan pasukan tuan rumah, Spartak Moscow pada hujung minit permainan dalam perlawanan Piala UEFA.
Pada awalnya, pihak Soviet merahsiakan butiran mengenai tragedi tersebut selama tujuh tahun sebelum mendedahkan kepada awam pada tahun 1989 bahawa seramai 66 orang terbunuh. Bagaimanapun, menurut akhbar harian Sovietski Sport mendakwa bahawa jumlah sebenar jauh lebih tinggi hingga dianggarkan 340 terkorban. Misteri mengenai jumlah kematian sebenar masih menjadi persoalan hingga kini.
Ghana, 9 Mei 2001
Seramai 126 orang dilaporkan terbunuh selepas rusuhan yang berlaku sewaktu perlawanan antara Heart of Oak dan Kumasi.
Dalam perlawanan penyokong pasukan Kumasi berang selepas pasukan mereka tewas dan membaling botol dan menghancurkan kerusi sebelum dilontarkan ke padang.
Perkara itu membuatkan pihak polus terpaksa menggunakan gas pemedih mata kepada orang awam bagi meredakan keadaan.
England, 15 April 1989
Insiden yang berlaku di Stadium Hillsborough Shefield ini merupakan kejadian malang yang terburuk pernah berlaku dalam sepanjang sejarah bola sepak Inggeris.
Tragedi ini berlaku sewaktu sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara Liverpool dan Nottinghem Forest.
Difahamkan, seramai 96 kematian dan 766 orang cedera dilaporkan berlaku akibat tempat duduk stadium yang tidak dapat menampung kapasiti penyokong yang ramai dan tiba-tiba roboh.
England, 11 Mei 1985
Terdahulu sebuah tragedi berdarah berlaku di Stadium Valley Parade di Bradtford City di West Yorkshire melibatkan antara perlawanan Bratford menentang Lincoln City.
Bagaimanapun, sewaktu babak pertama perlawanan dilangsungkan, satu kebakaran tercetus akibat atap stadium lama berkenaan yang diperbuat daripada kayu.
Dalam insiden kebakaran di Stadium itu, seramai 56 orang terbunuh akibat kepulan asap tebal.
Guatemala, 16 Oktober 1996
Pada 16 Oktober 1996, berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 antara Guatemala menentang Costa Rica di Stadium Nasional Mateo Flores di bandar Guatemala.
Difahamkan, lebih 60,000 penyokong hadir membanjiri stadium berkenaan yang hanya mampu menampung kapasiti penonton sebanyak 45,000 dalam satu-satu masa.
Perkara itu telah membawa kepada detik hitam selepas ramai antara penyokong terpaksa berhimpit hingga menyebabkan seramai 80 orang dilaporkan terkorban. Perkara itu berlaku ekoran ulat tiket yang menjual tiket palsu terhadap perlawanan itu.
Scotland, 2 Januari 1971
Pada tanggal 2 Januari 1971, sebuah perlawanan telah dilangsungkan antara Glasgow Rangers menentang Celtic Park di Stadium Ibrox.
Difahamkan, seramai 66 orang maut selepas tangga yang dibina daripada kayu di stadium berkenaan runtuh secara tiba-tiba. Kejadian itu merupakan tragedi kedua selepas situasi yang sama pertama kali berlaku pada tahun 1902 yang mengorbankan 26 orang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!