
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2023) melabuhkan tirai hari ketiganya dengan meriah, pada malam semalam.
Acara pertunjukan fesyen gilang gemilang itu tidak sah jikalau tidak ada jenama fesyen tular tempatan, Behati.
Mana tidaknya, ramai yang menantikan penampilan busana apakah yang ingin diketengah Behati di pentas peragaan tersebut, pada kali ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Netizen Yang Risau & Marah, Bukannya Saya..” Sharifah Sakinah Enggan Ambil Pusing Kontroversi Busana Aidilfitri Behati
Jadi kali ini, dengan mengetengahkan tema ‘Pahlawan’, Behati tampil unik dengan gaya tersendiri dengan menggunakan unsur tradisional dan moden kontemporari.
Menggunakan tanjak dan tenunan songket pada busana pada koleksi terbaharunya untuk dipersembah di KLFW 2023, semestinya jenama Behati tampil berbeza pada malam berkenaan.
Selain itu, Behati yang juga dikenali dengan rekaan ‘oversized’, pada malam semalam juga jenama hit berkenaan telah mencuri perhatian ramai apabila menampilkan pelakon popular tanah air, Sharifah Sakinah sebagai salah seorang ‘muse’.
Malahan, pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida turut mendapat perhatian umum apabila mengenakan busana berona gangsa yang didakwa penampilannya seperti ikan bakar dan angkasawan, ketika menghadiri pertunjukan fesyen Behati.
Pastinya, koleksi terbaharu yang diperkenal Behati untuk KLFW 2023 memang tidak mengecewakan para peminat fesyen!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Behati
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei

Sempena sambutan Hari Puja Usia Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah pada 17 Februari lepas, sebuah lukisan eksklusif bertatah emas tulen dan batuan kristal Swarovski telah dihasilkan oleh seorang anak jati Kelantan.
Jejaka berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Darwisy Mustafani itu melakar sejarah apabila air tangan berseni beliau telah menarik minat ahli kerabat diraja Brunei tersebut.
Bermula Dari Mesej Di Instagram
Pada 13 November 2025, dia telah menerima mesej menerusi aplikasi Instagram daripada seorang pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Awalnya, Darwisy yang berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan telah dimaklumkan sebagai cadangan pelukis pada saat akhir lalu membuatkannya tidak meletakkan harapan yang tinggi.
Tempoh dua minggu menunggu akhirnya membuahkan hasil apabila pegawai yang sama menghubungi semula Darwisy bagi memaklumkan dia terpilih bagi menghasilkan lukisan potret Putera Mahkota Brunei sempena sambutan Hari Puja Usia baginda.

Pengorbanan Besar Demi Menyiapkan Lukisan
Difahamkan, Darwisy melukis potret separa badan Pengiran Muda Mahkota menggunakan cat akrilik di atas Kain Jong Sarat Tenunan Asli Brunei dengan corak Silubang Bangsi sebagai latar belakang potret itu.
Menariknya, Darwisy yang merupakan bekas pelajar jurusan seni bina hanya diberi masa kira-kira 20 hari untuk menyiapkan lukisan; satu tempoh masa yang secara signifikan lebih pendek berbanding tempoh masa sebulan setengah yang selalu diperuntukkannya untuk menyiapkan satu lukisan.

Oleh itu, Darwisy tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja tanpa henti. Katanya kepada rakan media di Sinar Harian semasa dihubungi, dia hanya berkesempatan tidur selama sejam sehari sepanjang tiga hari terakhir dia menyiapkan lukisan berkenaan.
Hasilnya, Darwisy berjaya juga menghasilkan lukisan tersebut di mana ia ditaburi 1,000 batuan kristal Swarovski hitam. Selain itu, dia turut memotong 20 keping emas wafer 999 menjadi 52 kepingan kecil sebagai lambang usia Pengiran Muda Mahkota.

Berpeluang Menghadap Putera Mahkota Brunei
Setibanya Darwisy di Brunei untuk menghantar sendiri lukisan itu untuk diserahkan kepada Pengiran Muda Mahkota, anak muda ini berpeluang menghadiri sesi sembah kenal sebelum menghadiri majlis santapan bersama baginda.
Daripada ruang Istana, baginda berkenan agar lukisan itu dipindahkan ke pejabat baginda di Jabatan Perdana Menteri Brunei di mana baginda berkhidmat sebagai seorang Menteri Kanan.

Sejarah Lukisan Di Istana
Terdahulu, Darwisy pernah menghasilkan empat buah lukisan untuk dipamerkan di ruangan Istana termasuklah di Istana Negeri Pahang pada Januari 2026, di Istana Negeri Kedah pada November 2025, di Istana Negeri Selangor pada 5 Julai 2025 dan di di Istana Negara pada akhir Oktober 2024.
Selain itu, antara pelanggan Darwisy yang menempah projek komisyen termasuklah penyanyi Ernie Zakri yang menerima potret wajahnya pada kain songket.


Tahniah anak muda!
SUMBER: Sinar Harian
FOTO: Facebook // Muhammad Darwisy Mustafani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Rekaan Sneakers Kolaboratif Terbaik Rekaan VIRGIL ABLOH

Pemergian pengasas jenama Off-White, Virgil Abloh pada usia 41 tahun hari ini akibat penyakit kanser dianggap sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada dunia fesyen antarabangsa.
Virgil bukan sahaja merupakan salah seorang insan yang diharapkan sebagai penerus legasi industri fesyen seperti yang pernah dilakukan oleh pelopor generasi terdahulu.
Malah, dengan keberanian dan kreativiti yang dizahirkan Virgil menerusi jenama Off-White dan Louis Vuitton (di mana beliau bertindak sebagai Pengarah Kreatif), Virgil merupakan sumber inspirasi kepada ramai pereka fesyen muda yang baru ingin berkecimpung dalam dunia fesyen sebenar.
ARTIKEL BERKAITAN : Kematian Pengasas Jenama Off-White, VIRGIL ABLOH Kejutkan Pereka Fesyen – REMAJA
Salah satu legasi terhebat yang ditinggalkan Virgil tidak lain tidak bukan adalah koleksi rekaan sneakers hasil kolaborasi beliau bersama jenama gergasi seperti Nike dan Louis Vuitton.
Budaya sneakers serta-merta berubah setelah beliau memperkenalkan imej baharu terhadap rekaan sedia ada di Nike terutamanya menerusi model Air Jordan 1, Nike Air Force, Nike Air Max 97, Nike Blazer dan.. hhm, model Nike apa saja yang belum pernah mendapat sentuhan istimewa Virgil Abloh?
Jom lihat 10 rekaan kegemaran REMAJA yang pernah dihasilkan oleh mendiang Virgil Abloh.
10
Off-White x Nike Air Force 1 Blue

Sebagai model sneakers paling sinonim dengan jenama Nike, sukar untuk mana-mana keluaran baharu Air Force 1 mengenepikan rekaan klasik triple white-nya. Namun, sentuhan Virgil untuk koleksi ini berjaya mengubah pendapat ramai sneakerheads.
Beliau masih menghormati nada estetika asal. Dengan sedikit saja penambahan dan perubahan, ia bertukar menjadi model baharu terutamanya dengan exposed foam pada bahagian tongue, sentuhan berjahit pada swoosh, teks yang ditambah pada bahagian sisi dan padanan warna yang menarik.
09
LV 408 Trainer

Setelah Virgil menggantikan posisi Kim Jones sebagai Pengarah Kreatif di Louis Vuitton (dan Kim Jones beralih ke Dior Men), dunia fesyen dikejutkan dengan perubahan DNA LV hasil kreativiti Virgil. Lebih ramai pembeli dalam kalangan generasi muda bawah 30 tahun yang tertarik dengan Louis Vuitton selepas perlantikan Virgil kerana beliau berjaya mencari keseimbangan antara elemen high fashion dan streetwear.
Salah satu koleksi sneakers paling mencuri tumpuan adalah koleksi Louis Vuitton 408 Trainer. Setiap pasang memerlukan enam jam untuk disiapkan secara ‘handmade’ di Itali tau.
ARTIKEL BERKAITAN : Louis Vuitton Dikecam, Jual Skaf Inspirasi Keffiyeh Palestin – REMAJA
08
Off-White x Converse Chuck Taylor

Strategi Virgil untuk melancarkan model ini lapan bulan setelah koleksi ‘The Ten’ lain menemui pasaran BERJAYA. Pada asalnya, ia tidak begitu diminati ramai. Namun apabila penantiannya memakan masa lapan bulan, ramai pula yang merebutnya. Idea material telus pandang pada bahagian bawah sneakers ini belum pernah digunakan oleh Converse pada waktu itu.
Sekaligus, model Off-White x Converse Chuck Taylor menjadi titik permulaan kepada idea di luar kotak untuk model-model keluaran Converse seterusnya.
07
Off-White x Nike Air Max 90 ‘Desert Ore’

Warnanya saja sudah cukup untuk membuatkan model Desert Ore ini sebahagian daripada 10 sneakers terbaik yang pernah direka oleh Virgil. It is just that good.
06
Off-White x Nike Blazer ‘The Ten’

Bagi peminat siluet Blazer terutamanya dalam golongan skaters., mereka pasti mengidamkan versi Off-White ini memandangkan tona warnanya yang ‘masuk’ dengan pelbagai jenis pakaian. Heck, Eric Koston pun memakainya semasa meluncur.
05
Off White x Nike Dunk Low ‘UNLV’

Selain daripada tambahan hand tag, ini merupakan kali pertama formasi zig zag menggunakan lacing pada bahagian atas sneakers dipertontonkan. Nampak ringkas tetapi itulah magis sentuhan Virgil. Serta-merta, ia menjadi sneakers terhangat di pasaran.
ARTIKEL BERKAITAN : Kasut Converse RM40K ‘Sold Out’, Kenali 10 Sneakers Kegilaan Remaja 90an – REMAJA
04
Off-White x Nike Dunk Low 1/50

Off-White x Nike Dunk Low 50 merupakan salah satu koleksi yang paling hangat diperbualkan pada tahun 2021.
Ramai tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar 50 rekaan Dunks yang akan dikeluarkan Virgil dan bagaimana dia akan membuatkan setiap satu daripadanya berbeza. Setelah dilancarkan, barulah beliau menjelaskan terdapat model pertama dengan midsole vintaj dan swoosh perak (seperti di atas), 48 model berbeza di antaranya model nombor 1 dan 50 serta sepasang model hitam bagi melengkapkan angka 50. Biarpun model pertama ini tidaklah diubah secara drastik, ia masih menjadi rebutan kerana gayanya yang universal.
03
Off-White x Nike Air Presto ‘The Ten’

Okay, ramai yang meletakkan model ini sebagai model sneakers NOMBOR Satu yang pernah diperkenalkan oleh Virgil. Ia kelihatan effortless, amat menyelesakan (menurut pemakainyalah, kami belum berkesempatan untuk memilikinya *menangis tepi bucu katil*) dan rekaannya mudah digayakan oleh pemakai lelaki serta wanita.
02
Off-White x Air Jordan IV

Off-White x Air Jordan IV telah diletakkan dalam majoriti senarai sneakers terbaik bagi tahun 2020 disebabkan warna dan rekaannya yang mudah disuai padan dengan pakaian korang.
Rekaan model wanita ini hadir dalam tona sail yang juga merupakan ‘colour of the year’ untuk tahun 2020. Kualitinya setaraf dengan expectation ramai peminat sneakers dan ia menepati hampir kesemua ‘checklist’ yang diletakkan oleh peminat rekaan Virgil. Bagi yang terlepas keluaran Off-White x Air Jordan IV dan ingin mendapatkannya pada harga mampu milik, korang mempunyai alternatif model Air Jordan IV Shimmer.
01
Off-White x Air Jordan 1 ‘The Ten’
Tidak dinafikan, gabungan warna ‘Chicago’ pada model Jordan 1 Retro High Bred Toe merupakan antara gabungan warna paling digemari peminat Jordan. Setelah sekian lama model ini tidak diperkenalkan oleh Nike, tidak hairanlah ramai yang meminati model Off-White x Air Jordan 1 ‘The Ten’ kerana warnanya yang seakan model Jordan 1 Retro High Bred Toe.
*
Korang setuju dengan senarai REMAJA ini? Ataupun korang rasakan ada model lain yang lebih layak diletakkan dalam senarai Top 10 sneakers kolaboratif rekaan Virgil Abloh?
BACA LAGI : FOOT LOCKER Beli ATMOS, Kita Akan Lebih Mudah Dapatkan Stok ‘Sneakers Hangat’? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Still Tak Nak Stop Pelancong China Masuk Malaysia?” Gadis Ini Kongsi Pengalaman “Ngeri” 1 Flight Dengan Warga Wuhan

Cepat sungguh wabak Corona ini merebak ke seluruh negara!

Disebabkan penularan wabak coronavirus ataupun dikenali sebagai 2019-nCoV, rakyat Malaysia rata-ratanya sangat berharap agar pelancong dari negara China dihalang untuk terus memasuki negara ini.
Bertambah membimbangkan, Malaysia turut tidak terkecuali dan dilaporkan terdapat beberapa orang mangsa yang disahkan positif wabak coronavirus ini.

Beberapa buah negara juga dilaporkan, telah mengambil langkah berjaga-jaga, dengan menghantar pulang pelancong-pelangcong dari negara China ke tempat asal mereka. Dapat dilihat kesan 2019-nCoV ini adalah sangat serius dan sukar untuk dikawal.
Sebentar tadi seorang pengguna laman sesawang twitter dengan nama Ika mustafa @ikaMstafa telah berkongsi pengalaman ngerinya menaiki satu flight dengan warga Wuhan.

Menurut gadis malang ini, beliau menaiki penerbangan semalam dari Haikuo,China balik ke Malaysia. Dan dalam penerbangan tersebut turut ada panumpang batuk dan selsema teruk. Yang mengejutkan pelancong tersebut dari Wuhan, tempat punca wabak Corona yang membimbangkan satu dunia ini.

Suspek Virus Corona
Hari ini apabila saya bangun terus demam panas, muntah-muntah, batuk dan suara tak ada.
Tanpa membuang masa beliau terus pergi ke klinik terus kena refer Hospital Sungai Buloh, terus ke tempat isolation
Terus Dikuarantin
Check bp 149/90, terus kena bawa pergi wad isolation. Dan tak boleh ada contact dah dengan orang luar. Namun, esok malam baru tahu result bahawa positif atau negatif Corona virus ini.
Apapun penulis doakan agar gadis ini terhindar dari wabak berbahaya ini. Dan nasihat penulis, tak payah la korang nak travel-travel masa ni. Takut la ramai dah mati angkara wabak ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

