UA COMBINE kini kembali ke Malaysia untuk tahun kedua dan bakal mencabar anda dengan berbagai ujian kecergasan dan kepantasan.
Berikutan kejayaan debut tahun lepas, Under Armour baru-baru ini mengumumkan bahawa UA COMBINE, salah satu pertandingan kecergasan terbesar di rantau ini akan kembali untuk meneruskan komitmen mereka dalam mewujudkan penanda aras prestasi atlet yang muktamad.
COMBINE menyaksikan 1,200 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di empat negara di rantau ini iaitu Singapura, Malaysia, Thailand dan Australia.
Diinspirasikan oleh “Lindungi Rumah Ini” Under Armour, UA COMBINE tahun ini juga akan menggalakkan para peserta untuk mengatasi ujian berbeza meliputi kerja berpasukan, sebagai sebahagian daripada cabaran mereka.
Edisi tahun ini juga akan menyaksikan atlet dari pelbagai lapangan sukan turut bersaing di
Depot Sentul untuk mengejar ganjaran hadiah wang tunai sebanyak RM51,000.
Ads
Selain itu, Under Armour turut menurunkan had umur kemasukan untuk memberi inspirasi kepada beberapa atlet muda, berumur 16 hingga 17 tahun untuk bertanding dan memenangi tajaan produk Under Armour bernilai RM4,500 masing-masing untuk kategori remaja lelaki dan wanita.
Dijadual berlangsung pada 9 September 2023, pendaftaran untuk UA COMBINE 2023 kini dibuka kepada semua atlet yang ingin mengambil bahagian dimana mereka juga akan turut menerima set lengkap peralatan dan pakaian dari Under Armour pada hari berkenaan.
Selain itu, UA COMBINE akan menyaksikan pesaing menguji had mereka menerusi lapan set ujian fizikal dan mental yang direka oleh Ketua Prestasi Atlet Global Armour, Michael Watts, dengan setiap ujian mencabar ketangkasan, stamina, menegak, kuasa, daya tahan, kekuatan, kelajuan, dan kognisi.
Mata akan diperolehi untuk setiap ujian yang telah selesai dan atlet akan disenaraikan mengikut keputusan akhir mata mereka dengan pingat dan hadiah wang tunai RM15,000, RM7,500 dan RM3,000 diberikan kepada atlet tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kategori masing-masing.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Under Armour
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tepat pada masanya untuk melangkah ke tahun baharu, jenama tudung Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, tidak lagi menoleh kebelakang apabila meneruskan kerjasama strategik bagi membangunkan jenama Loveta merentas sempadan dunia.
Menerusi kempen Loveta X Anzalna, Loveta berbesar hati mengumumkan kerjasama bersama pelakon, selebriti popular dan juga finalis Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Anzalna Nasir sebagai wajah baharunya.
Loveta X Anzalna juga menampilkan Anzalna Shawl yang merupakan shawl semi instant dengan 11 koleksi warna menarik yang bermula 5 Januari yang lalu. Menariknya lagi, mereka menghasilkan produk kali ini dengan mengikut citarasa pelakon berkenaan yang mahukan satu tudung yang mudah dipakai namun mempunyai kelas dan standard tersendiri
Koleksi Loveta X Anzalna menawarkan 11 pilihan warna hijab
Menurut Anzalna, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire (M) Sdn. Bhd., Siti Fatimah Suberi yang juga ibu tiri Siti Sarah mendedahkan, pihaknya hanya meneruskan hasrat arwah yang mahukan Anzalna sebagai wajah jenama berkenaan.
“Ketika mengadakan perbincangan memang ada beberapa nama artis lain, namun Anzalna adalah pilihan pertama dan saya terus bertanya kepadanya tanpa pergi kepada artis yang lain terlebih dahulu.
“Selain meneruskan hasrat arwah, pemilihan Anzalna ialah hasil persetujuan semua pihak dalam syarikat dan dialah orang yang tepat untuk kempen terbaharu ini,” ujar Siti Fatimah.
Menurut Anzalna, semasa hayat masih ada, Siti Sarah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya.
Namun, hasrat berkenaan tidak kesampaian sehinggalah penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah kolesterol tinggi ini tidak mengenal usia tua atau muda. Malah, ia sudah menjadi dah jadi perkara biasa sekarang. Salah satu petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengamalkan minum air barli bersama lemon.
Menariknya ia bukan saja untuk untuk turunkan kolesterol tapi juga kurangkan berat badan. Minum segelas kolesterol turun berat badan pun makin kurang. Best kan. Petua ini dikongsi oleh Sumaiyah Abdullah.
Amalkan segelas sehari
Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
Bahan-bahannya
3 sudu besar
Biji Barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air1 hirisan lemon
* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
Cara-caranya simple sangat
Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
2. Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
4. Kemudian sejukkan.
5. Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
6. Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul betul menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan.
Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Hehe. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya ;
* Menyejukkan badan.
* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
* Mengawal gula dalam darah.
* Mencegah jangkitan saluran kencing.
* Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Lebihan barli boleh di buat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja.
Ingat, jaga kesihatan dari muda jangan dah sakit baru nak merawat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik kepada pelajar institusi pendidikan tinggi apabila permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau BYPDA bagi 2022 telahpun dibuka bermula semalam, 19 Januari 2022.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), permohanan biasiswa ini dikhususkan kepada pelajar pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) sama ada yang menuntuk di dalam mahupun di luar negara.
Apa yang menarik mengenai biasiswa BYDPA ini adalah kerana ia menyediakan 12 biassiwa secara keseluruhannya; enam adalah untuk pelajar pengajian Sarjana dan enam lagi untuk pelajar pengajian PdD. BYPDA juga khusus untuk jurusan Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.
Tambah JPA lagi, calon perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih dari 35 tahun pada 1 Januari 2022. Mereka juga perlu mempunyai keputusan akademik cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.
Selain itu, JPA juga meletakkan syarat kelayakan lain di mana seorang calon perlulah telah mendapatkan tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di Institusi Pengajian Tinggi yang telah disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Tentunya, sekiranya calon pernah aktif terlibat dalam aktiviti di luar jurusan mereka seperti penghasilan kerja-kerja kreatif & inovatif; sebagai contoh penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya, ia akan memberi kelebihan dan poin bonus buat calon Sarjana. Manakala bagi calon PhD, penglibatan aktif ini adalah salah satu daripaada syarat wajib.
Bagi mereka yang layak dan berminat untuk memohon, mereka boleh berbuat sedemikian dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian menerusi portal esilav2.jpa.gov.my bermula sekarang hinggalah tarikh tutupnya pada 22 Februari 2022.
Untuk setiap permohonan, pelajar perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen sokongan seperti yang dituntut dalam senarai syarat-syarat permohonan. Ia perlu dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari sama ada secara serahan tangan ataupun melalui kiriman pos.
Haa, ada yang berminat dan layak?
Dapatkan makluman lanjut mengenai biasiswa BYDPA ini menerusi portal JPAatau hubungi talian 03-8885 3879 / 3569 / 3438 / 3371 / 3571 pada hari bekerja mulai 9 pagi higga 5 petang atau emelkan pertanyaan kepada penawaranldp@jpa.gov.my.
All the best!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kerajaan mengumumkan diskaun tol Aidilfitri 2026 sebanyak 50% untuk kenderaan persendirian, bertujuan meringankan kos perjalanan pulang kampung dan memastikan perjalanan lebih lancar.