Tiada apa yang lebih memilukan apabila diduga dengan kehilangan anak. Perginya pula dalam satu kemalangan yang pastinya memberikan satu kenangan perit untuk ditelan. Namun sebagai hambanya, tiada upaya untuk menolak akan takdir Illahi.
Inilah perasaan yang dilalui oleh Mariam Sanani binti Harun. Kehilangan anaknya, Amir Hamzah ibarat wira yang perlu disanjung dan diberi pujian kerana baik budinya. Anak bongsunya ini pergi meninggalkan dirinya selepas niat murninya membantu sebuah kereta yang kemalangan di Lebuhraya 14.5 NKVE pada 12 Oktober lalu dalam hujan lebat pada jam 4 pagi tanpa menyedari ada bahaya yang mendatang.
Emak Amir tiba di perkarangan Hospital Shah Alam bagi menuntut jenazah petang tadi. Namun tidak boleh dibawa pulang lagi sehingga padanan dna dilakukan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari lagi.
Difahamkan Amir tercampak ke dalam Sungai Kayu Ara di lokasi kemalangan selepas terlambung kira-kira 20 meter selepas dilanggar sebuah lori simen yang menghentam kereta terbabit sehingga mengakibatkan dua kematian. Kemalangan ngeri itu tidak berakhir begitu sahaja kerana belum sempat berfikir, dua lagi lori menghentam lori tersebut sehingga mengakibatkan kemalangan ngeri terjadi.
Ternyata, pelajar yang baik hati ini, sepatutnya menerima segulung diploma selepas tamat pengajian di Cybernetic Internasional Kolej Technology pada hari kejadian, hanya ditemui mayatnya lima hari kemudian di kunci air Seksyen 32 Shah Alam, yang dianggarkan lebih dari puluhan kilometer dari lokasi awal kemalangan.
Baju merah kesukaan Amir inilah yang ditemui pada mayat semasa proses pengecaman tadi. Namun pihak polis masih memerlukan dna ibunya untuk pengesahan dan perlu menunggu 3 hari lagi.
Pemergian ini, biar menyedihkan tapi dia redha. Redha kerana Allah masih memberi peluang untuknya menziarahi kubur biar sudah 5 hari hilang sebelum ditemui. Hari lahir anaknya ke 22 tahun yang jatuh pada 1 November, hanya bacaan doa mampu dipautnya.
Ads
Kesemua sanak saudara sudah hadir termasuk dari Pulau Pinang sudah hadir ke Hospital Shah Alam sejak beberapa hari laluKakak baby antara yang menjaga Amir sejak pemuda itu berusia dua tahun lagi dan hubungan mereka cukup rapat. Malah katanya Amir sempat menghubunginya seminggu sebelum kejadian dan berkata, itulah kali terakhir dia akan meminta pertolongan dari emak saudaranya ini. Ternyata ianya menjadi kenyataan.Sesi pengecaman jenazah dilakukan oleh ahli keluarga Amir Hamzah. Turut kelihatan abang dan kakaknya yang kuat mengiyakan itu adik mereka berdasarkan baju merah dipakai adiknya
Tinjauan REMAJA di Hospital Shah Alam tadi, lokasi di mana jenazah Amir Hamzah dipercayai ditempatkan. Tidak menangis dan dilihat kuat kerana tidak mahu dilihat bersedih, biar jenazah anaknya belum diberi kebenaran keluar lagi tapi naluri keibuannya berkata “I know, its her”. Itulah jawapan Mariam tatkala ditanya.
Kata ibu anak enam ini lagi, anaknya memang anak emak, selalu memeluk dan menciumnya. Malah berjanji akan membelikannya macam-macam kesenangan bila sudah bekerja nanti.
“Amir dari dulu minat dalam dunia ketenteraan. Sebelum ini pergi ke temuduga tentera laut tapi tak lepas untuk ketinggian. 18 hb ini sepatutnya Amir ada temuduga akhir untuk tentera darat tapi semua itu tak sempat.
“Masa belajar dahulu, Amir pernah cakap nak jadi chef kapal persiaran mewah. Katanya gajinya dibayar dalam US Dollar dan berbaloi. Katanya lagi, bolehlah dia belikan Mamanya macam-macam.
Ads
“Doa memang anak emak. Rindu pada semua kenangan itu,” katanya yang memaklumkan dia redha namun setiap kali saudara mara dan kenalan datang mengucapkan salam takziah, air matanya pasti akan mengalir penuh sebak.
Setakat jam 7 petang tadi, biar selepas bedah siasat sudah sempurna dilakukan tetapi jenazah Amir masih belum dapat dikeluarkan dari Hospital Shah Alam kerana pihak polis masih memerlukan dna keluarganya.
“Saya redha, lima hari lalu saya boleh tunggu, kalau kena tunggu lagi 3 hari untuk ujian dna itu siap, saya akan tetap menunggunya,’katanya memaklumkan dnanya sudah diambil pihak hospital untuk padanan.
Khairul Anuar yang juga abang kedua Amir dilihat agak tenang dan kuat mengatakan mayat ditemui itu adik mereka
Jika orang muda lain teruja mendapat motosikal baru, Yamaha Y 15, namun sebulan lalu Amir Hamzah seakan tidak teruja untuk membawa motosikal baru itu.
Ini dimaklumkan oleh abangnya, Khairul Anuar yang memaklumkan sejak sebulan lalu sebelum pemergiannya, adiknya sudah menunjukkan kelainan.
“Bukan saja tak teruja nak pergi ambil motosikal itu di kedai tapi Amir siap cakap, dia beri motosikal itu pada seorang pakcik yang sedang membuat rumah ayahnya untuk kegunaan angkut simen.
“Memang nampak benar perubahannya. Mungkin dia sudah tahu tapi tidak mahu kami semua susah hati,’ kata Khairul yang turut membuat pengecaman mayat selepas post mortem tadi. Yakin itulah mayat adiknya yang sudah kembung selepas lima hari, tandanya adalah melalui baju merah yang dipakai Amir masih melekat pada badan mayat tersebut.
“Apa pun saya akur dengan permintaan pihak polis yang mahu dna ini dilakukan dahulu. Kubur sudah siap, begitu juga van jenazahnya tapi kami akur dengan arahan ini,” katanya yang mengharapkan doa dari orang ramai untuk kesejahteraan roh adiknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Presiden Studio Marvel, Kevin Feige umum tidak mahu terlibat lagi untuk menghasilkan filem Spiderman pada masa akan datang setelah tidak mencapai kata putus dengan pihak Sony.
Untuk pengetahuan, Sony masih lagi memegang hak cipta untuk karakter Spiderman dan setakat ini, Sony dan Disney iaitu ibu syarikat Marvel berkongsi pendapatan yang diperolehi daripada filem tersebut.
Memetik Deadline, isu mula muncul setelah filem Spiderman: Far From Home yang mendapat kutipan sebanyak 1 Billion USD membuatkan Disney inginkan hasil sama rata iaitu 50/50 berbanding dengan perjanjian asal dimana Disney akan dapat 5 peratus daripada pendapatan kasar filem tersebut.
Of course lah Sony tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut seterusnya membawa kepada perkelahian ini. Itu membuatkan perjanjian yang dimeterai pada tahun 2015 turut dihentikan.
Susulan itu, turut trending di Twitter adalah #SaveSpiderman. Ramai peminat Marvel yang tidak puas hati dengan berita tersebut apatah lagi, karakter Spiderman juga sudah sinonim di dalam filem Marvel.
Malah, peminat juga turut melahirkan rasa risau dengan nasib pemegang watak Spiderman iaitu Tom Holland. Yalah, dia kan dah bawakan wataknya dengan baik sekali malah ramai sukakan versi Peter Parker yang ini berbanding Tobey Maguire dan Andrew Garfield.
Tom Holland embodies both Spider-Man and Peter Parker better than any other live-action actor and is now going to be ruined by meddling executives and writers forced to work around massive MCU connections unless Sony gets their shit together. #SaveSpiderManpic.twitter.com/yBQCVFXjdi
Tony Stark did not travel back in time to get the infinity stones just so Sony could fuck it up by taking Spider Man out of the mcu. U CANT JUST TAKE TOM HOLLAND AFTER WE’VE FALLEN IN LOVE WITH HIM#SaveSpiderManpic.twitter.com/GFMESsFsbL
It's time to show real technology. Always turn a negative situation into a positive situation. Save our fellow companion Spider man from the hand of Sony. We will not go down without a fight! #SaveSpidermanpic.twitter.com/xlgA0sStGM
Seorang lagi anak muda telah membanggakan nama Malaysia apabila ahli gusti berhijab, Nor ‘Phoenix’ Diana merupakan antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam 7 daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020, edisi muka depan bagi kategori Sukan dan Hiburan.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini pernah mendapat perhatian dunia apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lepas selain penampilannya yang berhijab di dalam gelanggang.
Selain Nor Diana, Anja Chong, atlet ‘speed skating’ Malaysia yang memenangi empat pingat emas di dalam acara itu di temasya Sukan SEA 2017 dan 2019 turut disenaraikan di dalam kategori Sukan dan Hiburan.
Terdahulu menerusi Berita Harian, figura dengan nama sebenar Syaradeeba Khamarulzaman ini merupakan seorang pembantu klinik di sebuah hospital, namun belum bersedia mendedahkan identiti sebenarnya kepada masyarakat umum.
“Saya sedar saya tidak begitu pandai dalam pelajaran. Saya mahu bagus dalam sesuatu bidang lain dan saya rasakan gusti adalah tempat di mana saya boleh berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
“Biarlah saya dikenali dengan bakat yang saya ada sebagai ahli gusti yang hebat dan bukan kerana jantina saya atau yang lain-lain. Itu adalah impian saya,” katanya yang berasal dari Keramat dan menggunakan topeng pada awal penampilan.
Apa-apa pun Remaja ingin mengucapkan thniah buat Nor Diana kerana berjaya mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan selepas pemecatan seorang krew syarikat penerbangan dari Malaysia Airlines kerana berat badannya lebih 0.7kg.
Penyelia penerbangan, Ina Meliesa Hassim memfailkan kes terhadap Malaysia Airlines pada September 2017 kerana pemecatan yang salah. Pada Jumaat, Mahkamah Perusahaan memutuskan untuk memihak kepada syarikat penerbangan negara itu.
“Keadilan dan hak asasi manusia ‘mati’ sekali lagi.
“Di manakah keadilan yang negara promosikan melalui perlembagaan kita?”
“Kami tahu kes baru-baru ini mungkin kejayaan untuk MAB (Malaysia Airlines Berhad) dan beberapa syarikat penerbangan yang juga berhasrat menyingkirkan pekerja mereka yang ‘tua dan lembab’, tetapi itu tidak akan menghalang Nufam terus mengutuk penganiayaan terhadap pekerja krew kabin,” kata Nufam dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam keputusannya, Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Syed Noh Said Nazir @ Syed Nadzir berkata syarikat penerbangan membuktikan “kebarangkalian kemungkinan” pemecatan itu hanya dengan sebab atau alasan.
Dilaporkan Ina Meliesa dipecat kerana berkali-kali gagal memenuhi keperluan berat badan syarikat penerbangan itu di bawah program pengurusan berat badan selama 18 bulan, yang Malaysia Airlines dakwa sebagai sebahagian daripada usahanya “untuk mengekalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan premium”.
Disebabkan ketinggian Ina Meliesa ialah 160cm, berat maksimum yang dibenarkan di bawah garis panduan syarikat ialah 61kg. Berat badannya adalah 61.7kg ketika dicatat pada 10 April 2017.
Memandangkan banyak syarikat penerbangan utama masih mengekalkan kakitangan yang berlebihan berat badan – sesetengahnya bergelar “nenek dan datuk” – Nufam berkata krew sedemikian masih boleh menjalankan tugas mereka dan tidak “membahayakan keselamatan” penumpang dan anak kapal.
Ia juga menggesa kerajaan meminda undang-undang buruh yang membenarkan diskriminasi berhubung dasar itu, mengatakan ia akan menulis surat kepada Kementerian Sumber Manusia dan menteri pengangkutan untuk meminta mereka menimbang semula pemecatan oleh syarikat penerbangan itu.
“MAB tidak sepatutnya berasa gembira atau bangga atas keputusan mahkamah kerana ia hanya mencerminkan keburukan syarikat penerbangan itu sendiri, menunjukkan bagaimana sebuah syarikat penerbangan antarabangsa mengamalkan diskriminasi (amalan) sementara pada masa yang sama menganggap pekerja krew kabin mereka yang berlebihan berat badan sebagai ‘tidak diperlukan lagi dan lembab’.
“Nufam difahamkan bahawa syarikat penerbangan itu sentiasa mencari krew kabin muda, kurus dan langsing – tetapi apa yang akan berlaku kepada mereka kemudian jika berat badan mereka melebihi had berat pada tahun-tahun akan datang?
“Bagaimana krew kabin wanita dapat mengekalkan berat badan ideal syarikat penerbangan itu jika mereka hamil kemudian? Adakah syarikat penerbangan itu akan memecat mereka juga?” soal Nufam.
Sumber : Free Malaysia Today (FMT)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...