Anak Sulung Terima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua MRSM, Rita Rudaini Luah Rasa Syukur

Share

Anak-anak penguat semangat ibu…

Ibu mana yang tidak terharu apabila anak yang selama ini dijaga rapi berjaya dalam akademik. Selebriti terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa terharu apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bin Mohamad Aidil Zafuan berjaya memperoleh anugerah kecemerlangan dalam bidang akademik.

Bukan calang-calang pelajar boleh diberikan anugerah tersebut memandangkan pelajar yang berada di sekolah tersebut semuanya merupakan pelajar cemerlang yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia.

Dalam hantaran video berdurasi 1.08 minit yang dimuat naik di Instagram Rita, dapat dilihat Ryan yang kini merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan menaiki pentas menerima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua.

“Tahun lepas ketika birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Ryan bagi hadiah lagi, dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tertinggo.  Syukur Alhamdulillah. Mummy nak anak-anak mummy buktikan kepada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal. Rita turut memberikan kata-kata semangat buat puteranya itu agar tidak mempedulikan kata-kata negatif.

“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi yang terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai. Rezeki Ramadan,” pesannya.

Meluahkan rasa dalam coretan yang cukup panjang. Hantaran tersebut setakat ini telah menerima lebih 50 ribu tanda suka dan menerima hampir setengah juta tontonan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN