Baru-baru ini, anak saudara kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar (13) berjaya melayakkan diri ke eringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, Sabtu ini.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Umairah sendiri menerusi Instagram miliknya semalam.
Sementara itu, ibu kepada Umairah, Siti Sairah Taruddin memohon doa daripada rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat sekaligus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Ads
“Pada saringan pertama, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety dan berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi untuk kategori R&B” – Siti Sairah
“Umairah akan membawakan lagu sama iaitu A Natural Woman untuk peringkat akhir pada Jumaat ini. Umairah mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. Difahamkan, Umairah akan berentap dengan tiga peserta lain” – Siti Sairah
Sebagai ibu, sudah pasti Siti Sairah mengharapkan kemenangan untuk anak sulungnya itu.
“Sudah tentu saya mahu melihat Umairah berjaya harumkan nama negara dan bawa pulang pingat, sekali gus membuktikan memiliki bakat tersendiri. Alhamdulillah, Umairah boleh harungi tekanan sejak tiba di LA pada 28 Jun lalu. Walaupun nampak gemuruh, tetapi Umairah ada misi untuk berjaya”
Tambahnya lagi, “Perasaan gemuruh perkara biasa untuk seorang penyanyi, apatah lagi, dalam pertandingan. Jadi, saya mohon doakan Umairah berjaya.”
Ads
Selain Umairah, antara yang turut berjaya ke peringkat akhir adalah pasangan kembar, Aleysha dan Ryan bagi kategori Duet, Dion Das dan Ryan Zachary (Peragaan), Kumpulan Dance Duo (Tarian Duo) dan Vanessa William (Tarian Solo).
Ads
Seramai 15 peserta mewakili negara bagi kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan dengan menyaksikan penyertaan daripada 70 negara pada kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood. Keputusan peringkat akhir akan diumumkan pada Ahad ini.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kemunculan Ariana Grande, Cynthia Erivo dan Tan Sri Michelle Yeoh di karpet merah Anugerah Oscars awal tahun ini, kempen promosi filem muzikal, Wicked sememangnya kencang berlaku hingga membuatkan penonton di seluruh dunia ternanti-nantikan kemunculan filem tersebut di pawagam.
Akhirnya setelah berbulan-bulan penantian, Wicked bakal ditayangkan pada 22 November ini. Jalan cerita klasik yang dipetik daripada persembahan pentas teater nombor satu di United Kingdom ini mengisahkan tentang dua pelajar sekolah ahli sihir yang bersahabat biarpun masing-masing mempunyai latar kehidupan berbeza.
Gadis berkulit hijau, Elphaba masih mencari jati dirinya sewaktu bergelar pelajar di Shiz University, Land of Oz. Di situlah Elphaba menemui Glinda sehingga mereka menjadi bestie dan berusaha mengenali diri masing-masing.
Cynthia Erivo (kiri) sebagai Elphaba dan Ariana Grande sebagai Glinda.
Wicked sebenarnya sudah lama bergelumang dalam fasa produksi. Antara punca utam penangguhannya adalah musim COVID-19 yang memaksa kerja-kerja produksi dihentikan buat sementar waktu.
Tapi korang tidak lagi perlu menunggu lama. Nah! REMAJA kongsikan beberapa fakta filem Wicked sebelum korang jejakkan kaki ke pawagam berdekatan minggu ini.
ADAPTASI NOVEL & PENTAS MUZIKAL
Sebelum ia muncul dalam bentuk filem, Wicked asalnya merupakan karya novel Gregory Maguire yang ditulis pada tahun 1995. Kemudian, ia direalisasikan sebagai persembahan teater muzikal arahan Stephen Schwartz dan Winnie Holzman dengan judul yang sama.
Wicked terus diangkat menjadi filem selepas Jon M. Chu (Crazy Rich Asian, Now You See Me, dan G.I. Joe: Retaliation) dirisik untuk mengarahkan sebuah filem adaptasi bagi peminat Wicked manakala jalan ceritanya ditulis oleh Winnie Holzman sendiri.
DI SEBALIK TABIR
Projek filem ini telah ‘dibocorkan’ oleh Stephen Schwartz seawal Mei 2017 apabila beliau mengharapkan dua buah lagu baru akan diterbitkan untuk filem Wicked.
Hampir dua tahun kemudian pada 8 Februari 2019, barulah pihak Universal Pictures mengumumkan filem Wicked sedang diterbitkan dan akan ditayangkan pada 22 Disember 2021.
Bagaimapaun disebabkan wabak Covid-19, Wicked terpaksa ditunda. Menambah dugaan Wicked di sebalik tabir adalah apabila pengarah asal filem, Stephen Daldry mengundurkan diri dan digantikan dengan Jon M. Chu.
Teraju utama Wicked, Ariana Grande dan Cynthia Erivo dipilih sebagai pelakon utama pada November 2021. Berita itu tersebar selepas penyanyi We Can’t Be Friends itu memuat naik gambar sedang menjalani latihan bersama Cynthia.
BINTANG BERKELAS A
Tidak disangkal lagi, Wicked mempunyai bajet yang cukup besar apabila ia diterajui deretan bintang-bintang Hollywood ternama. Bukan sahaja Wicked kini dinanti-nantikan oleh peminat filem fantasi muzikal, malah peminat pelakon-pelakon terkenal ini juga tidak sabar untuk melihat kelibat idola mereka.
Cynthia Erivo – Elphaba
Ariana Grande – Glinda
Tan Sri Michelle Yeoh – Madame Morrible
Jonathan Bailey – Fiyero
Ethan Slater – Boq
Jeff Goldblum – Wizard
Peter Dinklage – Dr. Dillamond
DUA BAHAGIAN
Biarpun tayangan filem Wicked pada minggu ini belum pun bermula, produksi sudahpun mengumumkan kemunculan bahagian kedua Wicked yang akan ditayangkan pada tahun 2025.
Memetik kenyataan Stephen Schwartz, “Sewaktu kami melakukan penggambaran, kami ambil keputusan untuk membahagikan filem ini kepada dua bahagian kerana kami tak dapat memasukkan kesemuanya ke dalam satu filem. Ia akan menjadi terlalu lama.
“Kami tidak rasakan penonton ingin duduk selama 4 jam semata-mata untuk menonton sebuah filem. Jadi, kami bahagikannya. Tapi jangan risau kerana sebahagian besar daripada penggambaran kami sudah selesai,” ujarnya.
DOVE CAMERON SEMPAT ‘CASTING’
Watak Glinda lakonan Ariana Grande memang menjadi watak idaman ramai pelakon di seluruh dunia disebabkan karakter serta populariti watak tersebut. Antara yang sempat mencuba nasib adalah pelakon Descendants, Dove Cameron.
Menurutnya, proses uji bakat berlangsung dengan agak lama. Malah, bekas bintang Disney ini juga mengatakan ia merupakan antara proses paling lama dan meresahkan yang pernah dia lalui. Cameron juga terkejut apabila diberitahu mengenai tempoh penggambaran Wicked yang mengambil masa bertahun-tahun.
Dove Cameron.
*
Jadi, siapa yang sudah tidak sabar dengan filem fantasi hebat Wicked ini? Jika korang ingin menontonnya lebih awal pada 20 November nanti, #WayangRemaja kembali memberikan tiket tayangan perdana menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Jom sertai!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lihat keadaan sekeliling, mana-mana pun ada orang memasak. Setiap kali tengok makanan, tekak terus telan air liur. Dalam hati, “alangkah bagus kalau aku pandai memasak”.
Jangan risau, semua orang pun have to start from somewhere. Even Masterchef sekali pun bermula dari bawah. Kalau ingin mula memasak kamu boleh amalkan beberapa tip yang Remaja berikan di bawah.
Let’s go!
Ikut Resepi Dengan Baik
Sebelum mula memasak, baca dengan teliti resipi bahan-bahan diperlukan dan cara memasaknya. Dan satu lagi pastikan kamu ada kelengkapan yang sesuai. Bagi beginner usahlah pandai-pandai nak bereksperimen dengan resipi sendiri. Nanti karang ada juga yang ulang-alik masuk tandas buat ‘pelaburan’.
Be Nice To Yourself
Kekalkan sikap optimis dan jangan terlalu menjadi pengkritik tegar terhadap kerja sendiri. Just take it easy and slowly. Kamu pasti boleh!
Pastikan Sink Kemas
Sebelum nak mula masak pastikan sinki kamu kemas dan tiada sebarang pinggan mangkuk kotor. Bukan apa, ia boleh melemahkan semangat kamu. Bayangkan baru nak masak tapi sinki dah bersepah. It’s a big no!
Sediakan Bahan Yang Cukup
Ini satu lagi faktor penting kalau nak mula belajar memasak. Bahan-bahan perlu disediakan dengan lengkap. Kalau tak cukup macam manalah masakan tu boleh jadi sedap, bukan?
Latih Diri Dari Semasa Ke Semasa
Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Teruskan memasak dan cuba resepi berbeza. Lama-kelamaan kamu akan terbiasa dan dapatkan hasil yang pasti mengejutkan diri sendiri.
Gunakan Perkasasan Lebih Besar
Cutting board, mixing bowl atau colander. Untuk dapatkan aura memasak gunakan saiz yang lebih besar. Sebab ia memang berfungsi lebih daripada apa yang kamu bayangkan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecemerlangan remaja Malaysia di arena sukan antarabangsa semakin menyinar. Hari demi hari, satu-persatu skuad remaja negara mencipta kejayaan setelah mengharumkan nama Malaysia dengan menaiki podium.
Terbaru, atlet sukan tarian, Cherry Yeo Xiao Wei telahpun merangkul tiga pingat emas dalam Festival Tarian Mallorca (MDF) di Sepanyol, hujung minggu lalu.
Hanya pada usia 18 tahun, Cherry telah menampilkan gerak tari mempesonakan sekaligus memenangi acara remaja solo wanita latin Persekutuan Tarian Sukan Dunia (WSDF), dewasa solo wanita latin WSDF dan acara remaja solo wanita latin MDF.
Untuk kemenangan acara pertama itu, Cherry membuktikan kehebatan lengok tariannya setelah dia mengenepikan 53 atlet lain. Manakala menerusi acara kedua pula, 37 atlet lain daripada 14 negara berlainan tidak mampu menandingi momentum gadis tersebut.
Langkahnya tidak terhenti setakat itu apabila Cherry juga menyumbang sebutir pingat gangsa menerusi acara dewasa solo wanita latin MDF.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 13 November, Persatuan Tarian Sukan Kuala Lumpur (KLDSA) yang dinaungi oleh Cherry telah menyifatkan pencapaian cemerlang atlet itu adalah hasil bimbingan terbaik daripada jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong.
Tambahan pula, pembabitan Cherry dan rakan-rakan atlet tariannya yang lain seperti Yap Wan Xin, Madeleine Lau Yu Xuan, Nicole Lim Le Wei dan Taraneh Ahmadi Zeidabadi di Festival Tarian Mallorca kali ini adalah hasil pembiayaan sendiri.
Melihatkan potensi yang ada pada mereka semua, KLDSA berharap agar usaha keras atlet tarian selepas ini akan meraih perhatian daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara terutamanya dalam bentuk bantuan kewangan agar ia terus berkembang.
Cer korang lihat lengok kemenangan Cheery di kejohanan dunia itu:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!