
Subjek Perakaunan sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Ia menuntut tahap ketelitian yang tinggi, kemahiran analisis serta ketajaman minda untuk memahami setiap konsep dan prinsip yang diajar.
Berpegang kepada prinsip bahawa usaha berterusan dan disiplin diri merupakan kunci utama kecemerlangan, Mohamad Hadif membuktikan bahawa kerja keras tidak pernah mengkhianati hasil.
Pelajar Tahun Dua Program A-Level Australia di Kolej MARA Seremban itu diumumkan sebagai penerima anugerah Top in Malaysia bagi subjek Perakaunan dalam peperiksaan AS Level Mei/Jun 2025.
Lebih membanggakan, Mohamad Hadif turut tersenarai sebagai salah seorang daripada
339 pelajar cemerlang yang menerima pengiktirafan dalam Outstanding Cambridge Learner Awards, yang berlangsung di Dwi Emas International School baru-baru ini.Kejayaan anak muda ini bukan sahaja mengharumkan nama keluarga dan institusi, malah menjadi bukti bahawa setiap cabaran mampu ditukar menjadi peluang apabila disertai dengan kesungguhan, disiplin dan keyakinan diri.
Kisah Mohamad Hadif pastinya menjadi inspirasi buat para pelajar lain untuk tidak takut mencuba dan terus melangkah ke hadapan demi mencapai impian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Bestari