Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan orang tersayang, apatah lagi kelahirannya sangat dinantikan sebagai penyeri keluarga. Christiano Ronaldo dan kekasihnya, Georgina Rodriguez telah mengumumkan pagi ini (waktu Malaysia) bahawa bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan telah meninggal dunia.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah kenyataan yang disiarkan secara bersama di laman Instagram mereka.
“Dengan rasa sedih kami yang paling dalam, kami perlu mengumumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ia adalah kesakitan paling dalam yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa,” ujar pasangan ini.
Umum mengetahui yang sebelum ini mereka pernah mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata kembar. Walaupun kehilangan anak lelaki, pasangan ini berkongsi yang mereka sangat bersyukur kerana kembar perempuannya selamat.
Pasangan ini berkongsi pada Oktober tahun lalu yang mereka sedang menantikan kelahiran bayi kembar.
Kongsi mereka, “Kelahiran bayi perempuan kami memberi kami kekuatan untuk menjalani detik ini dengan sedikit harapan dan kebahagiaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas semua penjagaan dan sokongan pakar yang diberikan mereka.”
Seperti mana ibu bapa yang kehilangan cahaya mata, pasangan ini meminta semua pihak menghormati waktu sukar mereka dan memohon privasi. “Kami semua kecewa dengan kehilangan ini dan kami memohon privasi pada masa yang sangat sukar ini,” ujar mereka lagi.
Sebelum kalahiran bayi kembar ini, Pemain bola sepak Manchester United ini sudah pun memiliki empat orang anak. Christiano Jr dilahirkan pada Jun 2010, manakala pada Jun 2017 dia menimang dua lagi cahaya mata Eva dan Mateo yang dilahirkan secara kaedah ibu tumpang.
Kemudian hasil perkongsian hidupnya bersama Georgina Rodriguez, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Alana Martina yang dilahirkan pada November 2017 sebelum kelahiran kembar lelaki dan perempuan pada 18 April 2022.
Ads
Menerusi perkongsian di laman Instagram sebelum ini, jejaka berusia 37 tahun ini terkenal dengan sikap penyayangnya sebagai seorang bapa. Dia dilihat bahagia dalam keluarga besar dan sentiasa meluangkan masa bersama anak-anaknya pada waktu terluang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebagaimana kita sedia maklum, Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang bakal menyebabkan banjir dijangka bermula November 2020 hinggalah bulan Mac 2021. Antara negeri yang mungkin terjejas akibat taburan hujan yang tinggi ini adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak serta Sabah.
Namun, banjir di sesetengah tempat menunjukkan tanda mulai surut terutamanya di beberapa kawasan di negeri Pahang.
Seorang guru yang dikenali sebagai Amir Jenkua telah berkongsi gambar terkini situasi di sekolah Kuala Lipis selepas air banjir surut. Bukan sahaja perlu dibersihkan malah banyak perabot dan kelengkapan sekolah rosak.
Sumber Gambar : Amir JenkuaSumber Gambar : Amir JenkuaSumber Gambar : Amir JenkuaSumber Gambar : Amir JenkuaSumber Gambar : Amir Jenkua
Sementara itu, Amir Jenkua turut meminta ibu bapa, bekas anak murid , persatuan PIBG untuk turun bersama-sama membersihkan sekolah SKWI KUALA LIPIS ,Pahang yang terjejas teruk dengan bencana banjir ini.
Rata-rata diruangan komen mendoakan agar dipermudahkan urusan…
So disini juga kami kongsikan beberapa tip selepas banjir yang mungkin berguna untuk korang yang terjejas.
Elakkan bermain dengan air banjir. Ia mungkin telah tercemar dengan minyak, bahan kimia berbahaya atau limpahan air kumbahan
Hati-hati di kawasan yang telah terkesan dengan air banjir. Struktur jalan raya mungkin telah lemah dan boleh terjadi runtuhan
Jauhkan diri anda daripada sebarang kabel yang terjuntai di dalam air atau terputus. Hubungi syarikat bekalan elektrik untuk tindakan lanjut
Pulang ke kediaman anda hanya setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa
Baiki semula tangki septik rumah anda untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan dan kerosakan berpanjangan
Bersihkan rumah dengan menggunakan air bersih dan bahan pencuci. Lumpur yang memasuki kediaman mungkin mengandungi sisa kumbahan dan bahan kimia berbahaya.
Baru-baru ini kami ada menyiarkan tentang kad Touch ‘n Go baharu dengan sokongan NFC yang memudahkan pengguna untuk menambah nilai di aplikasi TNG e-wallet.
Untuk mendapatkan kad terbaharu ini, korang boleh membelinya di stesen Petronas dan Shell yang terpilih, selain membeli daripada Touch ‘n Go sendiri. Harga yang ditawarkan adalah RM10 sahaja.
Namun begitu, disebabkan permintaan yang tinggi dan stok sentiasa habis dijual, ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi sekitar RM15 sehingga RM90.
The Star melaporkan terdapat seorang peniaga yang menjual kad tersebut pada harga RM90 dan melabelkannya sebagai ‘hot seller’, manakala ada juga penjual yang menawarkan kad dalam ‘sealed packaging’ dengan harga RM69.
Reseller itu turut menjelaskan bahawa kad yang ditawarkan pada harga RM65 itu disertakan dengan baucar penghantaran percuma dan pulangan tunai sebanyak 10 peratus.
Malah ada juga penjual yang menawarkan kad Touch ‘n Go NFC itu pada harga RM35 tetapi pembeli perlu menunggu sehingga Mei untuk menerima kad tersebut. Terdapat juga beberapa penjual yang mendakwa mereka adalah pengedar sah.
Sebelum ini, dalam masa beberapa jam sahaja kad tersebut telah habis dijual di aplikasi TNG e-Wallet dan kerana itu ramai individu yang mula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
Sekiranya korang masih belum mendapatkan kad Touch ‘n Go terbaharu ini, nantikan update daripada pihak TNG kerana pihak mereka akan memaklumkan apabila kad tersebut kembali tersedia untuk pembelian.
Jadi, jangan terpedaya dengan reseller-reseller di media sosial okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan demi meringankan bebanan rakyat akibat Covid19 ini. Alhamdulillah
Jika sebelum ini demi mengurangkan beban rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk memberikan lanjutan masa pembayaran balik PTPTN sehingga 30 September ini susulan daripada penularan wabak COVID-19 pada Mac lalu.
Terkini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, ia melibatkan penangguhan bayaran balik sebanyak RM375 juta.
“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion. Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.
Namun, sekiranya ada peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman ini, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan.
Berikutan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, ramai yang kehilangan pendapatan apabila diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji.
Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 -2193 3000 atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my.
So, diharap berita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan korang, lagi-lagi yang bercuti tanpa gaji tu. Harap cepat lah wabak ini hilang…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.