
Pelakon tanah air, Amyza Aznan kini berada dalam fasa paling mencabar apabila anak sulungnya, Andre Mikhail dilaporkan semakin kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Oleh hal demikian, pelakon berusia 50 tahun itu memohon seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan agar ada keajaiban buat anak tersayangnya itu.
Malah, dia juga meminta bantuan daripada mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif demi ikhtiar terakhir menyelamatkan Andre.
“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiar dengan mungkin apa sahaja perubatan.
“Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!” katanya penuh sayu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGS).

Keluar Hospital, Hanya Mengharap Keajaiban
Terbaharu, Amyza membuat keputusan mengeluarkan anak sulungnya yang sedang menerima rawatan akibat kanser paru-paru di HKL.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai punca keputusan tersebut, sebaliknya menyerahkan soal kesembuhan Andre kepada keajaiban.
“Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun. Anak saya Andre Mikhail akan keluar dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban,” tulisnya.
Dalam masa sama, Amyza turut memaklumkan bahawa pihak hospital telah meminta ahli keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital,” katanya.

Ujian Bertimpa-Timpa Sejak Tahun Lalu
Untuk rekod, tahun lalu Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Lebih menyayat hati, pada Ramadan pertama tahun ini dia sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.
Ujian demi ujian yang menimpa keluarga ini sekali gus meruntun hati ramai, apatah lagi melihat seorang ibu yang tidak pernah berhenti berusaha dan berharap.
Sama-sama kita titipkan doa dan kekuatan buat Amyza sekeluarga. Semoga ada sinar dan keajaiban yang menyebelahi mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!





Minyak yang melekat di bekas plastik ini memang susah ditanggalkan.


