Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur selepas dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam.

Sebagai anak jati Melaka, pengiktirafan Bintang Cemerlang Melaka tersebut ternyata cukup bermakna buat Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat yang menyifatkannya sebagai satu kenangan manis dalam perjalanan hidup dan kerjayanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka atas penganugerahan berkenaan.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, atas penganugerahan Pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) yang diberi istimewa sempena ulang tahun yang ke-77 tahun.”

Anak Jati Melaka, Ayda Jebat Syukur Dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Pencuri Hati itu turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selain menitipkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah.

Bintang Cemerlang Melaka Jadi Kenangan Manis Ayda Jebat

Tidak menyembunyikan rasa teruja, Ayda turut mengambil kesempatan meraikan detik istimewa itu dengan berpantun sebagai tanda bangganya terhadap negeri kelahiran.

Ads

“Anugerah diterima pagi ini,
Jadi kenangan sampai mati,
Gema usaha subur di murni,
Tanda bakti tulus di hati.

“Mana lagi? Melaka lerrr!”

Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka itu sekali gus menjadi satu lagi pencapaian bermakna buat Ayda yang telah membina nama dalam industri hiburan tanah air menerusi bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Pengiktirafan tersebut juga menjadi detik istimewa buat Ayda sebagai anak kelahiran Melaka selepas perjalanan panjangnya membina kerjaya dalam dunia seni. Dari pentas nyanyian sehingga ke bidang lakonan dan pengacaraan, Ayda merupakan antara figura seni tanah air yang cukup dikenali ramai.

Lebih bermakna, penghargaan itu diterima daripada negeri kelahirannya sendiri, sekali gus menjadikan detik berkenaan sebagai antara kenangan yang cukup dekat di hati penyanyi dan pelakon tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Ads

Suami Turut Luah Rasa Bangga

Sementara itu, suami Ayda, Nabil Mahir turut berkongsi rasa bangga terhadap pencapaian isterinya dan menyifatkan detik berkenaan sebagai satu full circle moment.

Menurut Nabil, sejak kecil Ayda sudah membuat persembahan nyanyian dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan Tun Mohd Ali dan mereka tidak pernah membayangkan suatu hari nanti isterinya akan menerima sendiri pingat daripada individu sama.

“Never would we have imagined that one day, orang yang sama akan menyampaikan a medal to her. Truly a full circle moment.”

Perjalanan daripada membuat persembahan ketika kecil sehinggalah menerima Bintang Cemerlang Melaka daripada individu yang sama pastinya memberikan makna tersendiri buat Ayda serta keluarganya.

Nabil turut mendoakan agar perjalanan isterinya terus dipermudahkan serta dikurniakan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Ads

Penganugerahan berkenaan bukan sahaja menjadi satu lagi pencapaian dalam perjalanan seni Ayda, malah membawa nilai sentimental buat dirinya sebagai anak jati Melaka yang terus mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia.

Sumber : Instagram Ayda Jebat

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads