
Anak Bekas suami kepada Primadona Malaysia, Erra Fazira, iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin baru-baru ini berkongsi detik membanggakan mengenai anak tunggal mereka, Engku Aleesya.
Menerusi Insta Story, ahli korporat itu memuat naik foto Aleesya yang naik ke pentas untuk menerima penghargaan kerana terpilih sebagai
achiever selepas menamatkan persekolahan menengah dan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).Melihat nama sendiri terpampang bersama Aleesya di layar utama, Emran tidak dapat menyembunyikan rasa bangga sebagai seorang bapa.
Dalam perkongsian sama, Emran sempat berseloroh dengan mengaitkan dirinya sebagai
software provider manakala Erra sebagai hardware provider yang membentuk kecerdikan dan kecantikan anak mereka.Untuk rekod, Aleesya meraih gred
A+ dalam subjek First English Language, Matematik dan Fizik, selain gred A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia serta Psikologi.Beauty with brain, Aleesya kini dijadualkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level tidak lama lagi.
Sekadar info, Erra dan Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun berpisah pada Februari 2014.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.