
Anak Bekas suami kepada Primadona Malaysia, Erra Fazira, iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin baru-baru ini berkongsi detik membanggakan mengenai anak tunggal mereka, Engku Aleesya.
Menerusi Insta Story, ahli korporat itu memuat naik foto Aleesya yang naik ke pentas untuk menerima penghargaan kerana terpilih sebagai achiever selepas menamatkan persekolahan menengah dan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Melihat nama sendiri terpampang bersama Aleesya di layar utama, Emran tidak dapat menyembunyikan rasa bangga sebagai seorang bapa.
“Bila kau nampak nama kau di sebelah nama anak…
“Cantik macam ayah dan pandai macam mom,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Emran sempat berseloroh dengan mengaitkan dirinya sebagai software provider manakala Erra sebagai hardware provider yang membentuk kecerdikan dan kecantikan anak mereka.

Untuk rekod, Aleesya meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik dan Fizik, selain gred A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia serta Psikologi.
Beauty with brain, Aleesya kini dijadualkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level tidak lama lagi.

Sekadar info, Erra dan Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun berpisah pada Februari 2014.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Manfaat Wuduk: Rahsia Saintifik Yang Menenangkan Jiwa & Menyihatkan Tubuh

Wuduk mungkin kelihatan seperti ritual ringkas sebelum solat, tetapi dari sudut sains moden, amalan ini sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat wuduk yang sangat besar untuk tubuh, otak dan emosi. Menurut doktor perubatan, Dr Bishr Al Dabagh, wuduk merupakan salah satu tabiat harian “paling sihat” yang boleh dilakukan, bukan hanya simbol penyucian tetapi sebuah rutin biologi yang memberi impak langsung kepada tubuh manusia.

Untuk remaja hari ini yang sering berdepan tekanan akademik, kurang tidur dan kerap terdedah kepada skrin, manfaat wuduk ini sangat relevan kerana setiap basuhan, sentuhan air sejuk dan pergerakannya membantu tubuh “reset” semula.
1. Kawalan Mikrob Pada Tubuh Badan
Bahagian yang dibasuh ketika wuduk seperti tapak tangan, muka, mulut, hidung dan kaki merupakan kawasan paling mudah tercemar dengan bakteria. Menurut Dr Bishr, kebanyakan penyakit berjangkit sebenarnya berpunca daripada tangan yang tidak dibasuh.
Kajian CDC juga menunjukkan jangkitan dapat dikurangkan 30–40% hanya dengan rutin membasuh tangan. Ini membuktikan bahawa manfaat wuduk bukan sahaja menyucikan diri, tetapi bertindak sebagai ‘perisai harian’ terhadap patogen.
@islamwithbishr Science Behind Wudu #islam #muslim #wudu #health #sunnah ♬ original sound – islamwithbishr
2. Membilas Hidung Tingkatkan Fungsi Pernafasan
Walaupun bukan wajib, membasuh hidung adalah sunnah yang besar manfaatnya. Proses menarik sedikit air ke hidung sebelum mengeluarkannya membantu meningkatkan kelegaan mukosiliari, iaitu mekanisme semula jadi badan untuk membersihkan saluran pernafasan.
Kaedah ini diiktiraf dalam rawatan ENT kerana mampu:
- mengurangkan beban virus,
- meredakan simptom alergi,
- meningkatkan pernafasan lebih bersih.
3. “Reset” Sistem Saraf & Tenangkan Jantung
Salah satu manfaat wuduk yang paling menarik ialah bagaimana ia mempengaruhi sistem saraf. Air sejuk yang menyentuh wajah, tangan dan anggota badan mengaktifkan saraf vagus, lalu meningkatkan sistem saraf parasimpatetik.
Kesan saintifiknya:
- jantung lebih tenang,
- stres menurun,
- emosi lebih stabil.
Sebab itulah rasa segar selepas wuduk datang dengan serta-merta, ia sebenarnya tindak balas neurologi!

4. Menjaga Kesihatan Kulit
Bilasan air yang ringan dan kerap membantu menyingkirkan peluh, minyak dan bahan iritasi tanpa merosakkan lapisan kulit. Ini membantu mengurangkan:
- jerawat,
- ekzema ringan,
- jangkitan kulat seperti Athlete’s Foot.
Kulit jadi lebih bersih, lembut dan terpelihara.
5. Kebersihan Mulut Lebih Terjamin
Mulut merupakan kawasan paling tinggi pembiakan bakteria. Berkumur setiap kali wuduk membantu:
- mengurangkan bakteria,
- mencegah penyakit gusi,
- menyingkirkan sisa makanan,
- mengelakkan pembentukan plak.
Kesannya? Nafas lebih segar dan kesihatan mulut lebih terjaga.

6. Mengoptimumkan Tidur
Berwuduk sebelum tidur adalah sunnah, dan ia terbukti secara saintifik membantu seseorang tidur lebih cepat dan lebih lena. Air sejuk menurunkan suhu kulit dan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, keadaan yang ideal untuk tubuh masuk ke fasa rehat mendalam.
Untuk remaja yang sering struggle nak tidur, amalan ini sangat membantu!
7. Tingkatkan Mindfulness & Kesejahteraan Emosi
Dr Bishr menjelaskan bahawa lima kali sehari seseorang berwuduk, ia menjadi seperti ritual grounding dalam terapi psikologi moden. Saat berwuduk, seseorang berhenti, bernafas, fokus kepada tubuh, dan “reset” minda.
Amalan yang konsisten akan:
- meningkatkan kepekaan emosi,
- membantu fokus,
- menstabilkan mood harian.
Wuduk Juga Bantu Elak Penyakit Berjangkit
Ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson, pernah menjelaskan bagaimana wuduk membantu komuniti Muslim terhindar daripada penyakit berjangkit sejak dahulu. Ini kerana rutin membasuh tangan, hidung dan muka berulang kali mencegah patogen memasuki tubuh melalui kawasan paling mudah dijangkiti.
Kajian menunjukkan rutin wuduk mampu mengurangkan risiko jangkitan pada:
- mulut,
- usus,
- kulit,
- mata,
- sistem pernafasan.
Manfaat Wuduk Adalah Sains, Spiritual & Self-Care Dalam Satu Amalan
Wuduk bukan hanya ibadah, tetapi sebuah rutin kesihatan lengkap yang memberi manfaat holistik dari sistem saraf, kebersihan kulit, tidur, hinggalah kesejahteraan emosi.
Untuk remaja yang hidup dalam dunia serba pantas, amalan ini adalah cara paling mudah, murah dan berkesan untuk menjaga tubuh dan mental setiap hari. Dengan memahami manfaat wuduk dari sudut sains dan spiritual, seseorang boleh menjadikannya sebagai rutin self-care yang konsisten dan menyembuhkan.
BACA LAGI : Tak Perlu Mandi Lama-Lama, Cara Mudah & Ringkas Mandi WAJIB Yang Betul
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Better Than Our Local Baju Melayu”, Netizen Teruja Rekaan Baju Raya Moden Ini

Kita semua sedia maklum bahawa baju raya digambarkan dengan rekaan yang sopan dan manis, tetapi sejak beberapa tahun ini, macam-macam desain yang ada sampaikan kami juga naik pening melihatnya.
Rekaan yang dilihat semakin hari semakin pelik . Ada ke yang nak pakai?
Bagaimanapun, satu gaya baju raya dari Indonesia yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini telah mencuri perhatian ramai. Biarpun baju ini nampak berbeza dari kebiasaannya yang dipakai pada pagi raya, namun rekaanya itu berjaya menambat hati ramai.
Berikut adalah perkongsian rakaman cara memakai baju raya dari Indonesia yang dimuat naik di Twitter ini:
Believe it or not, this baju raya way better than our local baju melayu mengarut design2 tu. n aku nak beli satu. Sekian pic.twitter.com/9YZJ4nTDl3
— rulduff 💉❄ (@rulduff) April 21, 2021
Malah, baju dengan rekaan unik ini memang laku keras, dan ternyata sudah sold out. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:


Macam-macam gaya pelik bila tiba hari raya ni. Tapi harapnya korang tak ada la yang pelik-pelik ok? Takut terkejut pula orang tengok korang OOTD nanti. Yelah kan tak boleh beraya rumah ke rumah. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
4 ‘Snek Promo’ Tahun Baru Cina Perlu Korang Cuba, Edisi Terhad Tau!

Malaysia memang terkenal dengan snek yang menggiurkan dan tiada waktu yang lebih baik untuk mencuba pelbagai jenis snek melainkan musim perayaan.
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang pada 12 Februari ini, banyak kafe dan jenama snek di luar sana yang menyediakan promosi menarik untuk korang rebut dan cuba. Jom lihat 4 snek pilihan REMAJA pada kali ini.
Marrybrown Egg-stra ONG Meal

Pada setiap tahun, pasti Marry Brown tidak gagal untuk menyediakan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan mereka sempena Tahun Baru Cina. Tahun ini, peminat menu berasaskan telur pasti akan menggemari menu pre-order istimewa mereka iaitu Egg-stra ONG Meal.
Ia merupakan sos salted-egg yang berkrim dan kaya dengan tekstur untuk korang tuangkan ke atas set burger atau ayam dariipada Marrybrown. Untuk mendapatkan sos istimewa ini, korang boleh menempah Egg-stra ONG Meal dengan pembelian bauchar di Shopee. Tempahan ini dibuka khas kepada 1000 unit terawal saja.
.
.
KFC Golden Cereal Butter


Tidak puas dengan hanya ayam Hot & Spicy KFC pada Tahun Baru Cina, kali ini? KFC cipta kelainan dengan memperkenalkan KFC Golden Butter Cereal!
Ini bukan bijiran biasa untuk sarapan pagi ya. Ia adalah menu ayam goreng yang disalut berganda dengan mentega, malt bijiran, daun parsley dan daun kari goreng. Kemudian, ia diliputi sepenuhnya dengan bijiran Nestum manis untuk memberikan tekstur yang lebih rangup!
Bermula pada harga RM15.99 dalam bentuk kombo 2 ketul, korang juga boleh mendapatkkan kombo 3 ketul atau Box Meal yang dihidangkan dengan Zinger Burger, fries dan coleslaw.
Selain itu, KFC turut memperkenalkan KFC Celebration Bucket dan Chili Chese Balls untuk Tahun Baru Cina ini.
.
.
The Coffee Bean & Tea Leaf Ying Yang Duo

Haih, bila tekak dah dahaga, satu minuman saja memang tak mencukupi. Oeh itu, The Coffee Bean & Tea Leaf sekarang sedang menawarkan set duo Yin & Yang pada harga RM15 saja!
Korang boleh memilih dua minuman: di antaranya Southern Blend Cold Brew Tea, Peach Jasmine Cold Brew Tea, Peach Jasmine Cold Brew Sweet Tea, Sparkling Peach Jasmine Cold Brew Tea, Cold Brew dan Cold Brew Latte. Fuh, dengar je dah terliur!
Promosi ini hanya valid bermula 16 Januari sehingga 31 Januari ini dan boleh didapatkan di stor seluruh Semenanjung Malaysia saja.
.
.
Kit Kat Gold
Bagi peminat snek manis, korang pasti akan menggemari Nestle Kit Kat Gold ini apabila dihidangkan dengan kopi. Ia mempunyai perisa berkrim dan memang sesuai sebagai snek pada masa terluang.
Menariknya, selari dengan Tahun Baru Cina ini, Kit Kat juga sedang membuka peluang untuk korang memenangi salah satu daripada LAPAN hadiah utama bernilai RM16,000 SETIAP SATU. Banyak lagi hadiah-hadiah lain yang turut ingin diberikan oleh Kit Kat dan semuanya lumayan okay.
Apa yang perlu korang lakukan adalah beli produk Kit Kat yang bernilai sekurang-kurangnya RM8 dalam satu resit. Hantarkan foto resit tersebut menerusi WhatsApp ke nombor 018-2283090 berserta nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel.
Mudah saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


