Baru-baru ini, anak kepada pengarah, pelakon dan penerbit terkenal Aziz M.Osman, Ara Aziz mendedahkan bahawa dirinya bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di peringkat universiti pada tahun depan.
Menurut Ara atau nama sebenarnya Puteri Azzahra yang kini berusia 14 tahun, beliau kini mengikuti program fast track di sebuah sekolah antarabangsa, yang membolehkannya melangkau beberapa tahun dalam sistem akademik.
“Saya masuk ‘fast track’ dan ‘loncat’ beberapa tahun. Sepatutnya saya dalam tahun sembilan tahun ini, tetapi saya dah masuk tahun 11”
“Saya akan menduduki International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tak lama lagi. Ia setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi versi British,” katanya.
Kredit: Instagram @araaziz
“InsyaAllah, tahun depan saya akan masuk universiti dan lanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi. Saya sebenarnya nak ke universiti luar negara,” ujarnya lagi.
Ads
Walau bagaimanapun, disebabkan usianya yang masih terlalu muda, Ara mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan terlebih dahulu.
Dalam pada itu, anak kepada pengarah filem ‘XX Ray 3’ itu turut berkongsi bahawa psikologi adalah bidang yang diminatinya sejak sekian lama kerana melihat fungsi otak manusia yang kompleks dan penuh misteri.
“Saya pilih psikologi dah lama juga dan saya rasa ia sangat menarik kerana otak manusia itu sangat kompleks dan bekerja dengan sangat misteri,” terangnya lagi.
Ads
Kredit: Instagram @araaziz
Walaupun kini sedang bergiat aktif dalam dunia hiburan, Ara turut menjelaskan fokus utamanya ketika ini adalah menyelesaikan pengajiannya seawal mungkin sebelum memberi sepenuh perhatian kepada kerjayanya dalam industri seni.
Menurutnya, pendidikan sangat penting dalam kehidupannya dan beliau ingin menyelesaikan proses pembelajaran dengan lebih cepat.
Ads
“Saya nak habis sekolah awal, jadi saya nak fokus kepada pelajaran dahulu dan selepas itu, barulah kerja-kerja seni. Keutamaan adalah pendidikan,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Ara adalah anak hasil perkahwinan ketiga Aziz dengan bekas isteri, Puteri Lily Lokman. Terbaharu, Ara terbabit dalam lagu ‘Aidilfitri Raya Gen Z’ bersama tiga selebriti remaja lain iaitu Cik B, Qadejah Aliff Syukri dan Alyssa Dezek.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada waktu kebanyakan penyanyi perempuan popular mengeluarkan single mengenai cinta, berbaur seksual dan mempunyai lirik yang tak habis-habis diulang beberapa kali, Yuna sekali lagi mencipta kelainan melalui single ketiganya berjudul Pink Youth.
Pink Youth memperdengarkan kesinambungan muzik daripada era Rouge Yuna. Bermula daripada Forevermore, BlankMarquee hingga kini PinkYouth, Yuna membuktikan masih banyak idea asal yang boleh diolah menjadi lagu selain daripada cinta dan sebagainya.
Menariknya, PinkYouth adalah untuk meraikan remaja perempuan seperti (sebahagian) daripada korang.
“Apabila saya menulis PinkYouth, saya ingin menyambut fakta bahawa saya adalah seorang perempuan. Dulu ketika saya masih muda, saya ingat ramai pihak yang tidak mempercayai bakat saya hanya disebabkan jantina saya. Mereka menganggap saya tidak mampu mencapai impian.
“PinkYouth ialah untuk kesemua remaja perempuan di luar sana, yang tidak mendapat kata-kata semangat dan sokongan selayaknya.
“Ramai yang tak faham perasaan seorang perempuan muda yang tinggal di dunia sekarang yang berbahaya. Itu adalah inspirasi di sebalik konsep perempuan kuat di bandar Hong Kong yang telah di-anime-kan,” katanya.
Aww..cuba korang hayati pula lirik Pink Youth ini.
Don’t worry if I’m losing my sleep Awake and I don’t wanna miss a thing, yeah They don’t know what it means to be a girl To live in a dangerous world
They ain’t ready for this pink youth We come up to fight Like diamonds shining in the sky Girls like you and I
*
Pink Youth adalah sebuah projek kolaborasi Yuna bersama Little Simz dan merupakan single terakhir sebelum albumnya, Rouge dilancarkan pada 12 Julai kelak.
Cer tengok video klipnya di bawah.
Onz tak onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada saat ini, penulis percaya apa saja bentuk foto, video, status atau mesej yang dikongsikan oleh grup K-Pop popular, BTS di media sosial akan menerima berjuta-juta likes dan ribuan komen.
Video J.Hope melambai tangan selama 6 saat di Paris = 4.2 juta tontonan.
OMG, apa saja yang dilakukan oleh mereka bertujuh, ia umpama satu kuasa dominasi dunia yang tak akan berhenti. #worldpeacewithBTS
Terbaru, Jungkook berkongsi video melakukan parodi kepada lagu ‘Bad Guy’ nyanyian Billie Eilish. Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan dia menyanyi dan menari mengikut ritma chorus lagu tersebut and you guessed it, ARMY sekali lagi menjadi obses.
‘Bad Guy’ merupakan single kelima Billie yang dipetik daripada album When We Fall Asleep, Where Do We Go? dan disebabkan lagu serta liriknya yang lain dari yang lain, ‘Bad Guy’ menjadi popular di kalangan pendengar remaja.
Ia menjadi bahan kepada beratus-ratus bentuk parodi dan memes, jadi Jungkook juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta video parodinya sendiri.
Dalam tempoh kurang 24 jam, video tersebut telah menerima 1.9 juta likes dan sehingga kini, 346000 komen di Twitter. Nampaknya para ARMY telah ‘berkhidmat’ dengan cemerlang, sekali lagi.
Disebabkan video ini juga, peminat berharap agar impian mereka untuk melihat kolaborasi BTS dan Billie Eilish akan menjadi realiti. Mengapa tidak, kolaborasi BTS dan Halsey untuk single ‘Boy With Luv’ menjadi kegilaan ramai.
Tambahan pula, Jungkook pernah berkata bahawa dia adalah peminat Billie sebelum ini. Tak mustahil mereka akan bergabung untuk single seterusnya.
Billie, *wink*.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berpengalaman, Kamal Adli memaklumkan dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden diserang individu tidak dikenali sebelum ini.
Ini kerana, suami kepada aktres jelita, Uqasha Senrose itu diminta berdiam diri sehingga individu yang memukulnya dijatuhi hukuman dengan mengikut saluran undang-undang.
“Saya tak pernah cerita mengenai perkara ini disebabkan saya sudah diingatkan agar tidak bercerita selagi orang itu (pelaku) tidak kena apa-apa hukuman. Jadi, saya diminta tidak bercakap mengenainya.
“Sekarang ini, individu itu sudah dijatuhkan hukuman, jadi saya boleh bercakap sedikit. Isu ini memang saya tak tahu kenapa boleh terjadi. Memang saya tak ada petunjuk langsung mengapa saya diserang.
“Pengakuannya di mahkamah mendakwa dia hanya berhalusinasi yang saya mencabul saudara wanitanya. Alasan halusinasi boleh sampai boleh ketuk orang?” katanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana drama terbaharu Viu berjudul Nafsu.
Kamal bagaimanapun memberitahu, dirinya kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lelaki itu kerana menyifatkan tindakan memukul sangat tidak boleh diterima kerana memudaratkan orang lain.
“Polis cakap kalau pukul di bahagian bawah sedikit lagi boleh mengakibatkan kematian. Perkara ini jadi sangat pantas sebab saya tahu-tahu darah sudah keluar.
“Sejak isu ini terjadi, saya tak pernah buka cerita. Kalau tanya saya, gilalah benda ini, benda ini gila sebab saya tak ada jawapan. Selepas itu, pelaku kena penjara selama dua tahun sahaja.
“Jadi, saya rasa benda ini bahaya untuk orang lain. Kena penjara dua tahun dan lepas itu boleh keluar. Kalau cakap halusinasi, apa jaminan keselamatan kepada orang lain,” tuturnya lagi.
Terdahulu, warga Singapura dikenali Muhammad Nabil Rashid dilapor dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu atas kesalahan menyerang Kamal menggunakan belantan di Singapore Expo pada 12 Mac 2023. Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Kamal Adli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!