Ammar Ahyan Buat Ramai Kenal Lagu ‘Break’, Ini Reaksi Misha Omar!

Share

Video nyanyian Ammar Ahyan, anak sulung kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini berjaya mencuri perhatian penyanyi hebat, Misha Omar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Misha memuat naik semula video tersebut sambil menitipkan ucapan terima kasih kepada remaja berusia 17 tahun itu kerana mendendangkan single terbaharunya berjudul

Breakdalam sebuah majlis.

“Terima kasih Ammar Ahyan yang manis, Datuk Aliff Syukri dan seisi keluarga.

“Terima kasih juga kepada peminat-peminat Ammar yang secara tidak sengaja ingin tahu dan dengar lagu terbaharu ini. Semoga lagunya terkesan di hati,” tulis Misha.

Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Asiah Omar, dia terharu kerana Ammar menjadi sebab ramai yang mula mengenali lagu tersebut.

“Disebabkan dia suka menyanyi lagu Aunty Mitch (panggilan mesra), ramai yang mula menyedari tentang lagu ini.

“Dalam masa yang sama Ammar juga mengajak pengikut-pengikutnya berkenalan dengan muzik saya,” ujarnya.

Sekadar info, lagu Break merupakan hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow dan turut dipilih sebagai runut bunyi drama

Mandul Bukan Pilihan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath