
Aktor berbakat besar, Amerul Affendi, berkongsi hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan.
Langkah tersebut diambil sebagai persediaan untuk mencapai impian menjadi seorang pensyarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Salah Seorang Penerima Master UPSI! Arja Lee Titip Rasa Syukur

Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 38 tahun itu mengakui bahawa beberapa artis baru telah mendekatinya untuk menuntut ilmu.
“Insya-Allah tahun ini saya akan sambung belajar di UPSI, masih dalam bidang yang sama iaitu seni persembahan.
“Saya nak mengajar dan jadi pensyarah. Jadi, saya mengikuti program Apel Q di UPSI yang memerlukan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun,” katanya.

Amerul yang terkenal dengan bakat lakonannya itu turut mengakui bahawa dia tidak begitu yakin untuk mengajar tanpa ilmu yang cukup.
“Saya tak yakin untuk mengajar kerana perlu ilmu lain. Selepas dapat master, saya sudah tahu nak ‘goreng’ macam mana,” tambahnya lagi.
Amerul, yang sebelum ini memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), berharap pengajian berkenaan dapat membantunya mengasah ilmu dan pengalaman dalam bidang seni persembahan.

Namun, Amerul menegaskan bahawa keputusan untuk melanjutkan pelajaran tidak bermakna dia akan bersara daripada dunia lakonan.
“Lakonan tetap nombor satu. Hanya mahu kekal relevan,” ujarnya menutup perbualan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Boleh Agak Arwah Akan Tinggalkan Saya. Dia Datang, Tersenyum Dan Melambai Pergi…

“Adik-adik nak makan durian. Ayah tak jadi balik ke Dungun sebaliknya berpatah balik ke Perak. Hajat mereka tidak kesampaian bila kemalangan ini terjadi,” luah Ain Harisah.
Tragedi ngeri yang meragut nyawa adik beradiknya, Nur Ain Hanifah, 22 serta dua adik kembarnya, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah Ismail, 8 tahun nyata membuat dirinya sugul.

Masih lagi trauma akibat kemalangan itu, Ain Harizah kelihatan cukup lemah dan sugul selain hanya mampu termenung mengingatkan pemergian ahli keluarga sambil ditenangkan saudara-mara yang lain. Malah dirinya kerap ditenangkan oleh sanak saudara yang cukup bersimpati dengan tragedi ini.
Ain yang duduk di bahagian belakang pemandu sewaktu kejadian itu berkata, kenangan terakhir dia dan kedua adiknya adalah ketika mereka sekeluarga menaiki Keretapi Tanah Melayu ke Padang Besar baru-baru ini.
Dirinya yang mengalami kecederaan di pipi, dahi dan kaki akibat terseliuh berkata, ketika kejadian, dia dikejutkan oleh pengguna jalan raya yang lain sebelum ternampak orang ramai mengangkat jenazah adik dan kakaknya di penghadang jalan.
“Saya tak sedar apa-apa. Sebaik sahaja buka mata, saya nampak banyak darah. Adik dan kakak sedang diangkat dan diletakkan di tepi jalan. Saya nak bantu tetapi saya tak dapat berdiri.
“Sekarang saya dah hilang kawan nak bergaduh. Selepas ini saya dah tak boleh marah adik-adik lagi,” katanya sebak.

Nahas tiga beradik meninggal serentak dan cukup menyayat hati ini terjadi selepas kenderaan Honda CRV yang dipandu bapa mereka, Ismail Yaacob, 53, dirempuh dari arah belakang sebuah lori membawa muatan ikan di persimpangan lampu isyarat di simpang empat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong.
Jenazah tiga beradik ini telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin Dua di sini semalam.
Tunggu Mama Di Syurga…
“Tunggu mama di syurga”. Hanya perkataan itu termampu diucapkan oleh Zarina Yong, 44 yang cukup redha selepas tiga anaknya meninggal dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan yang dirempuh sebuah lori membawa muatan ikan.
Dia yang masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Taiping akibat cedera dalam nahas itu, reda, dengan pemergian anak-anak kesayangannya.

Menurutnya, ketika tidak sedarkan diri kesan dari nahas tersebut, dia dikunjungi bayangan tiga anaknya itu seolah mereka pergi meninggalkannya.
“Mereka datang, tersenyum dan melambai, sebelum pergi dari mimpi saya. Waktu itu, saya tahu mereka telah tiada. Saya redha, saya cukup redha. Saya tahu semua anak akan menjadi ahli syurga dan saya sempat berpesan kepada mereka untuk tunggu saya di syurga. Bila tiba masa saya nanti,” katanya.
Dia berkata, ahli keluarga yang lain tidak memberitahu tentang pemergian tiga anaknya itu kerana mahu menjaga hatinya.
“Tak perlu berselindung, naluri saya sudah cukup kuat memberitahu, saya redha dan saya akan jumpa mereka semua di syurga kelak,” katanya. Sumber Sinar Harian.
Berita terkini,
Ayah kepada tiga beradik yang terkorban dalam kemalangan lima kenderaan di Lenggong Ahad lalu meninggal dunia, awal pagi tadi.
Anak sulung mangsa, Muhammad Hafiz Ismail, 27, berkata bapanya Ismail Yaacob, 53, menghembuskan terakhir kira-kira 1.40 pagi tadi di Hospital Taiping, di sini.
“Saya berada di sisi arwah ayah pada saat akhir dan sempat membimbingnya mengucap,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
TIGA BERADIK DIKEBUMI SATU LIANG LAHAT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Takut Nak Demand Gaji Masa Interview, Guna 3 Taktik Win-Win Situation Seperti Yang Dilakukan Gadis Ini

Tanya saja pada graduan universiti hari ini, bila cari kerja apa perkara pertama yang mereka mahu kan daripada syarikat tempat mereka bekerja?
Selain ingin menimba ilmu dan pengalaman, bohonglah jika bukan jumlah gaji adalah perkara pertama yang bermain di fikiran sewaktu datang menghadiri temu duga.
Tapi sebab tak mahu nampak sangat seperti mata duitan, ramai yang takut untuk mengutarakan soalan ini dan hanya menerima tawaran yang diberi walaupun gaji yang ditawarkan tidaklah begitu memberangsangkan.
Namun, korang tahu tak sebenarnya jika majikan tidak menawarkan gaji seperti yang diharap, ada cara yang boleh dilakukan sebelum menerima tawaran mereka bulat-bulat?
Nah, apa kata cuba ikut tip yang diberikan oleh maukerja.my dan jangan risau kerana apa yang di kongsi kan ini tidak akan sesekali menjejaskan persepsi majikan. Tapi diingatkan kalau nak demand pun janganlah sampai terlalu tinggi sehingga melepasi tahap piawaian,tambah pula jika korang tu graduan muda.
So, kalau tak nak tersilap langkah ketika sesi temu duga, jom ikut panduan ini.
1. “Apa yang saya boleh lakukan untuk mendapat gaji sejumlah RMXXXX?

Semasa sesi temu duga, majikan akan menerangkan tentang jobscope yang perlu korang lakukan dan kadang ia mungkin di luar bidang kuasa.
Bergantung sama ada mahu terima atau tidak, jika mahu pastikan korang buktikan kepada mereka yang korang boleh melaksanakannya dengan baik dan tunjukkan kesungguhan dalam melakukan setiap tugasan dalam masa yang ditetapkan.
2. Ketahui manfaat yang bakal diterima

Satu lagi cara yang boleh korang buat adalah dengan bertanyakan tentang manfaat yang akan diperoleh jika bekerja di situ, seandainya gaji tidak begitu memberangsangkan (elaun, parking, overtime).
Ada syarikat yang menawarkan gaji sedikit tetapi elaun tinggi dan ada juga yang tidak memperuntukkan apa-apa manfaat. Oleh sebab itu, penting untuk korang bertanyakan tentang perkara ini sebelum membuat keputusan.
3. Terangkan kelebihan dan kemahiran yang ada

Bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman bekerja, beritahu kemahiran yang korang ada sepanjang bekerja di tempat lama. Ini juga adalah salah satu cara untuk meminta supaya gaji diupgrade kan.
Okay kalau nak tahu lebih lanjut, boleh refer pada video ini juga.
Sumber: maukerja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
CR7 Beri Sebab Dia Lelaki “Terhebat” Dunia, 16 Wanita Cantik Ini Pernah Jadi Kekasihnya..

Namanya cukup hebat malah boleh dikatakan cukup beruntung menjadi dirinya. Tidak hanya miliki wajah kacak, susuk tubuh menarik, lincah di padang, kaya raya, baik hati, prihatin dan sentiasa menarik perhatian jutaan peminat, lelaki mahupun wanita untuk mendekatinya.
Kehebatannya di atasa padang menjadikan dia pemain cukup bernilai dan sekali lagi, Cristiano Ronaldo baru saja terpilih memenangi anugerah Pemain Terbaik Portugal 2017 dan menyandang gelaran Ballon d’Or kelima seperti Lionel Messi.
Dalam ucapannya lelaki ini menegarkan dia adalah pemain terhebat dunia kerana berjaa membuktikan kemampuan dirinya “ tahun demi tahun” bersama Real Madrid dan Portugal berkata, semua kejayaan ini dibuat demi anak-anaknya.
“Saya berterima kasih kepada semua yang berada di sini di atas anugerah yang diterima, ia juga anugerah untuk semua rakan-rakan saya. 2017 adalah tahun yang sangat baik, ia tidak dapat dilupakan. Saya juga memenangi Ballon d’Or yang kelima dan anugerah Pemain Terbaik yang kedua. Saya juga mendedikasikannya kepada empat anak saya.
“Ia juga suatu rekod lain, dapat tiga anak dalam tempoh tiga bulan. Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada kerana darah Portugis yang mengalir ketika berjuang. Saya sentiasa percaya dan mengatakan bahawa saya adalah yang terbaik. Tidak kira apa sahaja yang mereka katakan, saya akan menunjukkannya di atas padang,” katanya yang mengenepikan pemain Rui Patricio dari Sporting Lisbon dan Bernardo Silva, Manchester City.


Untuk rekod, jejaka kacak berusia 33 tahun ini telah menjaringkan 42 gol dalam 46 perlawanan pada 2016 dan 2017 sekaligus membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.
Kisah Cinta Cristiano Ronaldo
Di sebalik itu, kisah cintanya sering mendapat perhatian media massa. Di senaraikan 16 wanita yang pernah menjalin hubungan dengan bintang kacak ini.
Diana Chaves – Seorang aktres dari Portugas. Miliki hubungan cinta yang sangat singkat dengan CR7.
Luciana Abreu – Seorang peserta nyanyian Portuguese Pop Idol, Luciana Abreu dan sejarah perkenalan mereka berlaku pada 2007. Namun agak singkat masa berkenalan mereka kerana CR7 sibuk di atas padang.
Karina Bacchi – Model berdarah kacukan Italy – Brazil dan suka pose untuk majalah Playboy. Dua tahun saja hubungan mereka tetapi hubungan itu menjadikan Karina seorang yang popular kerana kerap muncul dalam siri reality tv di Sepanyol selepas itu.

Maria Sharapova – Bintang tenis cantik ini antara yang pernah menjalin hubungan cinta dengan Maria Sharapova. Tidak hairan, paparazi sering mengejar hubungan mereka berdua kerana ia berita laris.
Nereida Gallardo– Seorang model cantik dan bertemu CR7 ketika menonton aksi spektakuler di Kelab Real Madrid. Tapi sayang tak lama kerana CR7 sibuk mengejar kariernya tetapi ada sumber mengatakan, ada orang ketiga dalam hubungan mereka.

Bipasha Basu – Kata sumber, hubungan cinta antara mereka pernah terjalin ketika Bipasha Basu bersama aktor kacak, John Abraham. Gambar mesra mereka berdua berjaya diambil dan sejak itu, rahsia itu terbongkar.

Gemma Atkinson – Gambar keduanya makan malam di sebuah restoran terkenal di kota Inggeris malah CR7 pernah menggambarkan Atkinson adalah wanita luar biasa hebat.
Luana Belletti – Gambar CR7 mencium Luana di sebuah acara Thankgiving mengesahkan mereka pernah berpasangan pada tahun 2009.
Gabriela Endringer – Memiliki kerjaya sebagai jurulatih kecergasan, hubungan ini cuba disorokkan tetapi terhidu juga kepada umum kerana Gabriela seorang wanita yang cantik dengan susuk tubuh menawan.

Imogen Thomas – Kali ini CR7 memilih aktres cantik dalam menjalin hubungan. Menurut sebuah majalah CR7 sering menghabiskan masa bersama Miss Wales ini tetapi akhirnya semakin renggang kerana CR7 masih memburu wanita cantik dalam hiddupnya.
Letizia Filippi – Kali ini hubungan cintanya mendapat perhatian. Sudah ada kekasih hati seorang model yang sangat cantik tetapi masa yang sama CR7 menjalin hubungan dengan Nereida Gallardo. Peminatnya memang terkejut saat gambarnya tersiar dan hasilnya hubungan itu putus.
Andressa Urach – Menjalin hubungan dengan supermodel Irina Shayk, masa yang sama, CR7 juga keluar dengan Andressa Urach. Namun Urach mengaku dirinya telah dibohongi oleh CR7 dan tidak tahu yang kekasihnya itu ada hubungan dengan Shayk. CR7 juga menafikan dirinya ada hubungan istimewa dengan Miss BumBum tersebut.

Raffaella Fico – Ratu cantik ini amat terkenal kerana hubungan cintanya dengan pemain Itali, Mario Balotelli. Tetapi sebelum itu, dia adalah kekasih CR7 dan cukup mahir menggoda lelaki terkenal untuk keperluan hidupnya.

Kim Kardashian – Jangan terperanjat. Sebelum jadi isteri kepada Kanye West, Kim pernah ada hubungan dengan CR7. Dia rela datang ke kota Madrid, Sepanyol untuk makan malam bersama lelaki pujaan ramai itu.

Irina Shayk – Wanita ini memang sangat cantik malah CR7 juga terpaut. Aktres dan model bikini ini menjalin hubungan selama 5 tahun termasuk adanya cincin pertunangan di jari wanita itu. Tapi sayang akhirnya putus juga pada 2015.

Georgina Rodriguez – Terkini, inilah pasangan CR7 dan wanita cantik ini berasal dari Timur Laut Sepanyol. Dia pernah bekerja sebagai pelayan sebelum berpindah ke Bristol dan pernah bekerja di kedai Gucci sebagai pembantu kedai. Bila keduanya jatuh cinta tidak pasti tetapi CR7 ada anak bersama wanita cantik ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

