Kata orang, ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang boleh bertahan.
Iya la, tengah darah manis semua benda nak kena jaga. Dugaan dan cabaran yang datang perlu ditangani dengan baik oleh pasangan. Kalau tidak, putuslah di tengah jalan.
Biasanya, jika hal ini berlaku apa yang patut dilakukan dengan cincin pertunangan, kos majlis dan sebagainya?
Seorang peguam, Fahmi Ramli pernah berkongsi sekiranya putus tunang ada hak yang boleh korang tuntut di mahkamah.
1. Tuntut Ganti Rugi Putus Tunang Di Mahkamah Syariah
Dalam undang-undang keluarga Islam, setiap negeri ada diperuntukkan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan Ganti Rugi Perkahwinan.
Ads
Mana-mana pihak yang mungkir janji untuk berkahwin bertanggungjawab untuk memulangkan:
pemberian pertunangan (jika ada)
memulangkan nilainya
membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan tersebut
Jadi, pihak yang diputuskan pertunangan boleh melakukan tuntutan ganti rugi yang telah beliau tanggung untuk membuat sebarang persediaan ke arah perkahwinan termasuklah majlis pertunangan.
2. Saman Malu
Ads
Di Mahkamah Syariah hanya tuntutan ganti rugi perkahwinan yang berbentuk perbelanjaan termasuklah untuk majlis tunang sahaja boleh anda tuntut di mahkamah.
Sekiranya mahu melakukan saman malu (ganti rugi am) kerana aib atau malu, tohmahan masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan perasaan akibat putus tunang boleh dibuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil).
Contoh Tuntutan Mahkamah Syariah
Ads
belanja kenduri kecil-kecilan
baju pengantin termasuklah solekan
kad jemputan
bayaran katering
pengubahsuaian rumah (bilik tidur dan sebagainya)
bayaran jurugambar
Undang-Undang Sivil
Undang-undang sivil menyediakan peruntukan yang jelas terhadap hak-hak wanita di dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin.
Ianya meliputi hak wanita untuk mendapatkan gantirugi berbentuk kewangan dan bukan kewangan termasuk tuntutan pemilikan hak hadiah-hadiah pemberian semasa pertunangan.
Undang-undang sivil juga memberi peluang kepada pihak lelaki untuk membuat pembelaan bagi kes mungkir janj perkahwinan. Hujah pembelaan akan merangkumi salah nyataan fakta, ketakupayaan fizikal atau mental dan ketakupayaan sendiri.
Sekiranya pihak lelaki tidak berkeupayaan daripada segi fizikal dan mental, ianya boleh menjadi hujah pembelaan untuk membatalkan perkahwinan.
Korang pula macam mana? Ada experience putus tunang ke? Jom la share.
Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila tidak pernah menerima mesej berbaur gangguan seksual atau sebarang gangguan pelik daripada golongan wanita di media sosial.
Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari (27) berkata, dia masih trauma dengan insiden tahun lalu sewaktu tangannya tiba-tiba dicium oleh seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan.
“Setakat ini, saya belum pernah terima lagi DM yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial sebab kebanyakan pengikut adalah lelaki,” katanya.
“Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi saya juga ada terima gambar yang tidak elok sampaikan saya rasa stress”
Menurut pelantun lagu Paku ini, situasi menerima DM kurang senonoh daripada pengikut lelaki di media sosial merupakan hal yang kerap dihadapi oleh ramai artis wanita sepertinya.
“Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat ini, tapi saya sekarang sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial”
“Kalau nak kongsi sesuatu pun, saya akan elak beri maklumat terperinci seperti lokasi, masa dan sebagainya demi menjaga keselamatan diri,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Ara Johari baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), lagu hasil ciptaan komposer dari Indonesia, Ilham Baso yang bergenre balada. Lagu itu juga kebetulan dekat dengan pengalaman dirinya yang pernah mengalami patah hati dalam perhubungan dengan kekasih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laporan The Hollywood Reporter semalam menggambarkan bahawa Warner Bros bakal membawa kembali filem Charlie & The Cholocate Factory baharu ke pawagam.
Namun, ia adalah dalam format prekuel di mana kisahnya berlaku sebelum filem pertama yang dilancarkan 15 tahun lalu.
Prekuel berjudul Wonka ini mengisahkan kisah awal Willy Wonka semasa zaman kanak-kanaknya dan pengalaman hidup yang dilalui sebelum membuka kilang coklat terkenal di dunia.
Meskipun masih belum ada pengesahan mengenai siapa yang akan memainkan watak Wonka semasa muda, ura-ura pantas meletakkan nama pelakon Spiderman, Tom Holland dan pelakon kacak serta berbakat, Timothee Chalamat sebagai pilihan utama.
Dari Kiri: Johnny Depp, Tom Holland & Timothee Chamalet.
Sebelum ini, ada juga nama popular lain yang dikatakan bakal memainkan watak Wonka seperti Ryan Gosling (La La Land) dan Ezra Miller (The Fantastic Beast). Namun kami rasakan Tom (24) atau Timothee (25) adalah pilihan yang lebih tepat memandangkan mereka mempunyai kelebihan usia dan pakej yang lebih muda.
Walaupun filem arahan bekas penerbit filem Harry potter iaitu David Heyman ini telah lama dinanti-nantikan oleh peminat Charlie & The Chocolate Factory (come on, setiap tahun pasti ada seseorang yang akan memakai kostum Willy Wonka semasa musim Holloween), ia sebenarnya telah dirancang lebih empat tahun lalu.
‘Wonka’ dijangka menemui pawagam pada 17 Mac 2023.
Jadi korang masih ada 2 tahun untuk memakai kostum Willy tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebiasaannya di hujung Ramadan, warga kota akan beramai-ramai pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Tradisi balik kampung sudah sinonim dengan norma orang ramai. Namun tahun ini pastinya sangat berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dari terus merebak.
Malah bila menyebut Aidilfitri juga, kebanyakan anak-anak akan membelikan pelbagai barangan buat orang tua di kampung sebagai hadiah terutama melibatkan baju raya, kuih raya dan lain lagi. Namun disebabkan perintah PKP ini hati kita pasti meronta untuk mengirim sesuatu buat sanak saudara di kampung.
Bagi yang biasa menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia iaitu Pos Laju dan Mel, pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan tarikh akhir menghantar barangan melalui Pos Malaysia adalah pada 16 Mei bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak manakala pada 18 Mei ini bagi dalam Malaysia sahaja.
Manakala tarikh akhir menghantar kad ucapan hari raya pula ialah pada 20 Mei ini. Pengguna yang ingin menggunkan perkhidmatan Pos Malaysia adalah diingatkan agar segera berbuat demikian bagi memastikan barangan dikirim sampai sebelum Aidilfitri ini . Namun jika lewat mengepos barangan dijangka tiba selepas Aidilfitri.
So mana anak-anak yang buat kiriman buat ahli keluarga di kampung bagi meraikan Aidilfitri ini jangan bertangguh ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!