Amat Berinspirasi! Lt Lohappriya Wanita India Malaysia Pertama Bergelar Juruterbang TUDM

Share

Siapa kata anak perempuan tak mampu menempah kejayaan di lapangan yang lasak.

Apatah lagi dalam bidang ketenteraan udara! Tahniah REMAJA ucapkan kepada semua graduan dan wanita berbangsa India pertama yang bergelar juruterbang TUDM.

Diiktiraf sebagai Juruterbang Wanita Berbangsa India Pertama, bukan saja menjadi kebanggaan kepada Lt Lohappriya, malah turut dijadikan lambang kejayaan Pasukan Udara Diraja Malaysia (TUDM) melahirkan juruterbang serba boleh.

Menerusi Facebook TUDM, semalam telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan Bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18.

Yang menariknya dari semua penerima sayap penerbangan, beberapa orang darinya merupakan anggota wanita TUDM antaranya Lt Lohappriya Manisegaran

Bukan sahaja membanggakan kaum wanita malahan lebih menariknya apabila dikhabarkan, Lt Lohappriya adalah wanita berbangsa India pertama yang bergelar juruterbang TUDM.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Parthiban Al Muniandy


.

Majlis penyampaian Sayap Penerbangan Lt Lohappriya dan pelatih lainnya telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar.

Laman Facebook TUDM turut berkongsi foto-foto dan majlis sewaktu majlis tersebut dijalankan.

Rata-rata warganet turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada juruterbang wanita berbangsa India pertama negara itu yang mana menurut mereka pastinya akan memberikan inspirasi kepada semua wanita diluar sana.

REMAJA turut sama berbangga dengan kejayaan Lt Lohappriya dan rakan-rakan ini. Best of luck on your future!

IKLAN