
Penyanyi remaja, Alyssa Dezek merupakan antara calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang berjaya membuktikan dirinya mampu mengimbangi antara akademik dan kerjaya seni setelah berjaya meraih keputusan ‘straight A’s’ pada hari ini.
Alyssa, 18 yang meniti populariti menerusi lagu Raya Gen Z, Faham Tak dan Wow Sedapnya! memperoleh 9 A sewaktu dia sibuk merancang laluan kerjaya seninya menerusi bidang hiburan.
Sekaligus, Alyssa membuktikan bahawa tidak mustahil untuk remaja di Malaysia mengejar impian dan potensi peribadi tanpa mengabaikan ilmu pengetahuan.

Figura Beauty With Brains Generasi Baharu
Bercakap ketika ditemui di sesi pengumuman keputusan SPM 2025 di ibu negara, Alyssa menyifatkan kejayaannya ini bukan atas kebijaksaan azalinya sahaja.
Selain berterima kasih kepada kedua ibu bapanya dan guru-guru sekolahnya, Alyssa berkata dia lebih bersedia untuk berdepan kertas peperiksaan SPM dek konsistensinya dalam mengikuti pembelajaran secara tersusun dalam platform digital.
Rupa-rupanya, Alyssa merupakan sebahagian daripada calon SPM 2025 yang mengikuti kelas dalam talian anjuran PTTI yang disifatkannya sangat membantu dalam memahami kesemua sembilan subjek dengan lebih mendalam.

“Saya memang ikut semua kelas untuk sembilan subjek dan itu antara kunci utama saya dapat ‘straight A’s’.
“Saya sangat bersyukur dengan keputusan ini. Sejujurnya perjalanan ini bukan mudah kerana saya perlu membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran.
“Tapi saya percaya, kalau kita ada disiplin dan sistem pembelajaran yang betul; InsyaAllah kita boleh capai apa yang kita impikan,” katanya yang turut berterima kasih kepada PTTI kerana menganjurkan kelas secara fleksibel serta menyediakan teknik pembelajaran yang mudah difahami oleh pelajar.
BACA: 7,099 Calon SPM 2025 Tidak Hadir Duduki Peperiksaan – KPM

Kejayaan Alyssa ini juga merupakan bukti bahawa tidak salah untuk seorang pelajar mengguna pakai platform baharu seperti pembelajaran digital sebagai alternatif berkesan untuk membantu pelajar mengakses ilmu tanpa sepadan.
Lebih-lebih lagi untuk remaja seperti Alyssa yang berdepan kekangan masa akibat jadual seni yang padat.
BACA: Banggakan Ibu, Anak Linda Rafar Cipta Kejayaan 9A Dalam SPM 2025
Tahniah sekali lagi buat Alyssa Dezek!
FOTO: PTTI Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!














