
Malaysia kini duduki tangga ke-12 pada senarai global bagi kedudukan negara yang paling banyak dilawati di dunia bagi 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Terkejut! Juadah Malaysia Ini Termasuk Dalam Senarai Makanan Paling ‘Teruk’ Di Dunia

Menerusi data yang dikeluarkan oleh One Step 4ward, Malaysia antara 20 negara paling paling banyak dilawati di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang China dan Thailand.
Menurut sumber, Malaysia menerima pelancong seramai 26.8 juta daripada 163 buah negara lain.

Perancis menerima sejumlah 82.6 juta pelancong dan terus menduduki tempat pertama sebagai negara paling banyak dikunjungi di dunia untuk 2023.
Tempat kedua dan ketiga pula diduduki oleh Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan jumlah pelancong yang sama iaitu 75.6 juta.

Selain itu, tahun ini menunjukkan Malaysia naik satu anak tangga berbanding tempat ke-4 pada 2022 dalam kalangan negara di Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Malaysia Terengganu Lakukan Pembersihan Bawah Laut Sempena Bidong Summit
Universiti Malaysia Terengganu bersama RHB Islamic Bank telah berusaha meningkatkan kesedaran konservasi hidupan marin dan kepentingan laut menerusi Bidong Summit yang telah berlansung pada 14 hingga 16 Julai lalu.
Acara ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh RHB Ocean Harmoni tentang hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi dan hidupan marin. Usaha sama yang telah dijalin sejak dua tahun lepas itu didasarkan kepada Perantaraan Berdasarkan Nilai (VBI) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 14 dan 17. SDG 14 adalah mengenai hidupan di dalam air, manakala SDG 17 adalah perkongsian untuk mencapai matlamat.

Bidong Summit diadakan di Stesen Penyelidikan Marin UMT Pulau Bidong yang turut melibatkan perbincangan hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi lautan dan hidupan marin.

Aktiviti pembersihan bawah laut di sekitar perairan Pulau Bidong ini telah tertangguh selama dua tahun gara-gara pandemik COVID-19, namun ia berjaya dilaksanakan dan menjadi sebahagian daripada pengiisan sidang kemuncak itu.


Inisiatif ini sewajarnya dilakukan oleh ramai pihak bagi memberi kesedaran akan pentingnya menjaga kebersihan di persisiran air. Sebagai individu yang bertanggungjawab, janganlah kita membuang sampah merata-rata kerana ia bukan sahaja merosakkan pemandangan indah di pulau, malah tabiat ini juga mengundang keburukan kepada hidupan laut.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tawaran & Diskaun KAW KAW, Jangan Lepaskan Peluang Jualan Tahunan Terbesar 11.11 LAZADA!
Ayuh, shop till you drop!
Pesta membeli-belah tahunan yang paling dinanti-nantikan akan berlangsung selama 3 hari dengan keceriaan tanpa henti bermula 11 hingga 13 November. Wowzers!
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil 50 Model, Jalan Bukit Bintang KL Jadi ‘Runway’ Koleksi Raya LazLOOk Lazada

Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara tampil menawarkan keceriaan berganda sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 dengan menyediakan lebih satu bilion LazCoins untuk pengguna platform sempena acara membeli-belah tahunan ikonik ini.
Korang juga berpeluang untuk nikmati nilai pembelian berbaloi dan penjimatan luar biasa semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada dengan lebih daripada satu bilion LazCoins yang sedia untuk direbut. Haaa…tunggu apa lagi?

Cara untuk mendapatkan bonus LazCoins juga sangat mudah. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke saluran LazCoins di aplikasi Lazada setiap hari dari 1 hingga 13 November untuk mengumpul lebih banyak LazCoins berbanding kutipan pada hari biasa.

Pengguna platform yang ingin menggandakan pengumpulan LazCoins juga boleh melengkapkan ulasan produk yang dibeli, menyelesaikan misi di aplikasi Lazada, atau bermain game di platform seperti Merge Boss atau GoGo Match.
Tibanya 11 November, para pengguna juga boleh membuat bayaran dengan menggunakan Lazada Bonus bagi memaksimumkan penjimatan lantaran ganjaran diskaun sebanyak RM9 untuk setiap pembelian berjumlah RM90.

Tahun ini, Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada juga memperkenalkan Ha11 of Fame (Hall of Fame) yang menampilkan 11 tawaran eksklusif produk jenama terkemuka yang akan bertukar-tukar bermula 11 hingga 13 November.
Jenama kegemaran ramai seperti DJI, LEGO, L’Occitane, MAC, Nike, Ogawa, Shiseido, Skechers, dan Xiaomi akan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk produk mainan, kosmetik dan penjagaan diri, kasut, dan pakaian. Uishhh banyak juga jenama kegemaran remaja zaman kini!

Selain promosi jenama dan diskaun eksklusif, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti tawaran LazFlash Extra* yang menjanjikan harga terendah dengan diskaun lebih 50% diskaun bagi produk popular, trending, dan pelbagai tawaran yang wajib dibeli.
Siapa sini yang tidak gemar mengeluarkan duit untuk servis penghantaran? Haaa..usah kahawatir kerana Baucar Penghantaran Percuma juga boleh diperoleh merentas aplikasi, hanya tekan pada ikon Penghantaran Percuma atau ikon Baucar, pecahkan Lucky Egg atau dengan bersuka-ria dengan Lazzie Star.
Dengan baucar Penghantaran Percuma, para pelanggan boleh menikmati penjimatan hingga RM20 ke atas caj penghantaran!
Anda boleh mula menambah item ke dalam troli dan bersiap sedia untuk membuat pembayaran pada pukul 12 pagi pada 11 November agar layak menikmati harga yang tiada tandingan, diskaun durian runtuh besar-besaran, dan pelbagai kejutan hebat dan menawan yang pastinya menambah keceriaan!
So just get ready tau korang! Tepat pukul 12 pagi terus checkout all items!
Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada, sila layari aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Lazada
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenal Pasti Punca & Rawatan Gegata, Masalah Kulit Gatal Yang Menyiksa
Pernah tak korang dengar tentang penyakit gegata, dimana kulit menjadi gatal dan mengeluarkan tanda kemerah-merahan?
Kalau terkena penyakit kulit ini, rasa gatal yang dialami memang bukan ‘biasa-biasa’.
Gegata atau urtikaria adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan, atau faktor lain seperti haba atau senaman.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24 hingga 48 jam dan tidak serius. Pesakit mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam hilang.
Ada beberapa jenis urtikaria yang dikenal pasti dapat dikelaskan sebagai akut dan kronik.
Urtikaria akut: Jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24 hingga 48 jam dan boleh berulang pada sebahagian orang.
Urtikaria kronik: Jika ia berterusan lebih lama daripada enam minggu (kronik bermakna berterusan dan berpanjangan)

Apakah penyebab gegata akut?
Pencetus (trigger) menyebabkan sel-sel pada kulit melepaskan bahan kimia seperti histamin. Bahan kimia ini menyebabkan cecair keluar dari saluran darah kecil di bawah permukaan kulit. Kolam cecair ini membentuk ‘wheal’. Bahan kimia ini juga menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan kemerahan sekitar ‘wheal’. Tiada pencetus atau punca dapat diketahui dalam separuh daripada kes.
Sesetengah pencetus biasa termasuklah:
Alahan
- Alahan makanan seperti alahan kepada kacang, strawberi, buah-buahan sitrus, telur, bahan tambahan makanan, rempah, coklat, atau kerang. Kadang-kadang anda boleh mendapat alahan kepada makanan walaupun anda telah makan makanan tersebut tanpa sebarang masalah banyak kali sebelum ini.
- Alahan kepada gigitan serangga dan penyengat
- Alahan kepada ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit,anti-radang, dan lain-lain.

Jangkitan virus
Jangkitan virus yang ringan seperti selesema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah orang (korang bertindak balas terhadap virus).
Sentuhan kulit
Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.
Urtikaria fizikal
Urtikaria fizikal adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara fizikal. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’.
Kadang-kadang ruam urtikaria boleh disebabkan oleh haba, kesejukan, emosi, senaman, atau cahaya matahari yang kuat.
Rawatan untuk gegata akut
Selalunya rawatan tidak diperlukan untuk ruam yang biasa berlaku dalam tempoh 24-48 jam. Tablet antihistamin boleh meringankan tanda gatal. Antihistamin menghalang tindakan histamine yang terlibat dalam menyebabkan urtikaria. Mereka kadang-kadang menyebabkan mengantuk tetapi mungkin berguna untuk mengambil sebelum tidur. Antihistamin moden kurang menyebabkan mengantuk.
Sesetengah orang bertindak balas kepada satu antihistamin lebih baik daripada yang lain. Jika salah satu antihistamin tidak membantu banyak, antihistamin yang berbeza mungkin lebih sesuai dan lebih baik. Korang dinasihatkan supaya mencuba antihistamin selama 1-2 minggu sebelum membuat keputusan ia membantu atau tidak.
Namun, sekiranya korang mempunyai urtikaria yang teruk khususnya ‘anaphylaxis’, korang akan dimasukkan ke hospital dan mungkin dirujuk kepada pakar.
Jadi, sekiranya berlaku perkara ini, tidak perlu panik dan ikut sahaja seperti yang telah dijelaskan oleh doktor ini okay?
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

