Penduduk dunia berkongsi 70 peratus permukaan Bumi yang diliputi oleh lautan. Namun bukan semua di antara kita yang sedar akan kepentingannya demi masa sekarang dan masa hadapan.
Sangat penting untuk kita semua mula mengambil berat mengenai sistem terumbu karang yang menjadi ‘rumah’ jepada satu per empat daripada hidupan laut.
Terumbu karang di seluruh dunia termasuk yang ada di Malaysia kini berada dalam keadaan yang terancam disebabkan oleh eksploitasi lautan berlebihan. Perubahan iklim, pencemaran dan industri perikanan yang tidak terkawal adalah di antara punca utama ia kini semakin terancam.
Sedar tentang perkara ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil langkah dengan pembinaan struktur glob terbesar di kawasan Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu dan berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
Struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter.
Ads
Ia diturunkan oleh 10 alumni UPSI diketuai Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang juga alumni institut pendidikan itu.
Menerusi satu kenyataan Md Amin berkata, sebagai institusi pendidikan keramat, UPSI terbina daripada sebuah semangat perjuangan pendidikan.
“Ini adalah untuk membuktikan kecintaan kami para alumni terhadap universiti bertuah kami,“ katanya pada majlis penerimaan sijil pengiktirafan daripada MBOR itu di Pulau Redang, semalam.
Ads
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, dengan adanya struktur terumbu tersebut akan membantu Jabatan Perikanan dalam usaha pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut.
Menurutnya, terumbu karang di kawasan itu pernah musnah akibat dilanda Taufan Pabuk sekitar Januari 2019. Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI Dr Siti Hartini Azmi berkata, usaha alumni terbabit juga akan mengharumkan nama universiti.
Ads
Untuk info, para saintis sendiri menganggarkan jika dunia tidak melakukan apa-apa mengenai isu ini, 90 peratus terumbu karang tropika dunia akan lenyap menjelang tahun 2043. Malah, dengan lenyapnya terumbu karang, lebih 500 juta orang akan kehilangan kebergantungan kepada khazanah laut ini untuk makanan, pendapatan dan perlindungan.
Oleh yang demikian, pelbagai usaha sedang dilakukan menerusi pelbagai program pemulihan batu karang di seluruh dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun korang mungkin tidak begitu menonton filem keluaran China dan Taiwan, tetap ramai yang mengenali nama Godfrey Gao sebagai seorang model terkenal.
Berita pemergian pelakon yang lahir di Taiwan dan dibesarkan di Kanada itu masih mengejutkan ramai orang.
Bukan saja kerana Godfrey baru berusia 35 tahun. Tetapi juga kerana punca pemergiannya di set penggambaran rancangan televisyen berjudul Chase Me di China semalam.
Beliau dilaporkan tidak sihat dan demam sebelum terlibat sama dalam sesi penggambaran itu. Apa yang mengejutkan adalah Godfrey berada di sana selama 17 jam tanpa rehat (Dari 8.30 pagi hingga 1.45 pagi), hinggalah beliau secara tiba-tiba rebah.
Sebelum Godfrey menghentikan lariannya dalam salah satu babak rancangan itu, terdapat penonton yang mendakwa dia terdengar Godfrey berkata, "Saya tak boleh lakukannya lagi". Lantas dia rebah di tengah set.
Juru kamera yang kebetulan sedang mengfokuskan lensa ke arah Godfrey pada mulanya beranggapan ia hanyalah lakonan dramatic pelakon itu untuk rancangan reality itu. Namun selepas seketika, mereka menyedari ada sesuatu yang tak kena dan terus memanggil bantuan kecemasan.
Kata-kata terakhir Godfrey jelas menunjukkan pelakon itu sedang bekerja melebihi kapasiti upayanya. Menurut laporan rasmi doktor, dia didapati menghembuskan nafas terakhir kerana simptom cardiac arrest ataupun serangan jantung.
Setelah 2 jam berusaha untuk menyelamatkan Godfrey, pihak hospital memberi laporan rasmi bahawa dia sememangnya meninggal dunia akibat punca tersebut.
*
Serangan jantung bukan lagi merupakan pesakit 'orang tua'.
Kes tersebut semakin meningkat di kalangan belia dan remaja disebabkan punca-punca yang sebenarnya boleh dielakkan. Antaranya temasuklah obesiti, merokok sejak usia remaja, hidup dalam tekanan, tidak mempunyai masa berehat yang cukup dan akhir sekali, sekiranya kita mengabaikan kesemua simptom di atas dan mengendahkan pentanda kecil jantung bermasalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kes wabak pandemik COVID-19 semakin berkurangan, banyak pusat-pusat hiburan dan rekreasi sudah kembali beroperasi seperti biasa. Namun, kegembiraan bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas tercampak daripada roller coaster di Paris.
Menurut CNN, kejadian berlaku apabila wanita itu menaiki roller coaster Formula 1 di Parc Saint-Paul in Oise, kira-kira 80 kilometer di utara Paris.
Wanita yang sudah berkeluarga itu dikatakan ingin menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka di taman tema tersebut, namun akhirnya bertukar menjadi mimpi buruk buat keluarganya.
Suami mangsa dikatakan sempat memegang kaki isterinya tetapi tidak dapat menarik kembali wanita itu daripada tercampak.
Seorang saksi mendengar jeritan mangsa dan melihat wanita itu terkeluar daripada palang keselamatan.
Formula 1 Coaster adalah salah satu daripada 45 permainan yang ada di taman tema tersebut. Sebelum ini, dilaporkan telah berlaku satu lagi kejadian maut membabitkan roller coaster yang sama pada tahun 2009.
Permainan roller coaster yang terbabit juga dilaporkan telah ditutup selepas kemalangan maut yang berlaku baru-baru ini.
Di ruangan komen Harian Metro, ramai juga turut menceritakan pengalaman dan sebab-sebab kenapa mereka tidak pernah ‘teringin’ nak menaiki roller coaster.
Ada juga yang berpendapat bahawa jika memang sudah ajal, mungkin roller coaster ini hanyalah asbabnya.
Apa-apa pun, tak kiralah sama ada korang mahu atau tidak menaiki roller coaster nanti, paling penting adalah jaga keselamatan dan pastikan korang mengenakan tali pinggang keledar dengan betul. Jika tidak pasti, panggil sahaja penjaga roller coaster tersebut untuk check sama ada apa yang korang pakai itu betul atau tidak.
Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk proses imbas masuk ke satu-satu kawasan telah diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia bagi menjejak penyebaran wabak pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.
Sumber Gambar : The Star
Aplikasi ini memang sangat membantu pihak kerajaan bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen.
Terbaru, Singapura bakal menjadi negara asing pertama yang mengiktiraf permohonan MySejahtera sebagai “pasport vaksinasi” Malaysia untuk membolehkan rakyat Malaysia yang divaksin sepenuhnya memasuki negara pulau itu.
Begitu juga, permohonan MySejahtera juga dapat diterima untuk perjalanan antarabangsa di masa depan, tertakluk kepada persetujuan dari pemerintah lain, kata menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional Khairy Jamaluddin dalam satu petikan diambil dari The Star.
Sebaik sahaja anda mempunyai profil kuning di MySejahtera, itu bermakna anda diberi vaksin sepenuhnya atau dapat dua dos.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata akan menggunakan kod QR setelah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Kecemasan Covid-19 mengesyorkan agar kebebasan tertentu (seperti perjalanan antarabangsa) tidak mungkin dilakukan pada masa ini.
Perbincangan bersama negara jiran hampir muktamad dan akan dipersetujui tidak lama lagi. Singapura kini hampir mencapai sasarannya untuk memvaksinasi 80% penduduknya.
Wah, macam menarik…tapi bila dapat merentas Singapura ye?huhu
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...