Berita pemergian ulama Al-Azhar tersohor dunia, Prof Yusuf al-Qaradawi pada usia 96 tahun semalam amat dirasai oleh masyarakat dunia.
Allahyarham yang dilahirkan pada 9 September 1926 telahpun menghembuskan nafas terakhirnya di Qatar yang menjadi tempat tinggalnya dalam buangan susulan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 2013.
Pada usia lima tahun, Allahyarham sudahpun belajar menghafal kitab suci Al-Quran bersama pakciknya sebelum terus menghafaz sepenuhnya dengan fasih pada usia 10 tahun.
Beliau yang menamatkan pendidikan di Maahad Thantha dan Maahad Tsanawi kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin. Seterusnya beliau terus meneruskan pengajian dalam jurusan Pentafsiran Hadis serta menulis disertasi tentang Fiqh Az-Zakat.
Ads
Ulama yang dikenali sebagai sorang Mujjadid pada zaman ini pernah mengecapi populariti di peringkat antarabangsa setelah beliau muncul dalam program Sharia and Life yang diterbitkan oleh saluran berita, Al-Jazeera.
Sepanjang hayatnya pula, Allahyarham pernah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuklah naskah perundangan Islam serta menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Antaranya termasuklah penganugerahan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2009 oleh kerajaan Malaysia.
Prof Yusuf Al-Qaradhawi menerima plak Maal Hijrah daripada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Jika korang masih ingat, Allahyarham juga selalu diundang ke Malaysia satu ketika dahulu sewaktu era 90-an di mana cendekiawan tersebut sentiasa menyeru kepada aliran Wasatiyyah dan menentang keras aliran Ghuluw dan Mutaa’ssibin.
Kongsi Pengerusi Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook, beliau secara peribadi merasai kehilangan Allahyarham di atas sumbangan serta legasi yang ditinggalkan olehnya.
Ads
“Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi adalah sahabat dan tokoh rujukan saya sejak zaman mahasiswa ketika memimpin gerakan Islam.
“Saya juga sering mengundangnya ke Malaysia sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Doa dan surat yang seing diutus tatkala dalam kesulitan begitu mengesankan dan memperteguh semangat dan idealisme saya dalam perjuangan,” catatnya.
Biarpun terkenal dengan khutbah-khutbah ‘berani’ sehingga beliau pernah dilarang daripada menjadi khatib di sebuah masjid, Allahyarham Prof Yusuf Al-Qaradhawi akan sentiasa dikenang sebagai salah seorang pendukung nilai serta ilmu Islam yang tiada tolok bandingannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan menjalani norma baharu. Kelainan yang perlu dilakukan oleh calon peperiksaan tahun ini adalah mereka perlu memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19.
Menurut BERNAMA, bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.
Pelajar juga perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan yang lengkap setiap hari sebelum memasuki dewan peperiksaan, selain mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang menduduki peperiksaan.
Manakala, calon yang didapati positif COVID-19 atau calon yang diarahkan menjalani kuarantin kerana menjadi kontrak rapat tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari tersebut.
Mereka perlu menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula selepas disahkan sihat oleh doktor yang merawat, disertakan sekali dengan surat pengesahan doktor.
Calon SPM kali ini juga adalah merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan yang memaksa mereka beralih pembelajaran secara talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.
Apa-apa pun kami di Remaja mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM 2020 dan semoga korang terus kuat untuk menjalani dugaan dan ujian sepanjang pandemik. Buktikan bahawa situasi pandemik ini tidak memberi impak kepada kejayaan korang dalam bidang pelajaran.
17 daripada 21 orang remaja bawah umur ditemui maut di sebuah kelab dekat kawasan perumahan manakala empat lagi rakan mereka yang lain maut tidak lama kemudian di hospital, lapor media di Afrika Selatan.
Kejadian misteri remaja maut beramai-ramai yang berlaku di East London, Afrika Selatan pada Sabtu lalu itu dipercayai berkait rapat dengan pengambilan minuman beralkohol.
Polis dan pasukan forensik menjalankan siasatan seawal hari Ahad lalu. Foto : NY Times
Peawai keselamatan kerajaan negara itu, Unathi Binqose berkata berdasarkan kain selempang dan rambut palsu yang ditemui di lokasi, kesemua mangsa dipercayai meraikan tamatnya peperiksaan pada malam kejadian.
Hasil penemuan tubuh kesemua mangsa mendapat tiada kesan luka pada mayat. Kini mereka sedang menunggu bedah siasat untuk menentukan sama ada kematian mereka ada kaitan dengan keracunan alkohol.
Situasi di luar kelab mada malam kejadian, Sabtu lalu. Foto : AFPSalah satu mayat mangsa dibawa masuk ke kenderaan forensik. Foto : NY TimesJiran-jiran di kawasan tersebut memerhatikan situasi di sekitar kelab terbabit pada hari Ahad.. Foto : NY Times
Memandangkan kesemua mangsa masih bersekolah, kematian 21 remaja ini dianggap Menteri Polis Afrika Selatan, Bheki Cele sebagai satu tragedi mengerikan. Turut memberikan kata-kata takziah ialah Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang kini berada di Jerman bagi menghadiri sidang kemuncak G7.
Beliau tampil menyuarakan kebimbangan terhadap peraturan keselamatan dan undang-undang yang tidak ketat di kelab terbabit. Lalu, agensi pelesenan minuman keras serantau di sana sedang mempertimbangkan pembatalan lesen kedai terbabit dan mengenakan pertuduhan jenayah terhadap pemiliknya kerana melanggar undang-undang.
Untuk pengetahuan korang, Afrika Selatan menetapkan undang-undang membenarkan minuman alkohol kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Ke mana sahaja kita pergi sekarang pasti isi bualannya berkisar tentang persiapan hari raya. Sama ada tentang bagaimana nak balik kampung, baju raya, kuih raya dan juga misi mengumpul duit raya!
Dan satu perkara yang sering dinantikan kita semua ialah iklan-iklan Hari Raya daripada pelbagai syarikat korporat dan juga badan kerajaan. Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya.
Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari TNB, DBKL, Astro Gempak dan Traveloka. Yang lain-lain juga tak kurang hebatnya. Jom sama-sama kita tonton iklan Raya di bawah!
MALAYSIA AIRLINES
DBKL
https://www.youtube.com/watch?v=vKy_Y7Hq1l8
TENAGA NASIONAL BERHAD
ASTRO GEMPAK
HOT TV
LAZADA MALAYSIA
SAMSUNG MALAYSIA
HABIB JEWELS
PRUDENTIAL BSN
SP SETIA
TRAVELOKA
WATSON MALAYSIA
YAKULT MALAYSIA
KFC MALAYSIA
TELEKUNG SITI KHADIJAH
TUNETALK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.