
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid baru-baru ini menyentuh hati para pengikut mereka apabila berkongsi momen persiapan menjelang keberangkatan mereka ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga serta rakan perniagaan.
Menerusi perkongsian video di media sosial milik Datin Seri Shahida, kelihatan suasana di pejabat D’Herbs menjadi lokasi berlangsungnya kursus umrah yang dihadiri oleh ahli keluarga, staf serta rakan niaga yang bakal turut serta dalam perjalanan istimewa tersebut.
Menurutnya, perjalanan ini bukan sahaja melibatkan ahli keluarga terdekat, malah turut disertai oleh kira-kira 60 orang kakitangan dan rakan perniagaan yang akan sama-sama menunaikan ibadah di Tanah Suci dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, suasana kursus tersebut terlihat cukup meriah dengan rata-rata peserta yang merupakan kali pertama bakal menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah dilihat begitu teruja serta bersemangat untuk menimba ilmu berkaitan ibadah umrah.
Pada masa yang sama, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa syukur dan keterujaan apabila impian untuk membawa ramai insan terdekat menunaikan umrah akhirnya bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
BACA: Aliff Syukri Imbau Kisah Jaja Di Kaki Lima, Titip Nasihat Buat Anak-Anak
“Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah permudahkan lah urusan kami semua untuk kami ke tanah suci. Genap sebulan lagi Mama, Papa kami sekeluarga dan 60 orang staff dan rakan niaga akan berangkat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Tambah beliau, persiapan awal seperti kursus umrah ini amat penting bagi memastikan setiap jemaah lebih bersedia dari segi ilmu, fizikal dan mental sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Sementara itu, rata-rata pengikut di media sosial turut membanjiri ruangan komen dengan doa agar segala urusan dipermudahkan serta perjalanan ibadah tersebut berjalan lancar tanpa sebarang halangan.
Sumber: Instagram Datin Seri Shahida Mohd Rashid
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












