Selebriti media sosial dan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, sekali lagi membuktikan pengaruh dan kekuatan jenamanya apabila berjaya mencatat satu lagi kejayaan luar biasa.
Menerusi sesi penstriman langsung di TikTok, beliau berjaya meraih jualan lebih RM1 juta dalam tempoh hanya 2 minit 32 saat, sekaligus mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi kategori Jualan Terpantas Menerusi TikTok Live di Malaysia.
Pencapaian tersebut menjadikan Aliff Syukri sebagai usahawan tempatan pertama yang memecahkan rekod jualan pantas di TikTok.
2 Minit 32 Saat Yang Mengubah Segalanya
Menerusi siaran langsung yang berlangsung di akaun TikTok @papalarisofficial pada malam Ahad lalu, Aliff melancarkan beg tangan denim edisi khas berharga RM79.90. Tidak sampai tiga minit selepas ikon ‘beg kuning’ dibuka, jualan terus mencanak naik — melepasi angka RM1 juta dengan pantas.
Ads
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dapat memecah rekod Malaysia untuk mencatat jualan terpantas di platform penstriman TikTok,” ujarnya penuh terharu.
Menurut Aliff, jumlah sebenar jualan yang direkodkan sepanjang siaran langsung tersebut mencecah lebih RM1.5 juta, membuktikan produk tempatan masih mendapat tempat dan kepercayaan dalam kalangan pembeli, terutama generasi muda.
Detik Emosi & Kemenangan
Dalam rakaman tersebut, Aliff tidak dapat menahan sebak dan dilihat mengalirkan air mata apabila diumumkan telah berjaya memecahkan rekod terdahulu yang sebelum ini dipegang oleh pempengaruh terkenal Khairul Aming, yang mencatat RM1 juta jualan dalam 3 minit 39 saat pada Februari 2024 melalui produk Dendeng Nyet Berapi.
Ads
Sorakan dan tepukan gemuruh daripada keluarga serta kakitangan yang berada di lokasi turut menambahkan suasana penuh emosi dan kebanggaan malam itu.
“Walaupun terpaksa lalui pelbagai cabaran, syukur masih ramai beri sokongan sehingga saya berjaya mencapai tahap ini,” katanya.
Inspirasi Untuk Remaja Era Digital
Kejayaan ini menjadi bukti nyata bahawa kuasa media sosial mampu mencipta peluang besar dalam dunia keusahawanan. Dengan strategi yang tepat, branding yang konsisten dan keyakinan terhadap produk sendiri, sesiapa pun mampu mencipta kejayaan termasuk anak muda yang baru mula bertapak.
Ads
Daripada hanya satu sesi TikTok Live, Aliff Syukri bukan sahaja mengumpul jutaan ringgit, tetapi juga membina sejarah baharu yang memberi inspirasi kepada ramai usahawan muda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir tiga telah berlalu sejak pemergian penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Sarah Binti Raissuddin pada awal pagi Isnin lepas akibat wabak COVID-19. Bagi para peminatnya di Malaysia, masing-masing masih merasai kehilangan tersebut dek kerana situasi menyedihkan yang menyelubungi pemergian Allahyarhamah.
Sarah meninggalkan seorang suami dan empat orang cahaya mata yang masih kecil selepas baru saja melahirkan bayi secara pra-matang yang diberikan nama Ayash Arfan. Kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan olehnya satu-persatu muncul apabila diceritakan semula oleh mereka yang pernah berhubung dengan Sarah; lalu membuatkan perpisahan ini lebih menyayat hati.
Segenap penggiat media di Malaysia tampil menceritakan mengenai pemergiaan Allahyarhamah. Siapa sangka, perkhabaran ini turut mendapat perhatian daripada penggiat media antarabangsa juga.
Beberapa portal media termasuklah BBC World, People dan USA Today melaporkan mengenainya sejak semalam sejurus selepas carian mengenainya di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram masih kekal menjadi topik paling diperbualkan hingga ke hari ini.
Menerusi muat naik di Twitter BBC World, warganet antarabangsa bertanyakan sama ada bayi tersebut selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan yang sihat. Sambil itu, ramai mendoakan kesejahteraan suaminya, Shuib dan anak-anak mereka.
Portal selebriti dan dunia hiburan popular, People pula menceritakan mengenai tragedi tersebut dan pemilihan nama Ayash Affan yang disukai oleh Sarah sendiri, Nama tersebut diambil daripada seorang pejuang Islam di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, USA Today turut melaporkan kisah ini menerusi artikel berjudul ‘Tears Running Down Her Cheeks’; Malaysian singer dies from COVID-19 days after giving birth (‘Air Mata Mengalir Pada Pipinya’; penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat COVID-19 beberapa hari selepas melahirkan anak).
Fans are mourning the death of popular Malaysian singer, Siti Sarah Raisuddin, who died days after giving birth. https://t.co/z7YNiyOByj
Menghargai sentimen yang dihulurkan oleh penggiat media antarabangsa itu, setiap muat naik artikel di akaun media sosial mereka dihujani dengan ucapan terima kasih oleh warganet Malaysia di atas kesudian memaparkan kisah Allahyarhamah Siti Sarah.
Penyanyi Rap, Loca B baru-baru ini mengumumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari industri seni tempatan dan ingin menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.
Hal itu dimaklumkan sendiri oleh Loca B melalui Instagram disertakan gambar persembahan terakhirnya sebagai nama pentas ‘Loca B’. Jelasnya lagi dirinya sudah tidak lagi berminat untuk menjadi penyanyi.
Kredit: Instagram @kuning.langsat
“Ini persembahan terakhir saya sebagai LOCA. Saya tidak berminat lagi untuk berada dalam industri hiburan Malaysia. Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri dan saya mahu fokus kepada anak-anak yang saya lahirkan ke bumi ini”
“Banyak penipuan, tikam belakang dan manipulasi yang tidak berbaloi”
Dalam pada itu, Isteri kepada penyanyi rap, Tuju bukan sahaja mahu menjadi seorang ibu yang baik malah mahu mengajar anak-anaknya tentang kehidupan termasuk ilmu agama. Menurutnya, dia sangat terkesan apabila melihat sikap manusia zaman sekarang yang suka berpura-pura dan menunggang agama.
Kredit: Instagram @kuning.langsat
“Saya nak ajar anak-anak perkara yang saya tak pelajari semasa kecil. Saya nak jadi contoh kepada anak saya tentang perhubungan yang sihat. Saya mahukan rumah tangga yang indah tanpa hasutan”
“Saya mahu anak-anak faham agama dan menjadi orang yang jujur (saya juga sedang belajar). Saya nak sesuatu yang mencabar otak, mewah dengan ilmu pengetahuan dan anak saya pulang ke rumah kepada saya”
Penyanyi itu juga berkata akan terus berkongsi karya muziknya di media sosial pada masa akan datang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas melancarkan single terbaru How You Like That kira-kira sebulan yang lalu, kumpulan Kpop kegilaan ramai, Blackpink telah pun mengumumkan pelancaran album terbarunya yang akan datang.
Hal ini diumumkan sendiri oleh YG Entertainment di akaun instagramnya dengan memuat naik poster dan juga tarikh album penuh mereka.
Album yang bertajuk “BLACKPINK THE ALBUM” itu dijadualkan berada di pasaran pada 2 Oktober 2020.
Menurut sumber daripada agensi mereka, tahun 2020 akan menjadi titik fokus kumpulan Blackpink untuk ke pasaran global dengan perancangan dan pelaksanaan yang lebih sistematik dan teliti.
Selepas 4 tahun, Blackpink bakal melancarkan album penuh dan sudah tentu berita ini adalah satu kegembiraan buat peminat mereka.
Malah, terdapat desas-desus Blackpink akan bergandingan bersama Selena Gomez dalam salah satu single terbaru mereka.
Wah, kalau khabar angin ini memang betul, confirm lagu tu jadi hit seluruh dunia.
Apa-apa pun kita tunggu single yang seterusnya dilancarkan. Khabarnya pada Ogos ini.
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.