Pemenang Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini nampaknya sudah tidak merahsiakan lagi hubungannya bersama seorang wanita yang bernama Sara Jasmine. Baru-baru ini, Alif telah memuat naik video ucapan hari lahir buat Sara di laman instagramnya.
Remaja menghubungi sendiri personaliti lelaki ini untuk bertanyakan status sebenar hubungannya bersama wanita yang juga dikenali sebagai @signorinasara.
“Sebenarnya Alif baru sahaja mengenali Sara pada bulan Mac lalu melalui Instagram. Alif suka melihat dia ketika membuat live di IG kerana Sara banyak memberi inspirasi dan nasihat kepada followersnya. Alif juga lihat Sara ni seorang yang bijak dan setiap jawapan yang diberikan memang lain daripada yang lain. Tak kurang juga, dia seorang yang lucu,” jawab Alif.
Ads
Namun begitu, perkenalan mereka hanyalah sekadar saling mengikuti di laman Instagram dan tidak pernah langsung berkomunikasi. Menurut Alif, dia hanya mula bersembang dengan Sara pada 16 Jun 2020.
“Ada cerita yang berlaku disebalik perkenalan kami. Semasa mengemaskini friendlist di IG, Alif ter’unfollow’ Sara. Jadi tidak sedap hati, takut dia salah sangka, Alif pun DM dia dan meminta maaf serta menjelaskan bahawa dia tidak sengaja ter’unfollow’ Sara di Instagram. Dari situlah kami mula bersembang dan pada 27 Ogos 2020, barulah kami bersetuju untuk berjumpa,” jelasnya lagi.
Menjangkau usia yang sudah memasuki 26 tahun, Alif Muhaimin kini sudah bersedia untuk memikirkan masa hadapannya. Dia tidak lagi ingin ‘main-main’ dan mula serius memikirkan tentang hubungannya bersama insan tersayang. Tambahan lagi, kedua-duanya juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.
“Apa yang Alif harapkan sekarang adalah doa daripada semua orang. Doakan agar segala urusan kami dipermudahkan. Sara banyak memberikan Alif nasihat serta dia sentiasa mengingatkan Alif untuk jangan tinggal solat dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika sebelum ini Alif tidak pernah serius menjalinkan hubungan dengan wanita, kini rasanya sudah tiba masa untuk Alif betul-betul merancang untuk ke peringkat seterusnya,” tambahnya.
Alif & Sara
Personaliti yang turut membintangi drama 70 episod Angkara Cinta ini dijadualkan tamat penggambaran pada 14 Disember dan akan meneruskan penggambaran bersama produksi A.Aida untuk drama yang seterusnya pada 18 Disember.
“Alhamdulillah, selepas Angkara Cinta, Alif akan membintangi sebuah lagi drama terbitan A.Aida Production. Selain itu juga, bagi tahun 2021 nanti, Alif bercadang untuk menggembangkan lagi bisnes kek batik dan insyaAllah akan berkolaborasi bersama founder produk yang lain untuk meluaskan lagi pasaran kek batik ini. Doakan alif,” jelasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita pemergian aktor berbakat Asyraf Sinclair akibat serangan jantung pada usia 40 tahun hari ini cukup mengejutkan. Diberitakan arwah meninggal pada jam 4.51 pagi di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta.
Dalam pada itu, ramai rakan artis turut terkejut dan mengucapkan salam takziah di atas pemergian Ashraf yang agak mengejutkan. Mula mencipta nama dalam industri selepas menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997, Ashraf yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut terus mencipta nama sementelah jodohnya bersama Bunga Cinta Lestari yang juga penyanyi popular Indonesia.
Remaja sempat menemuramah Wan Shahlim Wan Abdul Wahab, 43 yang juga rakan seperjuangan Ashraf kerana mereka bersama-sama menyertai Pertandingan Hero Remaja tahun yang sama.
Namun rezeki menyebelahi Wan Shahlim apabila terpilih sebagai juara pertandingan dan terkini beliau meneruskan bakat dalam bidang pengiklanan tv komersial selain berada di belakang tabir untuk production.
Menurut Shahlim, berita pemergian arwah Ashraf sangat mengejutkan. Malah dia mendapat berita tersebut selepas dimaklumkan oleh isterinya.
“Memang tak sangka dan ia berita yang sangat menyedihkan. Ikutkan selepas pertandingan berakhir, beberapa kali juga kami bertemu ketika kerja-kerja modeling dan selepas itu banyak bawa haluan masing-masing. Ketika itu arwah belajar di UiTM Perlis sementara saya pula di UiTM Melaka dan tukar ke Shah Alam. Kalau jumpa pun masa tengah shoting. Mungkin masa tu nama masing-masing baru nak dikenali. Tapi arwah memang baik orangnya dan suka tersenyum.
“Tapi saya agak rapat dengan adiknya, Adam kerana kami bekerja di production yang sama. Ada beberapa job dibuat dan saya mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarganya di atas pemergian tidak terjangka ini,”kata Shahlim yang banyak terlibat dalam iklan tv komersial dan production.
Al-Fatihah (dengan bacaan untuk arwah Ashraf). Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun kita masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun Pencarian Hero Remaja 2021 tetap diteruskan dan bakal menemui penonton tidak lama lagi di kaca televisyen.
Rasanya semua tahu bahawa pertandingan Hero Remaja ini sudah pun bermula sejak tahun 90-an lagi dan melahirkan banyak bintang-bintang besar dalam industri Malaysia. Antara nama besar yang lahir dari Hero Remaja ialah seperti Azhar Sulaiman , Badrul Muhayat, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli , Fizo Omar, Fatah Amin dan ramai lagi la.
Untuk info semua, sesi ujibakat Hero Remaja 2021 sedang hangat berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan SOP yang ketat dan ditetapkan oleh KKM. Ujibakat ini akan berlangsung hari ini Sabtu 10 April 2021 dan juga Ahad 11 April 2021.
Menampilkan pelakon hebat, Que Haidar sebagai salah seorang juri di casting Hero Remaja hari pertama ini, adakah beliau akan mencari seorang pelakon?
Untuk info semua, ada beberapa stage yang perlu peserta lalui untuk menjadi finalis Hero Remaja ini.
So kalau korang yang berminat untuk sertai pasti kan orang buar research sikit okay. Ingat senang-senang ke nak jadi Hero Remaja ni…hehe