
Hidayah Allah itu ada di mana-mana!
Baru-baru ini, PU Azman penceramah bebas dan pelakon, berkongsi di Instagramnya sebentar tadi, dia telah memuat naik satu video seorang pemuda mengikutnya melafazkan kalimah syahadah untuk bergelar seorang Muslim.
Segala puji bagi Allah.
.
Cik Man kenal dia di instagram. Asalnya Johor Bharu. Kami beberapa kali plan nak jumpa tapi kekangan musim Corona dan kerja masing-masing.
.
Jadi gunalah teknologi yang ada. Dan sampai setakat ni, memang cik man sentiasa follow up dia. Dia pun memang ada ke masjid.
.
Semog Allah tetapkan iman kita semua. Mohon doa juga dari netizen untuk kebaikan kita bersama.
Dalam video tersebut, PU Azman menzahirkan rasa syukur kerana seorang lagi insan bergelar saudara baru apabila hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam.
Rata-rata warganet juga memuji tindakan PU Azman dan bersyukur dengan pertambahan saudara baru dalam Islam.

Lihat, inilah indahnya Islam. Hanya mereka yang menerima hidayahnya saja akan tahu betapa indahnya agama ini. Bertambah seorang lagi umat Islam. Moga pemuda ini terus istiqomah dan menjadi muslim yang berjaya didunia dan akhirat.
Sumber : Instagram PU Azman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
1 Syawal Jatuh Hari Jumaat? Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka ‘Raya Mengejut’ Bakal Berulang

Adakah ‘Raya mengejut’ bakal berlaku lagi pada tahun ini?
ARTIKEL BERKAITAN: Media Sosial ‘Kalut’ Dengan Persediaan Aidilfitri Sehari Awal- REMAJA
Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil susulan kenyataan yang keluar daripada Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE). Umum wakilnya, ia menjangkakan hari terakhir Ramadan berkemungkinan jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.

Menurut portal Gulf News pula, beberapa negara di benua Asia dan negara-negara serantaunya termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar sekalipun menggunakan teleskop khas.
Jelas portal tersebut lagi, beberapa negara Islam lain bagaimanapun berkemungkinan akan menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut (Khamis).

“Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya (lalu) menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.”
Hmm…buat sahajalah persiapan awal kan. Tidaklah ‘kalut’ nanti.
Yang penting bagi kita yang berada di Malaysia, sama-samalah kita menantikan pengisytiharan tarikh 1 Syawal oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu. Selagi tiada pengumuman rasmi, jangan percayakan sumber lain ya.
BACA LAGI : Kenapa Singapura Terkecuali Hari Raya Isnin? Mufti & Menteri Agama 5 Negara Jelaskan
Sumber: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Wabak Pandemik Paling Dahsyat Dalam Sejarah Dunia, Beri Kesan Pada Populasi Manusia

Tatkala dunia dilanda wabak pandemic COVID-19 pada akhir tahun lepas, ia mengingatkan kita kembali kepada virus-virus bahaya yang pernah dialami dalam sejarah dunia.
Bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan manusia, impaknya juga mempengaruhi sistem ekonomi dunia, sekali gus memberi tekanan pada kehidupan seharian.
Menurut Astro Awani, pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
Berikut merupakan antara pandemik yang pernah menyerang populasi dunia dalam skala besar:
1. Black Death

Wabak ini dipercayai bermula sekitar tahun 1346-1353 dan dikatakan meragut jumlah paling ketara daripada populasi dunia ketika itu, iaitu sekitar 200 juta mangsa.
Mangsa korban wabak ini meliputi lebih separuh daripada jumlah populasi warga Eropah. Ia berpunca daripada sejenis bakteria yang dikenali sebagai ‘Yersinia Pestis’, disebarkan oleh kutu. Pesakit akan menunjukkan gejala-gejala seperti tempelan hitam yang tumbuh pada kulit dan kemudiannya bernanah sehingga mengeluarkan darah.
2. Cacar air (small pox)

Dikatakan bermula sejak zaman Empayar Mesir dan menyerang sekitar 56 juta populasi dunia. Merujuk kefahaman daripada info kesihatan, virus cacar air yang dikenali sebagai virus Varicella ini menjangkiti melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
Mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh. Ia boleh merebak dengan menyentuh atau bernafas masuk partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh.
Walau bagaimanpun, dengan adanya teknologi perubatan moden, penyakit ini mampu dicegah dengan vaksin.
3. Spanish flu

Wabak ini dikatakan merebak pada tahun 1918 dan dianggar mengorbankan nyawa melebihi 40 juta mangsa. Walaupun dinamakan Spanish Flu, tetapi wabak ini bukan berasal dari Sepanyol. Sebaliknya, ketika kemunculan wabak ini, undang-undang penapisan akhbar Sepanyol tidak ketat, lalu penyebaran maklumat terlalu bebas. Disebabkan itu, penyakit ini disalah anggap berpunca dari negara tersebut.
4. Wabak Justinian

Jumlah kematian akibat wabak yang telah menyerang pusat pentadbiran Empayar Byzantine ini masih menjadi pendebatan. Walau bagaimanapun, ramai mempercayai bahawa ia berpunca daripada kehadiran tikus dalam kapal yang datang dari Mesir ke sebuah pekan Pelabuhan bernama Pelusium.
Oleh kerana ia berlaku sekitar 541 tahun masihi (AD), banyak perkara yang tidak diketahui tentang wabak ini.
Menurut sejarah, Maharaja Justinian juga turut dijangkiti wabak itu dan berjaya sembuh. Namun, empayarnya jatuh dan lumpuh ketika wabak itu merebak.
5. AIDS

Virus ini akan menyerang badan seseorang dan menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS dan kesannya memusnahkan sistem ketahanan badan. Menurut portal UNAIDS, sejak kes pertama direkodkan 35 tahun terdapat 78 juta mangsa dijangkiti HIV dan 35 juta daripadanya meninggal dunia.
Fakta sejarah pula mengatakan virus ini wujud sehingga sekarang berpunca daripada monyet di Afrika. Walau bagaimanapun, vaksin untuk menghapuskan virus berjangkit ini masih belum ditemui.
6. COVID-19

Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin
Namun kini, nampaknya virus ini sudah menemui vaksin yang dikatakan boleh mencegah daripada jangkitan wabak COVID-19.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bartholomew Marius Pasang Impian Mahu Bantu Ibu Bina Rumah, Pertahan Emas Untuk Sabah Di Para SUKMA 2024

Baru-baru ini, atlet Sabah Bartholomew Marius berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 memasang impian untuk membantu ibunya membina semula rumah warisan yang ditinggalkan bapa di negeri kelahirannya itu.
Beliau berkata, mimpinya itu bakal terlaksana sekiranya menerima insentif daripada kerajaan negeri Bumi di Bawah Bayu itu bersempena kejayaannya meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F33 (kecacatan fizikal) selepas meraih emas pada acara sama pada edisi 2022 lalu.
“Ayah sudah tiada, tapi tinggalkan rumah warisan untuk keluarga, rumah lama, jadi saya mahu tolong mak buat semula rumah itu, saya anak sulung daripada tiga orang adik beradik, jadi mesti saya mahu beri kesenangan kepada mak dan adik-adik”
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sarawak menyaksikan Bartholomew meraih pingat emas selepas melakukan lontaran sejauh 5.94m di hadapan pencabar dari Sarawak Marshall Lu Canner dengan catatan 5.25m dan pingat gangsa menjadi milik Hilman Zafri Zulkifli dari Selangor (5.08m).
Sementara itu, acara lompat jauh T11 (kecacatan fizikal) menyaksikan atlet Pulau Pinang Sulaiman Nor Azizan meraih pingat emas dengan lompatan sejauh 4.13m mengatasi atlet Kedah Mohd Fitry Abd Ghani dengan lompatan 4.05m, manakala pingat gangsa menjadi milik Jeffery Ajang dari Sarawak (3.26m).
Sulaiman menyifatkan kejayaannya hari ini merupakan tuah buatnya kerana beliau tidak sempat melakukan persiapan rapi dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum temasya berlangsung kerana kesibukannya bekerja sebagai tukang urut di Selangor.
Sumber artikel dan foto: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

