Syukur Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai yang tidak lekang membantu, dana Adik Naail dah cukup!
Tidak terlepas juga, usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad merupakan individu terakhir sebagai penyumbang bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail atau Naail.
Menerusi perkongsian di Instagram milik ibu bayi itu sendiri, Raihan Aminz, dana sebanyak RM9 juta itu sudah pun mencukupi bagi cahaya matanya itu untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.
Ads
Menerusi perkongsian itu juga, tertera nama bapa kepada dua cahaya mata itu serta seorang individu yang juga usahawan terkenal, Ayuni yang menjadi dua penderma terakhir bagi mencukupkan kutipan dana yang telah digerakkan oleh badan amal Misi Rakyat.
Terdahulu, usahawan dan pelakon terkenal, Fattah Amin telah berkongsi mengenai masalah kesihatan anak saudaranya, Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.
Ads
Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.
Ads
Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot adik Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang cukup terharu dengan pengorbanan arwah Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga yang hampir mati lemas dalam kejadian pacuan empat roda terjatuh ke dalam Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan dua hari lalu.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli menyifatkan tindakan arwah amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam. Jenazah pemuda mulia ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah di sini semalam selepas ditemukan pada jam 7.24 pagi dalam keadaan terapung kira-kira 2.5 kilometer daripada tempat dia dilaporkan lemas.
Arwah Bari sudah selamat dikebumikan semalam selepas mati syahid menolong lima sekeluarga mati lemas
Di sebalik kisah meruntun hati rakyat Malaysia ini, tentu ramai yang tertanya-tanya apa di sebalik kisah yang berlaku pada malam kejadian.
Seorang saksi yang turut terjun ke dalam sungai, Saiful Anuar bin Mohd, 36 tahun berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk berniaga.
Saiful Anuar berkata dia sempat memaut tangan kanak-kanak kecil sebelum lihat satu tangan tenggelam. Namun ketika itu dia tidak tahu tangan itu milik siapa kerana kegelapan malam
“Ketika itu ada orang menjerit meminta tolong sesiapa yang pandai berenang untuk terjun selamatkan mangsa hampir lemas.
“Saya pergi ke tebing dan berenang sebelum sempat mencapai seorang kanak-kanak, Iman Nur Hana Luthia Mohd Amiruddin, 3 tahun. Kemudian saya nampak tangan itu mulai tenggelam.
“Siapa yang beri ketika itu tidak pasti kerana cuaca gelap cuma saya nampak tangannya terus tenggelam selepas serahkan kanak-kanak itu,” kata Saiful ketika dihubungi REMAJA.
Mengakui kakinya sendiri hampir kejang ketika membantu itu, jelas Saiful, suasana agak cemas kerana kebanyakan mangsa sudah mulai tertelan air sungai malah arusnya juga sudah membawa mangsa ke tengah yang mana kedalaman sungai itu dianggarkan sedalam 7 meter.
Menyifatkan tindakan spontannya itu kerana Lillahitaala, Saiful berkata, ia satu pengalaman sukar dilupakan.
Nurdiana sempat meminta maaf dan memeluk ibu arwah Bari selepas pemuda itu lemas dalam tragedi menyelamatkan dirinya sekeluarga. Gambar Utusan
Dalam satu laporan sebelum ini, wanita yang keretanya mengundur selepas tersalah menekan gear undur itu, Nordiana Alwani, allahyarham Abdul Bari Asyraf merupakan orang pertama terjun untuk menyelamatkan mereka berlima yang terperangkap dalam kenderaan akibat terjunam.
Katanya, Abdul Bari Asyraf membawanya dan anak Iman Nur Hana Luthfia Mohd. Amiruddin, 3, ke tebing selepas mereka berjaya keluar dari kereta sebelum terjun semula bagi menyelamatkan yang lain.
Asadullah berkata, arus sungai yang kuat membuatkan mangsa tertolak ke tengah sungai. Malah ketika dia menyelamatkan dua darinya pun mangsa sudah banyak tertelan air sungai
Bagi Asadullah yang juga turut sama terjun ke dalam Sungai Terengganu menjelaskan selain arwah Bari, dirinya antara orang ramai yang berada awal di lokasi kejadian.
Menurut Asadullah, ketika kejadian dia sedang membawa anak kecilnya meronda di sekitar kawasan tersebut. Ketika itu suasana di situ agak kecoh dan semasa saya terjun ke dalam sungai, kereta sudah dibawa arus dan mulai tenggelam.
“Ketika saya ke tebing, saya nampak keseluruhan bumbung kereta sudah tenggelam. Saya dapat nampak dua dari mangsa terkapai-kapai di tengah sungai. Mereka sudah banyak terminum air sungai dan pernafasan juga mulai cungap-cungap. Dalam pekat malam, ada orang campakkan tong air. Saya berenang sebelum beri kepada mereka untuk berpaut. Masa yang sama katanya, mangsa sudah mulai muntah-muntah air.
Kereta pacuan empat roda ini terjatuh ke dalam sungai selepas pemiliknya tertekan gear mengundur
Selamatkan anak sendiri minggu sebelumnya
Jelas Asadullah lagi, seminggu sebelum tragedi, dia sendiri sempat menyelamatkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun dari mati lemas.
“Ketika itu saya menyelam di air terjun Lata Payung dan tidak sedar anak masuk ke dalam air. Sedar-sedar semasa naik ke udara, anak sudah tenggelam timbul dan saya pantas menariknya,” katanya yang membantu keluarga mengusahakan Laksa Muslim di Kuala Terengganu.
Bagi Asadullah, bukan saja anaknya dan lima sekeluarga itu tetapi kejadian menyelamatkan mangsa hampir lemas ini sudah beberapa kali dilakukannya dan kebanyakannya melibatkan ahli keluarganya sendiri.
Menyifatkan ia satu pengalaman sukar dilupakan, bagi Asadullah, pengalaman ini sukar dilupakan seumur hidupnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dakwah terkenal Gus Azmi atau nama sebenarnya Muhammad Ulul Azmi Askandar al-Abshor adalah antara penyanyi muda yang semakin menempah nama di industri muzik nasyid di negara jiran kita Indonesia.
Biarpun baru berumur 19, dia mampu menarik ramai anak muda untuk hadir ke majlis selawat dan acara agama.
Baru-baru ini, tular satu video berkaitan penyanyi remaja ini. Satu klip video tular apabila berlaku suasana riuh di sebuah majlis ilmu di negara jiran, dalam video tersebut suasana riuh terjadi apabila kelihatan seorang penyanyi islamik lelaki dikatakan sedang membaca selawat. Tapi dalam majlis ilmu, kenapa pula macam vibes konsert kpop?
Gus Azmi, penyanyi Islamik kacak
Dalam satu video TikTok berdurasi 41 saat yang kini tengah tular di Twitter ini, ada seorang ‘vokalis’ dikatakan sedang membaca selawat, bagaimanapun dilihat pembaca selawat itu ada tersenyum sedikit.
Dengan sekelip mata, ramai penonton bersorak terutamanya penonton dalam kalangan wanita. Video tersebut telah meraih lebih daripada 950 jumlah retweets dalam masa 2 jam ia dimuat naik.
Kejadian di Negara Konoha, penonton saling menjerit fangirling hilang kawalan melihat pendakwah tersenyum tipis sewaktu berselawat dalam satu majlis ilmu. pic.twitter.com/i1WlCLAu8G
— Seputeh Qaseh RamlahRam (@IniAlalalannn) March 27, 2023
Akibat reaksi para penononton wanita itu, netizen meluah rasa keliru mereka tentang tujuan sebenar para wanita yang hadir pada majlis itu. Bagi netizen, reaksi itu agak keterlaluan dan tidak sopan.
Untuk info, nama Gus Azmi mula terkenal selepas dia menyertai kumpulan doa Syubbanul Muslimin, dan dia sebagai vokalis. Beberapa buah lagu telah berjaya dipersembahkan untuk mendapat perhatian khalayak ramai. Azmi juga pernah menjadi pelakon dalam sebuah filem pada 2019.
Gus Azmi dilahirkan pada 23 April 2004 menjadi pujaan terutama golongan remaja kerana suaranya yang merdu dan wajahnya yang kacak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah MeleTOP Era atau AME kembali lagi untuk edisi ketujuh tahun ini dengan tema ‘Yang Epik, Yang Legend’.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, AME 2020 meraikan karya dan personaliti paling lit serta legit merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang tahun 2019.
Menariknya, tiga kategori baru diperkenalkan pada edisi kali ini iaitu Artis Versatil MeleTOP, Influencer MeleTOP dan Top Top MeleTOP untuk kumpulan/duo.
Namun, pencalonan pada kali ini menjadi bualan netizen apabila mereka tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Amalina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dalam salah satu kategori baharu ini iaitu Influencer Paling MeleTOP.
Mereka berpendapat kedua-dua personaliti ini selayaknya diberikan anugerah atas pencapaian dan sumbangan mereka; dan bukannya untuk dicalonkan.
Rata-rata memberikan pendapat yang sama dan menyelar.
*
‘They’re more than that, kot’
‘Membanggakan nama negara’
‘My Idola’
‘They are educated’
’10 juta kali ganda bezanya dengan yang lain’
Apapun mungkin pihak Anugerah MeleTOP Era mempunyai sebab mengapa mereka mencalonkan 2 nama besar itu dalam kategori baru ini.
Untuk info, AME2020 bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 12 April 2020, jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!