Alert! Keputusan SPM 2020 Bakal Diumumkan Pada Khamis Depan, Ini Cara Untuk Semak..

Share

Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan yang keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh disemak pada 10 Jun 2021, iaitu Khamis hadapan.

Beliau membuat pengumuman tersebut melalui satu perkongsian video pendek di laman Facebook miliknya pada hari ini..

Sumber: News Straits Times

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang calon sekolah dan calon persendirian boleh menyemak keputusan mereka bermula jam 10 pagi melalui dua kaedah.

  1. Kaedah dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan
    untuk mendapatkan keputusan penuh.
  2. Menerusi perkhidmatan SMS dengan untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan hanya menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Kesemua perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021.

Walaupun begitu, buat calon yang tidak mempunyai akses kepada Internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai kepada mereka untuk mendapatkan keputusan.

IKLAN