Alert! Fasa Kedua Vaksin AstraZeneca Terima Dos Suntikan Bermula Pada 7 Jun Sehingga 27 Julai 2021

Share

Semalam lebih daripada 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat oleh rakyat Malaysia.

Hari ini, pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 Kebangsaan telah mengesahkan bahawa pemberian dos pertama vaksin AstraZeneca pusingan kedua akan bermula pada 7 Jun 2021 sehingga 27 Julai 2021 kelak di lokasi-lokasi di negeri-negeri yang dinyatakan sebelum ini.

 

Lokasi-lokasi vaksinasi AstraZeneca adalah seperti yang berikut:

 

  • Lembah Klang

    Universiti Malaya
    World Trade Centre Kuala Lumpur
    Ideal Convention Centre, Shah Alam,
    Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Johor
    Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
  • Pulau Pinang
    Setia Spice Convention Centre
  • Sarawak
    Borneo Convention Centre, Kuching
    Institut Kemahiran Belia Negara, Miri

Ingat jangan tak datang pula pada tarikh temujanji nanti, so korang dah boleh dah lock date dan set date dalam reminder masing-masing.

IKLAN