
Lagu ‘Aku Tanpa CintaMu’ antara salah satu lagu nasyid favourite penulis ketika belajar dulu okay!
Lagu ini juga yang membawa tuah kepada kumpulan nasyid Mirwana dan Jay Jay apabila diangkat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2005. Alunan iramanya yang merdu, di samping bait-bait liriknya yang menangkap jiwa berjaya meletakkan Mirwana sebagai antara kumpulan nasyid paling popular ketika itu.

Mirwana merupakan kumpulan nasyid legend tanah air yang banyak menghasilkan lagu-lagu cinta terhadap Yang Maha Esa. Untuk korang yang tak tahu, Faizal Tahir merupakan salah seorang anggota asal Mirwana dan keluar dari kumpulan itu pada tahun 2005.
Mungkin untuk mengubat rindu peminat, Faizal Tahir dan enam lagi anggota Nirwana termasuk tiga ahli baharu memberi bayangan seolah-olah akan mengeluarkan lagu Aku Tanpa CintaMu versi tahun 2021.
Menerusi kemaskini di Facebook Mirwana, mereka memuatnaik satu gambar yang memperlihatkan Faizal Tahir, Along, Akmal, Hafiz, Ikram, Naim dan Faiz dengan tajuk lagu tersebut.
Tanpa sebarang caption, tidak dapat dipastikan bila lagu tersebut akan diperdengarkan kepada umum dan maklumat lebih lanjut mengenai kolaborasi itu tidak didedahkan.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di posting ini meluahkan rasa teruja dengan ‘reunion’ tersebut dan tidak sabar untuk mendengar lagu Aku Tanpa CintaMu versi 2021.

Ulang-ulang dengar lagu ni pun tak bosan. Semoga lagu Aku Tanpa Cintamu 2021 ini mengubat kerinduan para peminat kumpulan Mirwana dan semoga Ramadan ini memberi makna terhadap seluruh umat Islam. Aminn.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Tegur Untuk Jaga Imej Muslimah, Masya Masyitah Tampil Balas Ringkas

Terbaharu, penyanyi lagu popular Hapus itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengenakan fesyen yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram, Masya tampil memuat naik beberapa keping foto yang mengenakan skirt pendek dengan legging putih ketika bercuti di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Orang Yang Mengapi-Apikan, Berhentilah…” Neelofa Mohon Henti Keruhkan Lagi Kenyataannya

Penampilannya sedemikian secara tidak langsung telah ‘memancing’ pengguna platform berkenaan untuk meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Tidak seperti kebiasaannya penyanyi itu hanya mendiamkan diri, namun kali ini menerusi hantarannya tersebur, dia dilihat membalas satu komen seorang warganet.
Pengguna tersebut menegur supaya penyanyi lagu Halimunan itu menjaga imej Muslimah yang dibawa dari terpesong jauh serta meminta penyanyi itu tidak lagi bertenang seperti yang ditulis dalam kapsyennya.

“Adik, tidak perlu nak calm (tenang) sangat. Tahu dalam hati itu Allah sudah jentik. Asyik tular sana sini fasal pemakaian awak tidak sudah-sudah.
“Ada sesuatu Allah nak beritahu awak gadis Muslimah, Jagalah imej Muslimah yang sebenarnya. Jangan jadi bahan fitnah, jangan mengundang fitnah,” komen pengguna itu.

Susulan itu, Masya tampil membalas komen individu itu dengan tenang dan ringkas.
“Thank you sisturr (sister),” balasnya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Masya Masyitah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tidur Beratapkan Langit & Tak Mandi 2 Hari” – Pengalaman Berharga Alif Satar Ketika Menunaikan Ibadah Haji

Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Begitulah bait-bait lirik lagu Panggilan Haji nyanyian kumpulan Raihan yang sentiasa bergema di stesen radio, terutama ketika musim haji sedang berlangsung.
ARTIKEL BERKAITAN: “Setelah Hampir 15 Tahun…” -Selamat Berangkat Ke Tanah Suci, Aliff Syukri Tunai Haji
Tahun ini, kota suci Mekah sekali lagi menyaksikan sendiri lambakan jemaah haji dari segenap pelosok negara hadir untuk menunaikan rukan Islam yang kelima itu. Antaranya ialah pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar.
Alif hadir bersama isterinya di sisi.
Beliau sering dilihat berkongsi pengalaman pahit manisnya menunaikan ibadah tersebut bersama peminatnya di media sosial.
Bahkan bekas pengacara Big Stage ini turut mengakui bahawa pengalaman hajinya baru-baru ini, di mana dia bermalam di Mina telah membuka matanya untuk melihat bahawa setiap insan adalah sama, tanpa mengira kedudukan atau pendidikan.
Alif turut mengakui bahawa pengalaman dilayan bak gelandangan di sana telah menghadirkan rasa rendah diri kepada semua jemaah haji.

Selain itu, ayah kepada tiga orang cahaya mata itu sempat berkongsi gambar dirinya yang sedang tidur di kawasan lapang bersama jemaah haji lain.
Turut terselit di perkongsian tersebut ialah gambaran pengalaman pahit getirnya di mana hampir dua malam penyanyi tersebut tidak berkesempatan untuk pergi ke tandas untuk mandi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Alif Satar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali 4 Penyanyi Hebat Yang Berjaya Cipta Nama Daripada BIG STAGE, Inspirasi Kepada ‘Alphas’ Tahun Ini

Jika anda suka menonton program realiti nyanyian Big Stage, tentu anda sudah biasa dengan bakat-bakat muda tanah air yang mencipta fenomena.
Big Stage bukan sekadar pentas untuk menaikkan imej dan populariti penyanyi muda sedia ada. Malah, ia juga merupakan platform untuk mereka yang berani mengejar impian dan menunjukkan bakat masing-masing.
Bukan itu sahaja, Big Stage turut menyaksikan beberapa bekas pesertanya berjaya menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Daripada kurang dikenali menjadi bualan peminat masa kini. Daripada sekadar memiliki 1-2 trek lagu, ada juga alumni Big Stage yang telah bergelar juara pertandingan lagu berprestij di Malaysia! Sekaligus, masing-maisng berjaya mencipta kejayaan luar biasa untuk karier muzik mereka.
Jom kenali empat penyanyi yang merupakan bekas peserta Big Stage musim terdahulu yang menjadi sumber inspirasi kepada para peserta Big Stage Alpha 2025!
Nadeera Zaini – Juara Big Stage Musim 5

Sayang! Eh, sayang siapa? Sayang Nadeera lah!
Siapa tak kenal dengan Nadeera Zaini, penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim kelima?
Nadeera terus memikat hati peminat dengan suara dan vokalnya yang unik. Lagu Bukan Lagi Kita yang dicipta oleh Hael Husaini menjadi salah satu lagu hit paling berjaya pada tahun lepas selepas ia menjadi runut bunyi drama Curang Tanpa Niat dan turut dianugerahkan sebagai lagu kedua terbaik di sebuah pertandingan berprestij, baru-baru ini.
Nadeera terus meletakkan namanya selaku salah seorang bintang baharu dalam industri muzik menerusi lagu-lagu popular termasuk dua lagu raya yang amat disukai ramai berjudul Meriah Lain Macam dan Dam Dim Dum Raya.
Aisha Retno – Pemenang Tempat Ketiga Big Stage Musim 4

Penyanyi dan komposer muda berbakat, Aisha Retno merupakan contoh terbaik bagaimana darah seni yang mengalir dalam sebuah institusi kekeluargaan mampu dibawa ke hadapan oleh seorang penerus legasi.
Aisha yang merupakan anak kepada penyanyi Indonesia, Jean Retno Aryani mula menunjukkan minat dan bakat dalam bidang muzik sejak kecil lagi. Terpilih sebagai peserta Big Stage musim keempat, Aisha berjaya menempatkan dirinya di kedudukan ketiga di belakang juara, Elica Paujin dan naib juara ketika itu, Daniel Chuer.
Pelantun lagu Sutera ini meluaskan lagi repertoire dalam bidang muzik menerusi penciptaan lagu. Baru-baru ini, Aisha telahpun menghadiahkan sebuah nukilan lagu raya untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Raya Nak Ke Mana?
Aisha bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi tetapi juga meniti nama menjadi komposer terkenal pada masa hadapan.
Andi Bernadee – Finalis Big Stage Musim 1

Andi Bernadee membuktikan bagaimana teknologi zaman sekarang boleh membantu seorang anak muda mengejar impian.
Bermula dengan memuat naik video nyanyian di aplikasi Smule, percubaan Andi dalam musim sulung Big Stage membuahkan hasil apabila dia mula dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh.
Walaupun tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 pada waktu itu, anak kelahiran Kota Kinabalu ini tidak menoleh ke belakang dan berjaya mencuri hati peminat menerusi lagu-lagu hit seperti Satu Peluang, Donde, Hello, Shimmy dan Penat.
Andi juga berjaya mencipta nama dalam dunia pengacaraan dan lakonan; siapa sangka si kacak ini mempunyai sisi comedic timing yang cukup bernas!
Dengan bakat yang ada, Andi terus memberi inspirasi kepada golongan remaja untuk terus berusaha, mencuba dan tidak sesekali berputus asa. Kejayaan pasti akan menyusul!
BACA: Aktif Berstail! 19 Hero Remaja & Dewi Remaja ‘Battle’ Acara Pickleball Bersama Larrie, Memang Havoc
Sarah Suhairi – Juara Big Stage Musim 1

Sarah Suhairi merupakan antara nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik Malaysia.
Biarpun kecil fizikalnya tetapi aura serta kebolehan Sarah untuk beraksi di pentas berskala besar memang tidak boleh disangkal. Sebagai juara Big Stage musim pertama, Sarah telah menempa nama di hati peminat muzik tanah air menerusi lagu-lagu seperti Pedih, Nyawa & Raga dan Rise & Fall yang menonjolkan bakat vokalnya yang luar biasa.
Selain nyanyian, Sarah juga aktif menghasilkan lagu-lagu yang memikat hati pendengar. Sarah menunjukkan bahawa dengan semangat dan kesungguhan, sesiapa saja boleh mencapai impian.
Big Stage Alpha 2025 – Boy Group Pertama Astro Bakal Cetus Fenomena!

Kini, Big Stage muncul semula dengan konsep yang lebih dinamik dan segar.
Big Stage Alpha 2025 mengkhususkan sepenuhnya kepada peserta-peserta lelaki dengan matlamat membentuk sebuah boy group pertama di bawah naungan Astro.
Big Stage Alpha 2025 mempersembahkan 18 peserta lelaki dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia yang akan bersaing selama 8 minggu untuk menjadi bintang baru.
Musim kali ini ini bukan sahaja memfokuskan pada nyanyian tetapi juga memberi peluang kepada para peserta menunjukkan potensi sebagai the next big thing menerusi interaksi dengan peminat, mencipta naratif emosi yang menarik dan membentuk kelompok pengikut setia.

Kenapa Anda Perlu Tonton Big Stage Alpha 2025?
Big Stage Alpha 2025 adalah peluang terbaik untuk anda menyaksikan bakat-bakat muda dari negara-negara Asia Tenggara disatukan dalam sebuah boy group seperti yang pernah dilakukan di negara powerhouse muzik pop seperti Korea Selatan.
Dengan memetik inspirasi daripada kejayaan bekas-bekas peserta Big Stage yang telah berjaya seperti Nadeera, Aisha, Andi dan Sarah; Big Stage Alpha 2025 secara tidak langsung menyuntik motivasi kepada generasi muda yang ingin mengejar impian mereka dalam dunia hiburan.

Daripada zero to hero, inilah peluang untuk melihat bagaimana mereka berkembang dan mencapai impian mereka.
Saksikan Big Stage Alpha 2025 yang bakal mencipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air bermula 27 April 2025 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Jangan ketinggalan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

