Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, salah salah seorang figura seni yang memiliki bakat nyanyian yang cukup sempurna yang dikurniakan Ilahi.
Bukan sekadar cemerlang dalam arena hiburan tanah air dan antarabangsa, malah pelantun lagu Jerat Percintaan ini juga tampil berjaya sebagai seorang usahawan.
Ya, semestinya sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jadual hariannya tentu padat bagi menguruskan kerjaya hakiki dan keluarga tercinta. Namun, pada masa sama harus juga menitik beratkan penjagaan kesihatan dan wajah agar kekal sihat dan sejahtera.
Sempat Remaja menemu bual penyanyi kelahiran negeri Pahang ini mengenai antara ‘rahsia’ rutin penjagaan wajah dan tubuh badan. Maklumlah, figura ini sentiasa kelihatan awet muda persis anak dara.
Kongsi Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti, dia memaklumkan dirinya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan, namun sudah tentunya dia akan menggunakan set produk keluarannya agar kekal sihat luaran dan dalaman.
Selain daripada produknya, penyanyi lagu hit Wajah Kekasih itu juga tidak terlepas peluang untuk melakuan aktiviti senaman di kediamannya sahaja seperti Muay Thai dan gimnasium.
“Saya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan tetapi sebagai pengasas produk, saya berusaha menghasilkan produk terbaik dan akan menggunakannya.
“Set penjagaan kulit muka dan juga kosmetik tentunya dari SimplySiti dan untuk minuman kesihatan luaran dalaman dari BeauSiti. Saya juga melakukan senaman, Muay Thai atau di gimnasium di rumah juga,” tuturnya kepada Remaja.
Bagi aktiviti outdoor pula, selain berbasikal, legenda negara ini turut akan ke sauna dan melakukan urut badan jika mempunyai kelapangan waktu.
“Selain berbasikal, saya juga akan masuk ke sauna jika ada waktu dan melakukan urutan badan juga,” kongsinya lagi.
Bagi yang mengikuti ibu kepada dua cahaya mata itu di media sosial, pasti gemar dan tidak akan terlepas melihat celoteh Tokti jika selebriti kesayangannya itu melakukan sesi siaran langsung.
Ada kalanya penyanyi berusia 44 tahun itu melakukan sesi siaran langsung memasak, bersolek di dalam kereta dan sebagainya. Sempat juga Remaja bertanya mengenai perkara tersebut.
“Saya jarang ada waktu terluang dan saya gunakan waktu di dalam kereta untuk siaran langsung (live). Memasak juga saya buat live sekali sekala.
“Ini adalah realiti kehidupan, saya mahu memberitahu peminat bahawa saya juga seperti mereka menjalani kehidupan seperti orang lain,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Situasi pandemik yang melanda seluruh dunia disebabkan wabak Covid-19 kini bukan lagi cerita baharu.
Dalam situasi semasa ini, rakyat Malaysia sendiri diperintah agar tinggal di rumah bagi mengelakkan penularan bertukar lebih teruk. Ini termasuklah perintah yang dikeluarkan oleh Mufti agar solat Jumaat secara berjemaah di masjid seluruh negara dibatalkan.
Timbul persoalan apakah hukum bagi seorang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, memasuki hari ini?
Menurut Timbalan Mufti Terengganu iaitu Sahibul Fadilah Ahadi Othman kepada rakan media di BHarian, lelaki Islam Mukallaf (yakni dipertanggungjawabkan dengan kewajipan agama Islam) yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam tempoh perintah kawalan pergerakan tidak menanggung dosa.
Ini memandangkan hokum harus bagi umat Islam mengelakkan diri daripada penularan wabak atau penyakit yang merbahaya.
“Bagaimanapun, dia wajib untuk menggantikannya dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
“Ketetapan hukum ini bersandarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid), maka tidak sempurna solatnya melainkan disebabkan keuzuran.
“Mereka (sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit, berdasarkan Hadis Riwayat Abu Daud,” jelas beliau.
Oleh itu, seharusnya kita tidak keliru dengan hukum tidak mengerjakan solat Jumaat sekerap 3 kali berturut-turut dalam kes ini.
Sementara itu, Masjidil Haram di kota Mekah juga sedang melakukan langkah berjaga-jaga, menurut arahan kerajaan Arab Saudi.
Sebelum ini, lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi bersama Daddy Yankee telah mencatatkan rekod tontonan paling tinggi di saluran YouTube, namun kini ia telah dirampas oleh muzik video kanak-kanak Baby Shark Dance oleh Pinkfong Kids.
Lagu tersebut mencatatkan jumlah tontonan tertinggi sejak tiga tahun selepas dimuat naik dalam saluran media sosial tersebut.
Agak-agaknya muzik video mana lagi yang mendapat tontonan tertinggi ya?
Pelakon berbakat besar, Ruhainies tampil memohon maaf dan mengakui khilaf susulan dirinya dikecam warganet selepas mengenakan pakaian yang didakwa mencolok mata, ketika menghadiri sebuah majlis di ibu kota, baru-baru ini.
Menurut Ruhainies, dirinya baru sedar pakaian tersebut didapati mencolok mata ketika dia ingin bergegas ke majlis berkenaan.
“Terlebih dahulu saya memgakui ia kesalahan saya. Pada hari berkenaan, saya terlewat untuk menghadiri majlis tersebut. Jadi, saya tidak cuba dahulu baju itu sebelum saya hadiri majlis berkenaan.
“Ia kerana baju itu adalah baju baharu. Jadi, stylist (penata gaya) saya yang tolong belikan. Saya tidak cubalah, selepas saya nak bersiap untuk ke majlis tersebut dan pakai-pakai…
“Oooo, I can see yang tidak sepatutnya. Jadi selepas itu, saya menukar pakaian selepas majlis berkenaan. Sorry…” katanya kepada Remaja.
Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video yang dikongsi oleh rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah majlis di ibu negara.
Rentetan daripada itu, ramai yang berpendapat pelakon itu tidak sengaja mencetuskan kontroversi menerusi busana mencolok mata tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Astro Kita RunFest 2025 yang berlangsung di Serenia City membuktikan bahawa aktiviti larian kini berkembang menjadi sebuah perayaan komuniti yang sarat dengan semangat perpaduan,...