Penyanyi popular Korea Selatan, G-Dragon sekali lagi mencuri perhatian peminat dan membuktikan rasa kepeduliannya terhadap masyarakat apabila beliau secara eksklusif menjemput lapan atlet paralimpik Malaysia untuk hadir ke konsert jelajah dunia ‘Übermensch 2025’ yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X rasmi Majlis Paralimpik Malaysia (NPC Malaysia), jawatankuasa paralimpik meluahkan ucapan terima kasih mereka dan menzahirkan penghargaan kepada G-Dragon (Kwon Ji Yong) dan JUSPEACE Foundation atas peluang istimewa yang diberikan.
“Majlis Paralimpik Malaysia merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Yayasan JUSPEACE dan G-Dragon atas pengalaman yang tidak dapat dilupakan di konsert “Übermensch” di Kuala Lumpur pada 20 Julai 2025,” tulisnya.
Kredit foto: X @NpcMalaysiaKredit foto: X @NpcMalaysia
Dalam pada itu, JUSPEACE Foundation merupakan sebuah organisasi NGO yang diasaskan dengan penglibatan langsung daripada G-Dragon sendiri, di mana beliau turut memegang jawatan sebagai ketua kehormatan.
Ads
Menurut wakil NPC Malaysia, peluang untuk menyaksikan persembahan hebat pelantun lagu ‘POWER’ tersebut secara langsung juga merupakan satu penghormatan besar buat para atlet negara.
Sementara itu, konsert jelajah dunia ‘Übermensch 2025’ bukan dilihat sebagai sekadar hiburan semata-mata, malah ia dianggap sebagai simbol perpaduan antara muzik, semangat juang dan ketabahan. Selain itu, suasana yang dibawa dalam konsert itu digambarkan sebagai perayaan yang menyentuh tentang ketahanan diri dan inklusiviti.
Ads
Kredit foto: Instagram @brianlklKredit foto: X @NpcMalaysiaKredit foto: X @NpcMalaysia
Menariknya, ini bukan kali pertama JUSPEACE memberi undangan seperti ini, organisasi tersebut turut menjemput atlet paralimpik Jepun untuk menghadiri konsert jelajah di Kyocera Dome, Osaka pada 25 Mei lalu.
Undangan tersebut sebenarnya tercetus hasil daripada surat penghargaan yang diterima daripada atlet paralimpik Jepun, Kubota Kota. Dalam surat itu, beliau berkongsi bagaimana muzik G-Dragon menjadi sumber kekuatan buat dirinya ketika bertanding.
Ads
Kredit foto: Instagram @brianlklKredit foto: X @NpcMalaysia
Sejak ditubuhkan pada 8 Ogos 2024, JUSPEACE Foundation berfungsi sebagai platform untuk G-Dragon menyebarkan mesej perdamaian dan semangat melalui muzik. Visi ini jelas terlihat dalam siri jelajah dunia yang bermula pada 28 Mac lalu di Korea Selatan.
Langkah G-Dragon ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada peminat, malah membuktikan bahawa muzik mampu menjadi medium penyatuan dan sokongan moral, terutamanya kepada golongan yang berjuang mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa penyanyi wanita, Elyana sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser limfoma yang dikatakan sudah hampir ke peringkat kelima.
Elyana sering berkongsi perjalanan rawatan yang dijalaninya dan walaupun kelihatan kuat serta masih mampu tersenyum, namun ada suatu ketika penyanyi ini sepertinya sudah tidak kuat untuk menahan kesakitan.
Baru sebentar tadi Elyana telah memuat naik hantaran di instagram dengan berkongsi berita gembira mengenai status penyakit kansernya itu.
Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya . Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.. Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah…🤍
Rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan syukur atas berita gembira ini dan terus mendoakan agar Elyana terus kuat dan menjadi inspirasi buat pesakit kanser yang lain.
Terbaharu, dia turut membuat perkongsian mengatakan kini sedang menjalani sesi kimoterapi untuk kali kelima.
Kami di Remaja turut mendoakan agar Elyana terus kuat dan dikurniakan kesihatan yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dengan kehadiran bulan Syawal yang bakal menjelang esok, pasti ramai di antara korang yang berdepan dengan isu telekung kekuningan dan dilemma untuk membeli telekung baru untuk dibuat solat Hari Raya kan?
Penulis rasa tak perlu kot, ini kami kongsikan 4 tip untuk buatkan telekung putih kekal bersih sentiasa.
Keringkan wajah sebelum pakai telekung
Petua ini digunakan untuk semua jenis telekung yang kamu pakai. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar kering semasa kamu memakai mukena, sehingga sisa solek tidak akan melekat pada telekung.
Rendam telekung dengan air rebusan lemon
Telekung putih yang sudah kotor dan dukar dibersihkan dengan air dan sabun cuci biasa, boleh direndam dalam air rebusan lemon sebelum kamu mencucinya. Biarkan telekung putih direndam selama kira-kira satu jam, kemudian basuh seperti biasa menggunakan detergen.
Cuci dengan baking soda
Baking soda boleh digunakan untuk membantu mencerahkan telekung putih yang kelihatan kusam. Caranya, campurkan 250 gram baking soda dengan empat liter air. Kemudian rendam telekung selama 5 minit. Jangan mengambil masa lebih dari 5 minit, kerana akan merosakkan fabrik telekung.
Tambahkan cuka ketika cuci
Telekung putih kusam juga boleh dicerahkan kembali dengan bantuan cuka. Caranya, tuangkan 250 mililiter cuka ke dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.
Jadi apabila korang dah penjagaan telekung yang betul, tak perlulah lagi takut nak beli telekung setiap tahun. Jaga je dengan elok, mesti boleh pakai untuk jangka masa yang panjang.Tapi kalau mampu nak beli tiap tahun why not kan.
Bagi penulis – soal kepercayaan agama, Tuhan dan budaya seseorang adalah sesuatu yang amat personal. Ia adalah urusan di antara dia dan Tuhan.
Namun, jika sudah nama pun selebriti dan penyanyi terkenal dunia, hal kepercayaan agama juga turut tak terkecuali daripada diseret bersama.
Bekas ahli kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik pernah berkongsi bahawa dia dibesarkan dalam persekitaran keluarga Islam.
Malah, dia juga menyambut Aidiladha bersama keluarganya serta teman wanita, Gigi Hadid.
Bagaimanapun, menerusi temuramah bersama majalah British Vogue bulan ini, Zayn berkata, “Saya tak pernah berkata yang saya merupakan seorang Muslim. Malah, saya tak pernah mengeluarkan statement berkenaan agama yang saya anuti.
“Saya tidak percaya kepada tuntutan makan makanan tertentu saja. Dan saya tak percaya tuntutan untuk membaca ayat dalam bahasa tertentu di dalam sembahyang 5 waktu.
“Ya, saya percaya adanya Tuhan. Tetapi neraka? Tidak sama sekali,” katanya sekaligus menjelaskan spekulasi peminatnya selama ini yang tidak pasti sama ada dirinya seorang Muslim atau tidak.
“Saya percaya jika saya berbuat baik, balasannya juga pasti baik.” Tambah Zayn, dia pernah dibesarkan dalam famili majoriti Muslim dan diajar untuk ke masjid.
“Kesemua itu adalah pengalaman yang indah. Islam sendiri adalah indah dan saya gembira dibesarkan oleh ibu bapa saya dalam keadaan tersebut. Namun, mereka memberikan pilihan sama ada saya ingin mendalaminya atau tidak.”
Untuk pengetahuan korang, bapa Zayn iaitu Yaser Malik berketurunan Inggeris-Pakistan manakala ibunya, Tricia pula berasal dari Ireland dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan Yaser.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.