Akibat Terus Tunjukkan Sokongan Buat Israel Di Instagram, Kylie Jenner ‘Hilang’ Sejuta Pengikut

Share

Personaliti media sosial terkenal antarabangsa, Kylie Jenner kehilangan sehingga lebih sejuta pengikut di platform Instagram gara-gara menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera Israel.

Menurut laporan media antarabangsa, Jenner yang juga usahawan muda itu yang memiliki sejumlah lebih 400 juta pengikut menerusi media sosial berkenaan telah mengalami penurunan pengikut menjadi 399 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Tapak Perkuburan Yahudi Tertua Di Asia Tenggara Terletak Di Pulau Pinang?

Ia terjadi selepas pemilik rangkaian jenama kosmetik, Kylie Cosmetic itu memuat naik hantaran menyuarakan sokongan terhadap Israel apabila mengutuk serangan 5,000 roket oleh kumpulan Hamas pada 8 Oktober lalu.

“Untuk hari ini dan selamanya, saya akan berdiri bersama Israel,” ujarnya.

Menyedari telah tersilap langkah, selebriti berusia 26 tahun itu telah memadam hantaran tersebut sejam kemudian.

Namun, tindakan adik kepada Kim Kardashian itu sudah terlambat apabila Instagram miliknya terus diserang warganet dan dibanjiri dengan komen ‘Free Palestine’.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN