Roti yang pernah menjadi ‘rebutan’ rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan pertama setahun yang lalu, Gardenia telah pun memaklumkan bahawa beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal dinaikkan harga bermula 1 Jun ini.

Produk Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 Jun 2021

Dengan tag line lebih enak dimakan begitu sahaja, tentu sahaja roti jenama ini menjadi sebahagian daripada makanan ruji kita.

Namun, tular di media sosial sepucuk surat yang menyatakan bermula 1 Jun 2021, terdapat perubahan harga produk keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL).

IKLAN

Produk Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 Jun 2021

Dalam satu kenyataan, GBKL memaklumkan bahawa terdapat enam produk yang terlibat dengan perubahan harga ini dan ianya bukanlah produk roti:

IKLAN
  1. Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (200g)
  2. Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (375g)
  3. Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (200g)
  4. Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (375g)
  5. Gardenia Auntie Rosie – Original Homestyle Kaya (200g)
  6.  Gardenia Auntie Rosie – Natural Pandan Kaya (200g)

Perubahan harga enam produk ini dibuat susulan daripada peningkatan kos yang terpaksa ditanggung pihak syarikat yang mana berlakunya kenaikan kos luar biasa daripada segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.

IKLAN

Manakala harga-harga bagi produk Gardenia yang lain masih dikekalkan dan GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.

“Selama ini GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021.

Antara bahan-bahan mentah yang mengalami kenaikan mendadak adalah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain lagi.

Fokus kami tertumpu kepada usaha untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.”

Hm, kami pasti jika memang roti favorite ini jadi pilihan masyarakat Malaysia, walaupun naik harga sedikit kita tetap support kan? Hiks!

Sumber: Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI