Kuasa Allah SWT, siapalah kita untuk mempersoalkannya.

 

Menurut laporan Indonesia News, sebuah pulau kecil telahpun ‘timbul’ di daerah Loaholu di Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada 14 April lalu. Kawasan itu juga berdekatan dengan Pulau Rote.

Ini berikutan cuaca hujan ribut dan angin kencang yang kini sedang melanda sekitar rantau Nusantara. Di Indonesia, cuaca ini telah dinamakan sebagai Taufan Tropikal Seroja ataupun Seroja Tropical Cyclone dan pihak berkuasa tempatan di sana telah mula mengambil tindak susulan selepas kemunculan pulau tersebut.

Akibat Cuaca Ribut, Pulau Baharu Ini ‘Timbul’ Di Indonesia

IKLAN

Akibat Cuaca Ribut, Pulau Baharu Ini ‘Timbul’ Di Indonesia

Gabenor Nusa Tenggara Timur iaitu Josef Nae Soi dalam sidang media berkata, “Terdapat daratan yang secara tiba-tiba muncul di tengah lautan. Kami akan lakukan kajian terhadap pulau ini.”

Beberapa video yang dirakam oleh warga tempatan menunjukkan penduduk di sama ‘melawat’ pulau berpasir dengan keluasan diameter kira-kira 500 meter itu.

Akibat Cuaca Ribut, Pulau Baharu Ini ‘Timbul’ Di Indonesia

IKLAN

Ramai yang melontar spekulasi berkenaan fenomena itu dari sudut geologi. Namun teori paling popular buat masa ini adalah ia terhasil daripada fenomena ombak tinggi dan puting beliung semasa Taufan Seroja melanda kawasan itu.

Malah ada juga yang berkata putaran angin kencang mencipta satu ‘lubang kosong’ sehingga sedimen pada dasar laut terangkat ke atas dan membentuk pulau baru.

IKLAN

Justeru, sementara tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan buat masa ini, Institut Sains Indonesia (LIPI) sedang cuba menyelesaikan misteri di sebalik kemunculan pulau ini.

Untuk pengetahuan, kejadian pulau baru yang timbul selalunya dikaitkan dengan letusan gunung berapi di bawah laut.

Contoh terdekat adalah seperti yang berlaku di kepulauan Tonga pada tahun 2019, juga di Indonesia.

Akibat Cuaca Ribut, Pulau Baharu Ini ‘Timbul’ Di Indonesia

Dalam kejadian alam itu, letusan gunung berapi telah menenggelamkan sebuah pulau, namun mencipta satu pulau baru tiga kali lebih besar daripada pulau yang lama.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI