Di sebalik kecemerlangan dan dunia glamor milik penyanyi pop Amerika Syarikat, Britney Spears, seluruh dunia dikejutkan dengan kisah sebenar yang perlu dihadapi oleh penyanyi kesayangan ramai itu selama 13 tahun yang lalu.
Setelah episod ‘meltdown’ Britney sekitar tahun 2007, di mata peminat, Britney telah ‘dilindungi’ oleh ayahnya Jamie Spears dan beliau kembali bangkit setahun dua selepas itu untuk terus menjadi Britney yang kita kenali sekarang.
Namun, dalam tempoh kebangkitan Britney selama ini, rupa-rupanya beliau terperangkap dalam pengurusan ayah dan keluarganya sendiri hinggakan dia tidak mampu mempunyai keputusan sendiri dalam pelbagai aspek kehidupan.
Jun lalu, Britney mula menentang ayahnye menerusi perbicaraan mahkamah secara maya telah berkongsi pengalaman negatifnya selama ini. “Saya ingin didengari, saya inginkan perubahan dan saya ingin ke hadapan. Saya layak menerima perubahan, saya hanya inginkan kehidupan saya semula.”
Ads
“Cukuplah 13 tahun ini..”
“Lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang telah saya perolehi.. saya terasa seperti dipergunakan oleh mereka (keluarganya), saya terasa dibuli.. dipinggirkan dan kesunyian. Saya sudah penat merasa sunyi,” keluhnya.
Kempen #FreeBritney atau Bebaskan Britney mula kedengaran sejak pertengahan tahun ini. Britney turut menggunakan akaun media sosialnya terutama di Instagram untuk membongkarkan satu-persatu perkara yang tidak dipersetujui olehnya selama diuruskan oleh ayahnya.
Akhirnya selepas berbulan-bulan cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman mereka yang bertindak pentingkan diri sendiri serta menjadikan Britney sebagai ‘objek’ penjana pendapatan dalam dunia hiburan, semalam Britney menerima berita gembira. Lapor Variety, Britney kini tidak lagi berada di bawah penjagaan ayahnya, Jamie.
Ads
Bagaimanapun, itu tidak bermaksud ia akan berkuatkuasa serta-merta. Kata Jamie Spears, dia hanya akan melakukannya apabila ‘sampai waktu tepat’.
Keputusan ini sekurang-kurangnya memberi harapan kepada peminat Britney yang sedaya upaya menghidupkan kempen #FreeBritney selama ini untuk melihat idola pop mereka itu bebas. Apa yang REMAJA fahami sekarang, Jamie sedang dalam tempoh transisi untuk menyerahkan tugas penjagaan Britney kepada pihak lain.
Sementara itu, siasatan terhadap tuduhan kononnya ayah Britney dan keluarga mengambil berjuta-juta dollar daripada aset estet Britney tetap akan diteruskan oleh wakil peguamnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Jang Geun Suk baru-baru ini berkongsi bahawa dirinya telah didiagnosis penyakit kanser tiroid pada tahun lalu dan selamat menjalankan pembedahan dengan hasil yang lebih baik.
Hal tersebut pernah dinyatakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu melalui video di Youtube peribadinya yang bertajuk ‘Hai Ini Jang Geun Suk, Ada Yang Ingin Saya Akui’.
Difahamkan, video tersebut telah dirakam dan dimuat naik dua(2) minggu selepas Geun Suk selesai menjalankan pembedahan dan menyatakan dia tidak mahu berkongsi hal tersebut lebih awal kerana tidak mahu membuat para peminat risau dengan keadaannya.
Kredit: Youtube Jang Geun Suk
Dalam pada itu, agensi Jang Geuk Suk, Craft 42 Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berbunyi,
“Pelakon Jang Geun Suk telah didiagnosis penyanyi kanser tiroid pada Oktober lalu. Selepas mendapatkan konsultasi dengan doktor. Geun Suk segera menyelesaikan sebahagian aktiviti yang dijadualkan.”
Tambah mereka di dalam sebuah kenyataan, “Dia juga sudah menjalankan pembedahan pada bulan Mei dan kini berada dalam keadaan yang baik.”
Sementara itu, Geun Suk berkata, “Saya sudah selesaikan semuanya dengan baik dan keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih. Sekarang, saya juga akan lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan dengan menjalankan ujian secara rutin (3 bulan sekali) untuk memantau keadaan dari masa ke semasa.”
Dalam perkembangan terkini, Jang Geun Suk kembali dalam siri original terbaru Netflix 16 episod yang sudah pun ditayangkan sejak 6 Ogos berjudul ‘The Influencer’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jodoh merupakan sebahagian ketentuan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Pada masa yang sama, kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah. Nabi SAW memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri.
Neelofa pesanan kepada individu yang ingin berkahwin
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rhea.zahra yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 836 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan sebanyak 677 komen.
Neelofa
Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang memberi pesanan kepada individu yang ingin berkahwin terutamanya untuk wanita.
“I selalu cakap ni, kepada adik-adik luar sana yang mana nak kahwin kan, you nak kahwin, husband you kena sediakan rumah, rumah sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima benda itu”-Kata Neelofa
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa apa yang dikatakan Neelofa itu ada benarnya kerana zaman sekarang ramai wanita yang ingin mengikutb kehendak mereka dan bukannya kemampuan suami.
Dekati al-Quran dan Allah tak akan tinggalkan diriMu. Malah sikap suka berkongsi ilmu difahaminya dengan rakan belajar lain merupakan rahsia kejayaan Nurul Iman binti Ahmad Yusof sehingga dirinya dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
dalam satu temubual yang disiarkan di e-warta Majlis Amanah Rakyat baru ini, amalan membaca 1 Juz Al-Quran sehari merupakan rahsia kejayaan yang dikongsikannya. Bekas pPelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas ini telah menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM 2018 dengan pencapaian cemerlang semua A dengan 10A+ dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam satu majlis yang dianjurkan MARA semalam.
Nurul Iman mendapat 10 A+ dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi MRSM
Nurul Iman, 19, turut berkongsi sedikit rahsia kejayaan 10A+ selepas menerima anugerah tersebut di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.
Katanya, “Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya rezeki di luar jangkaan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya serta guru-guru MRSM yang sentiasa memberi sokongan penuh ketika membuat persiapan untuk menghadapi SPM”
Beliau turut menyatakan bahawa amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari adalah salah satu elemen penting dalam persediaannya sebelum peperiksaan SPM.
Ujarnya, “Apa yang boleh saya kongsikan disebalik kejayaan saya ini ialah amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari ketika bulan peperiksaan SPM yang semakin hampir. Menjaga solat lima waktu dengan mengejarkan solat di awal waktu adalah perkara harus kita jaga untuk mendapat kekuatan.”
“Surah kegemaran saya ialah Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk. Saya akan membaca surah al-Waqiah setiap pagi selepas waktu subuh dan surah al-Mulk sebelum tidur,” katanya lagi.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa dirinya sendiri rajin bertanya kepada guru-guru di dalam kelas apablia tidak memahami sesuatu perkara yang diajarkan.
Tambahnya lagi, “kita juga perlu rajin mengajar dan berkongsi ilmu kepada rakan-rakan kerana ianya merupakan satu proses untuk mengukuhkan lagi tahap pemahaman ilmu”
Kini, Nurul Iman telah melanjutkan pengajian di Kolej MARA Banting dalam bidang International Bacalaueratel selama 2 tahun. Beliau berharap agar dapat pergi ke tahap yang lebih jauh dan berjaya di masa yang akan datang.
Beliau telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!