Penyanyi terkenal, Shila Amzah mencadangkan agar pihak penganjur Anugerah Juara Lagu (AJL) mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah hadiah utama atau menyediakan saguhati kepada semua finalis.
Menerusi ciapan di X, penyanyi lagu Khilaf Asmara itu memaklumkan kos yang ditanggung oleh finalis untuk menyediakan persembahan terbaik di pentas AJL adalah tinggi, dan hadiah kemenangan seharusnya lebih setimpal dengan usaha yang dilakukan.
“Berdasarkan jumlah artis dah berbelanjakan untuk pentas AJL kan, macam dah boleh naikkan duit grand prize itu.
“Atau macam kena ada hadiah (duit) saguhati at least kepada semua finalis sebab semua spend itu,” tulisnya.
Cadangan Shila tersebut secara tidak langsung mendapat sokongan ramai daripada netizen, rata-rata bersetuju bahawa hadiah kemenangan perlu sepadan dengan usaha dan kos yang dikeluarkan oleh para peserta.
Beberapa pengguna juga mengingatkan bahawa pentas AJL memerlukan pelaburan besar, termasuk kos pakaian, props, efek pentas, dan tenaga kerja bagi memastikan persembahan yang memukau.
Ads
Setakat ini, pihak penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.
Sekadar info, Marsha Milan dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara LaguKe-39 (AJL39), menerusi lagu balada, Hening Rindu, pada malam Ahad
Kejayaan itu menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi AJL39.
Ads
Naib juara AJL 39 menjadi milik lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini ciptaan dan lirik oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh, sekali gus menyaksikan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Menduduki tempat ketiga, lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret ciptaan Akim & The Majistret dan lirik oleh Bunga Cantik, melayakkan mereka menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Enie Zakri yang mempertaruhkan lagu Aura memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang trofi dengan bersama wang tunai RM12,000.
Ads
Seterusnya, kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi menjadi milik Aina Abdul selepas mempamerkan persembahan berkonsepkan jantung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: X Shila Amzah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun ditayangkan di pawagam dalam keadaan norma baru akibat pandemik COVID-19, filem sekuel Train To Busan, Peninsula berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM4.1 juta pada minggu pertama tayangannya.
Dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re dan Lee Ye Won, pengarah filem Peninsula, Yeon Sang-Ho sebelum ini telah menggambarkan bahawa sekuel ini adalah lebih berskala besar dan mendebarkan.
Walaupun menerima pelbagai reaksi daripada penonton, kerana ada yang memberikan komen bahawa filem ini tidak memberi impak yang kuat seperti prekuelnya, Train To Busan, namun ia masih mampu untuk menarik penonton ke pawagam.
Peninsula menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat berhasil melarikan diri daripada watak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Kalau korang nak tahu apa kesudahan filem ini, jangan lupa saksikan Peninsula yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama sebagai pasangan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah rumah tangga bersama suaminya Farhan Norzaini, menemui titik noktah.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.
“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” coretnya ringkas.
Pelantun lagu Rahsia itu menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut lantaran mereka selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zulin turut memadam kesemua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini.
Sekadar informasi, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa kata silat ni sukan kampung? Silat merupakan seni mempertahankan diri buat orang melayu.
“Takkan hilang melayu di dunia,” pepatah melayu ini sangat kena apabila baru-baru ini silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intagible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengiktirafan yang diputuskan oleh 24 ahli jawatankuasa yang bermesyuarat terdiri daripada negara-negara anggota yang dipilih semasa sidang ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia bermula dari 9 hingga 14 Disember.
Pengiktirafan hari ini merupakan usaha pencalonan yang dihantar pada UNESCO pada 30 Mac 2018 yang mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.
Pengiktirafan ini merupakan yang ketiga selepas Dondang Sayang dalam kategori yang sama pada persidangan sesi ke-13 di Port Louis, Mauritius pada tahun 2018.
Manakala Mak Yong merupakan yang pertama diiktiraf dalam Masterpieces of the Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity (Originally Proclaimed 2005) semasa persidangan sesi ke-3 jawatankuasa itu di Istanbul, Turki pada tahun 2008.
Dengan adanya pengiktirafan tersebut, ianya akan mengukuhkan lagi hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota yang secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara di masa akan datang.
Malah seni silat ini diperkukuhkan lagi kedudukannya di mata dunia dengan pengiktirafan seni pencak silat dari Indonesia oleh UNESCO.
Di Malaysia, seni silat akan diperluaskan sebagai aktiviti kokurikulum secara berperingkat di sekolah manakal di universiti, ianya dicadangkan sebagai subjek pilihan dengan sistem kredit yang boleh dipindahkan.
So rugikan kalau orang melayu tidak mempelajari warisan seni pertahankan diri kita ni.
Sumber: Mirage News, Sinar Harian, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!